Anda di halaman 1dari 25

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS EMB 412

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


DAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MASRIZAL BIN RAHMAT

NO. MATRIK E30209120599

NAMA FASILITATOR JAIMAH ABDUL MANAP


AKADEMIK

PUSAT AeU AYER KEROH MELAKA


PEMBELAJARAN
Bilangan Butiran Halaman
ISI

1 Tinjauan Interaksi Bahasa Melayu 2-8


dalam Kalangan Remaja Malaysia
dari Sudut Etnografi Komunukasi

2 Pengajaran Kemahiran Mendengar 9-13


dan Bertutur Bahasa Melayu di
Sekolah Rendah Tidak Ditekankan
di Sekolah

3 Laporan Pengajaran Kemahiran 14-22


Mendengar dan Bertutur di
Sekolah Saya

4 Rujukan 23
KANDUNGAN

1
Bahagian A: - 10% (4 halaman)

Baca artikel bertajuk: (dilampirkan):

Tinjauan Interaksi Bahasa Melayu dalam Kalangan Remaja Malaysia


dari Sudut Etnografi Komunukasi oleh Ghazali Lateh dan Shamsudin
Othman.

Jawab soalan-soalan berikut:

Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini? [3


markah]
Dalam interaksi lisan, pelajar menggunakan beberapa strategi
yang telah dikenal pasti. Huraikan strategi-strategi tersebut.[7
markah]

Pendahuluan

2
Berdasarkan artikel yang bertajuk Tinjauan Interaksi Bahasa Melayu dalam
Kalangan Remaja Malaysia dari Sudut Etnografi Komunukasi yang telah
ditulis oleh Ghazali Lateh dan Shamsudin Othman, ada beberapa perkara
yang perlu dikupas agar ianya jelas dari sudut tujuan serta kaedah yang
telah diperolehi oleh penulis. Perkara besar yang perlu dititikberatkan ialah
etonografi. Menurut kamus dewan Edisi Keempat, perkataan etonografi
bermaksud cabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian saintifik
masyarakat manusia. Merujuk juga kepada antropologi, di dalam kamus
dewan edisi keempat, ianya ditakrifkan sebagai ilmu tentang manusia,
terutamanya perkaitan dengan asal usul (perkembangan, adat resam,
kepercayaan dan sebagainya). Oleh yang demikian, kajian ini diperhatikan
adalah untuk mendalami reaksi remaja di Malaysia berbahasa melayu dalam
kehidupan mereka setiap hari. Ini adalah disebabkan oleh pentingnya
strategi-strategi tersebut terhadap kemampuan murid untuk
mengungkapkan wacana dengan lebih sempurna merupakan kelebihan dari
sudut pandangan penilai. Sebaliknya jika mereka mempunyai maklumat
tetapi gagal menggunakan strategi wacana yang terbaik, maka mereka tidak
berjaya menyalurkan maklumat itu secara lancar.

Tujuan dan Kaedah

Berdasarkan artikel ini, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk


mengenal pasti bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian semasa
berinteraksi. Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan
beberapa bentuk kaedah. Antara kaedah yang telah pengkaji gunakan ialah
kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan.

a) Kaedah Lapangan

3
Kaedah ini merupakan kaedah yang melibatkan pemerhatian
terhadap aktiviti-aktiviti ujian lisan yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah yang telah dikenal pasti. Kaedah lapangan ini juga telah
menjadi pilihan para penyelidik kerana mereka mendapati
bahawa selama ini kajian bahasa kebiasaannnya lebih bersifat
dan terarah kepada kajian kepustakaan. Para penyelidik juga
telah merujuk lepada satu pendapat daripada Nor Hashimah
(2003:6-7), yang menyetakan bahawa kajian bersifat kering dan
serpihan sebenarnya telah gagal dalam memberikan satu
penjelasan yang sahih tentang penerapan teori pada data
bahasa Melayu, khususnya semantik bahasa Melayu. Pendapat
ini juga menyatakan bahawa satu cara yang paling berkesan
ialah dengan mengemukakan kajian empiris yang membawa
maksud kajian yang menitikberatkan pemerhatian, penjelasan,
dan penghuraian masalah bahasa yang dikaji. Data yang dipilih
pula mestilah data yang dikutip melalui kerja lapangan,
sementara teori yang digunakan mestilah teori yang mampu
menjelaskan segala masalah yang timbul dalam kajian.
b) Kaedah kepustakaan
Kaedah ini pila merupakan kaedah yang digunakan untuk
mencari teori-teori serta dapatan-dapatan kajian lampau bagi
menyokong. Diantara rujukan utama kajian ini adalah buku-buku
tentang analisis wacana yang ditulis oleh pakar-pakar linguistik
tempatan dan mancanegara. Selain rujukan buku-buku,
sokongan yang berbentuk bahan-bahan diakses daripada
internet juga akan digunakan sebagai sokongan untuk
mengukuhkan lagi dapatan serta analisis kajian ini.

Daripada kedua-dua kaedah ini, kajian diteruskan lagi dengan mengkaji


empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat
kajian. Populasi kajian terdiri daripada murid-murid tingkatan lima.

4
Strategi kajian

Para pengkaji telah mengkaji secara lisan terhadap murid- murid yang
terlibat. Menerusi kajian lisan itu, pengkaji juga telah berhasil mengetahui
pelbagai strategi yang telah digunakan oleh murid bagi mencapai kajian
tersebut.

a) Kaedah Pengulangan
Kaedah ini digunakan untuk untuk menguatkan mesej yang cuba
disampaikan. Dengan mengulangi kata atau kalimat untuk
beberapa kali, penutur yakin mesej yang disampaikan dapat
diterima dengan baik oleh pendengar. Selain itu, penggunaan
bentuk pengulangan kata ini juga bertujuan untuk memenuhi
komponen-komponen lain dalam etnografi komunikasi.
i. Pengulangan kata awal
Pengulangan kata awal ini mengambail perkataan awal
sebagai kaedah. Sebagai contoh pengulangan pertakaan satu
di dalam ayat kebanyakan, kebanyakan, kebanyakan bidan
terjun dalam masakan, dalam restoren, kebanyakan dia orang
tak dididik daripada kecil dan lagi. Pengulangan perkataan
'kebanyakan' ini menunjukkan sampel kajian menggunakan
pengulangan pembuka ayat dalam pertuturan mereka. Dalam
ujaran di atas kata kebanyakan diulang sebanyak tiga kali
sebagai penegasan terhadap mesej yang hendak disampaikan
iaitu perihal orang Melayu yang sering menceburkan diri
dalam bidang perniagaan tanpa persediaan yang kukuh.

ii. Pengulangan urutan


Kebiasaannya, pengulangan ini digunakan bertujuan untuk
menunjukkan kesinambungan idea dalam mesej yang
dituturkan. Kata atau frasa terakhir dalam ujaran awal

5
menjadi kata atau frasa pertama dalam ujaran yang
berikutnya. Kebanyakan peniaga lain daripada peniaga
bangsa asing dia orang semua ada daya saing daripada
peniaga Melayu. Peniaga Melayu mempunyai.... Ujaran yang
dipaparkan di atas membuktikan sampel kajian cenderung
untuk menggunakan pengulangan urutan sebagai bentuk
bahasa untuk menguatkan mesej yang hendak disampaikan.

b. Penyoalan kembali.
Strategi ini jika dilihat, perkara yang terserlah ialah ketiadaan
perhatian terhadap isu yang dibicarakan. Namun demikian, jika
dilihat dari sudut strategi komunikasi, penyoalan kembali
menampakkan usaha penutur untuk membina satu rantaian
maklumat yang mantap sebelum menjawab sesuatu soalan yang
diajukan. Dalam ujaran ini, penyoalan digunakan untuk
memberikan lebih ruang masa kepadanya memikirkan jawapan
yang sesuai terhadap soalan guru. Namun masa yang diambil
tidak panjang, memandangkan sampel kajian berkenaan terus
sahaja memberikan jawapan tanpa menanti respons balas guru
terhadap soalannya. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam
interaksi tidak bertujuan untuk mendapatkan respons berupa
maklumat tambahan atau jawapan. Perkara ini dibuktikan
dengan penjelasan susulan selepas penyoalan dikemukakan oleh
sampel kajian yang terbabit. Dilihat dari sudut kecekapan
berbahasa lisan, sampel kajian yang terbabit dalam interaksi
tersebut berjaya mencetuskan kesinambungan wacana dengan
mengemukakan soalan. Sebagai pengerusi forum, sampel kajian
yang diberikan peranan tersebut berjaya mewujudkan satu
bentuk interaksi yang aktif dan berkesan. Selain itu, penggunaan
soalan juga merupakan satu bentuk interaksi yang sangat
berkesan untuk memastikan sesi interaksi berjalan dengan
lancar dan berkembang. Secara amnya, penyoalan yang

6
digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi lisan ULBS
bertujuan untuk mendapatkan maklumat, mencetuskan konteks,
mendapatkan respons dan meneruskan kesinambungan wacana.
c. Kaedah pencampuran kod atau penukaran
Ia merupakan satu fenomena berbahasa dalam sesuatu proses
interaksi. Kaedah ini biasanya ada pada mereka yang
menguasai dua bahasa. Kebolehan tersebut merupakan satu
petunjuk kepada kedwibahasaan. Peralihan kod memerlukan
keupayaan melahirkan idea dalam ayat atau ujaran dengan
mencampurkan dua bahasa.

d. Peribahasa
Peribahasa juga adalah merupakan satu kaedah yang digunakan
oleh masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu maksud
dengan cara yang halus, tersusun, dan indah. Peribahsa itu
sendiri sebenarnya turut melambangkan adab sopan dan budi
bahasa ketika berinteraksi. Jika dilihat dari segi fungsinya,
peribahasa bertujuan menyatakan sesuatu secara yang
berhemah dan penuh adab sopan selain fungsinya untuk
membidas atau mengkritik dengan cara yang halus. Dalam
kajian yang dijalankan, penutur mahu mengkritik sikap bangsa
Melayu yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh
sebab penutur juga berbangsa Melayu, penggunaan simpulan
bahasa bidan terjun itu adalah sebagai alas atau pemanis
tentang sikap negatif pihak yang dikritik.
e. Kaedah bunyian
Satu lagi bentuk bahasa yang dapat dikesan dalam kajian yang
dijalankan ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur secara
semula jadi tetapi tidak mempunyai makna yang khusus. Hal ini
melibatkan bunyi-bunyi seperti mmm, hmm, uh huh, yeah,
dan sebagainya. Dalam interaksi lisan bahasa Melayu, wujud
unsur bunyi sedemikian terutama bagi penutur yang tidak begitu

7
lancar. Malah ada juga penutur yang telah sebati dengan
penghasilan bunyi-bunyi ini dan telah menjadi satu gaya
pengucapan mereka.

f. Panggilan dan sapaan


Dalam kaeadah ini, sapaan adalah perkara yang biasa digunakan
di dalam bahasa Melayu. Contohnya, dalam interaksi dengan
guru, sampel menggunakan kata sapaan cikgu secara spontan
sebagai strategi kesopanan. Walaupun dalam budaya tempatan,
amalan menggunakan kata sapaan ini dianggap sebagai satu
perkara yang lazim, namun penggunaan ini turut membuktikan
sampel menggunakan dengan baik dalam pelbagai bentuk
interaksi.

8
Bahagian B: - 10% (4 halaman)

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu di


Sekolah Rendah Tidak Ditekankan di Sekolah

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan


anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Secara umumnya, mendengar dan bertutur itu adalah elimen yang


penting dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang normal.
Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana
berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan
menghasilkan persefahaman secara optimum. Selain itu, mendengar dan
bertutur juga merupakan satu daripada unsur komunikasi wujud sejak dahulu
kala lagi sama ada secara formal mahupun informal. Bagi bayi yang normal
contohnya, didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar
dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi bahasa
dan bukan bahasa secara sengaja atau tidak sengaja dalam prosesnya
dalam pemerolehan bahasa pada tahap kanak-kanak. Ini disebabkan oleh
ialah mendengar merupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul

9
berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain kerana kanak-kanak
akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu
daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis. Dari sudut
pengajaran dan pembelajaran bahasa yang normal pula, murid perlu
menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Roselan Baki (2006),
manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan
memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan
masalah. Oleh yang demikian bagi murid yang normal, keupayaan
mendengar yang baik satu adalah menjadi kelebihan terutamanya bagi
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan
lancar.

Pada pendapat saya berdasarkan senario dan pemerhatian pada masa


kini, kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu sekolah
rendah tidak terlalu ditekankan. Terdapat beberapa punca mengapa perkara
sedemikian berlaku.

Kekurangan idea

Adakalanya guru yang terlalu banyak menghabiskan waktu kerja


mereka untuk proses pengkeranian, pengurusan kelas, menjaga
kebajikan murid dan sebagainya menyumbang kepada permasalahan
ini. Kesannya, guru tiada masa untuk membuat persediaan yang rapi
untuk merancang aktiviti p&p, sebaliknya hanya mengajar untuk
melepaskan syarat. Oleh yang demikian, guru tiada masa untuk
memikir, merancang serta menjalankan aktiviti yang memberikan
penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur secara
optimum.

10
Masalah murid yang pasif

Perancangan yang kurang rapi juga menyumbang kepada


masalah ini. Secara realitinya, ada segelintir guru yang mengambil
jalan mudah dalam menyusun perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya. Masalah ini juga disokong dengan sikap pelajar yang
lebih suka bersikap pendengar pasif sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran subjek bahasa Melayu. Guru- guru juga telah
mengenalpasti bahawa sikap pelajar yang gemar bersikap sebagai
pendengar pasif adalah berpunca daripada kegagalan pelajar untuk
menggunakan kemahiran berfikir sama ada secara kreatif mahupun
secara kritis sewaktu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
subjek bahasa Melayu berlaku. Disebabkan oleh faktor pelajar itu
sendiri yang gagal atau tidak berusaha mempertingkat kemahiran
mendengar dan bertutur mereka, maka pada pendapat saya guru perlu
menyusun strategi bagi menarik minat murid dengan memberi
penekanan kemahiran bertutur dan mendengar sewaktu pengajaran
bahasa Melayu di sekolah rendah. Kesannya, guru akan bersikap hanya
suka menyoal pelajar yang fasih berbahasa Melayu sahaja. Akhirya hal
ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan penekanan pengajaran
secara mendengar dan bertutur dalam kalangan pelajar sekolah
khasnya pelajar sekolah rendah.

Selain sikap pasif, ada juga murid- murid lebih gemar memberi
pendapat secara bertulis selain malu untuk bertutur di khayalak ramai
walaupun ia hanyalah melibatkan rakan sekelas mereka sahaja.

Bahasa ibunda menjadi penghalang

Penggunaan bahasa ibunda dalam pertuturan harian sebenarnya


mempengaruhi dan menjadi penghalang kepada kemahiran bertutur
serta mendengar dalam bahasa melayu. Oleh kerana terbawa-bawa
penuturan bahasa ibunda di dalam aktiviti, kosa kata Bahasa Melayu

11
yang ada pada murid tidak berkembang. Contoh bukan penutur jati
ialah seperti pelajar yang berbangsa Cina, India , Iban dan sebagainya.
Mereka tidak mampu meguasai kosa kata bahasa Melayu yang luas
kerana mereka jarang sekali menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertutur dalam kehidupan seharian mereka. Lantaran itu guru
menganggap para pelajar menjadi pasif kerana tidak mempunyai
keyakinan diri untuk bertutur dan mendengar pengajaran bahasa
Melayu dengan baik di dalam kelas. Berkemungkinan mereka ini juga
tidak diberi ruang yang secukupnya oleh guru untuk berlatih bertutur
ataupun kurangnya galakkan oleh guru itu sendiri. Mereka menyatakan
bahawa kesuntukan masa yang diperuntukkan oleh guru untuk mereka
bertutur dalam Bahasa Melayu menyebabkan berlakunya
permasalahan ini. Oleh yang demikian, sikap guru juga perlu diambil
kira kerana adakalanya guru yang lebih suka memberi tumpuan
kepada aspek penulisan dan bacaan berbanding aspek- aspek yang
lain. Bukan itu sahaja, sikap pelajar penutur jati yang berpendapat
bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda, jadi mereka
mengabaikan keperluannya untuk menguasai kemahiran ini juga
adalah merupakan penyebab kepada timbulnya masalah ini. Sikap
tidak yakin dalam memberi pendapat dengan menggunakan bahasa
Melayu serta sikap pelajar yang lebih suka berinteraksi dengan
menggunakan bahasa Inggeris juga boleh menjadi penyebab kepada
timbulnya permasalahan ini.

Sikap negatif para guru

Sikap guru yang kurang mengambil kisah tentang perubahan,


kaedah mengkritik ataupun pengayaan aktiviti juga penting. Ini adalah
kerana ada segelintir pelajar yang menyatakan mereka kurang
berminat untuk belajar bahasa Melayu secara pendidikan bertutur dan
mendengar adalah kerana sikap guru mereka yang suka memberi
kritikan negatif terhadap cara mereka bertutur di dalam kelas. Kritikan

12
ini bukan sahaja akan menyebabkan mereka malu di hadapan rakan-
rakan tetapi ia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan mereka rasa
benci untuk belajar bahasa Melayu dengan cara mendengar dan
bertutur.

Kurang berkemahiran

Selain itu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh guru- guru
untuk mengajar murid- murid sekolah rendah subjek bahasa adalah
berpunca dari masalah guru yang kurang berpengalaman serta guru
yang bukan dalam pengkhususan bahasa melayu di dalam satu
organisasi kurikulum di sekolah. Pihak pentadbir sekolah memainkan
peranan penting dalam menyusun atur guru guru di sekolah agar ianya
selaras dengan kepakaran mereka. Ini juga berpunca dari karenah
birokrasi dari piahk pentadbir peringkat negeri dan juga kementerian.
Kesannya, murid berada dalam keadaan belajar tetapi tidak sempurna
dek kerana guru yang bukan dalam bidang kepakaran mereka. Selain
itu, permasalahan yang menyebabkan guru-guru yang tiada pengalan
dan berkemahiran ini sukar untuk menekankan aspek pengajaran
bertutur dan mendengar bahasa Melayu kepada pelajar sekolah rendah
adalah kurangnya mengadakan kursus kemahiran mendengar dan
bertutur dalam kalangan guru-guru. Apa yang dapat diperhatikan,
guru- guru akan menjadi terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang
sepatutnya mereka tekankan untuk pengajaran berasaskan konsep
pertuturan dan pendengaran. Bukan itu sahaja, guru sendiri yang
mengakui bahawa mereka tidak pernah mengambil inisiatif dengan
membaca bahan bacaan lain untuk menambahkan kecekapan
berbahasa mereka. Sikap akan memudaratkan keadaan dan
menyebabkan kemahiran mendengar dan bertutur langsung diabaikan
memandangkan guru juga mengalami kekurangan dari kemahiran
bahasa tersebut.

13
Kekangan antara kemahiran dan pepriksaan

Kemahiran mendengar dan bertutur yang langsung tidak diuji


dalam peperiksaan awam juga telah mencetuskan pemikiran kepada
guru-guru untuk meminggirkan kemahiran tersebut dalam pengajaran
dan pembelajaran. Oleh sebab itu, guru- guru terpaksa berhempas
pulas menghabiskan topik yang disukat tanpa mengira keadaan atau
masalah yang dihadapi oleh pelajar. Perkara ini berlaku demikian
kerana guru- guru terpaksa mengajar sukatan mata pelajaran bagi
mencapai matlamat supaya apa yang diajar selari dengan soalan yang
diajukan dalam peperiksaan. Kebanyakkan guru berpendapat ia seperti
hanya membuang masa untuk mengajar sesuatau yang tidak efektif
dalam tugasan mereka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai dua perkara yang utama dalam


punca dan masalah yang menjadi sebab terhadap kurangnya penekanan
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu di sekolah
rendah. Isu ini juga tidak boleh bukan hanya secara seratus- peratus kepada
guru- guru sahaja, tetapi ia juga adalah berpunca daripada sikap pelajar
sekolah itu sendiri. Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak termasuklah
ibu bapa, pibg dan yang lain-lain harus menggembeling tenaga memberikan
kerjasama untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan cara
yang cepat dan mudah.

14
Bahagian C: - 20% (10-11 halaman)

Tulis satu laporan bertajuk:

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di Sekolah Saya:


Satu Tinjauan

LAPORAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DI


SEKOLAH SAYA: SATU TINJAUAN

1.0 PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan
hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan
Negara.

15
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran
wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal
bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah


memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa yang perlu dikuasai oleh
murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini
meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis.

2.0 REFLEKSI KEPENTINGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN


MENDENGAR DAN BERTUTUR

Dalam arus pendidikan yang sedang bergelumang dengan


pelbagai cabaran, satu isu yang dibangkitkan amat penting harus
diambil perhatian adalah tentang pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur oleh kalangan guru-guru sekolah. Aktiviti ini dipandang
serius kerana ianya mula dilupakan atau tidak dirasakan penting
disebabkan oleh pelbagai faktor. Diantaranya ialah kekangan masa
persediaan, kesediaan murid, disiplin guru dan sebagainya menjadi
faktor mengapa perkara ini berlaku.
Jadi, pentingnya kajian ini bagi melihat sejauhmana pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur ini penting dalam sudut
kemenjadian murid dalam berbahasa melayu dengan betul serta
diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, untuk kemahiran

16
bertutur, kepentingannya termasuklah bagi membolehkan seseorang
murid untuk menyebut dengan jelas, menyampai atau melahirkan
pendapat peribadi, melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu
huraian dengan tepat, memberi penerangan dan alasan, menunjuk
arah, membina soalan untuk mencari maklumat, bertemu ramah,
bertukar-tukar pendapat dan maklumat, bertutur secara bertatasusila
dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan
pendengar dan situasi.
Berbeza dengan kepentigan kemahiran bertutur, kemahiran
mendengar mampu membolehkan murid- murid untuk memperoleh
idea, mencari isi-isi penting, melakukan arahan serta tindak balas,
mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan,
mengenal pasti isi-isi yang tersirat, mentafsir makna-makna yang
tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan atau
konteks, dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan
logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja,
menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut
apa yang diperkatakan.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara pemerhatian dan temubual terhadap


tiga orang guru bahasa melayu Sekolah Kebangsaan Duyong Melaka.
Ianya dijalankan dalam masa seminggu, dimana setiap pemerhatian
dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan
sepanjang pemerhatian adalah tidak dirancang. Hanya terus datang
memerhati (dengan kebenaran), kemudiannya menemuramah guru
terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta respon. Data yang
terkumpul seperti pendapat umum oleh guru-guru yang mengajar,

17
kaedah yang digunakan, kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran, cara diperkembangkan serta penekanan didalam kelas
akan di kompilasikan menjadi satu kesimpulan tentang pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Duyong Melaka.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 PEMERHATIAN
Di dalam pemerhatian saya, ketiga-tiga guru bahasa Melayu
tersebut telah menjalankan tugasan mereka dengan sehabis baik
mereka. Walaupun terdapat beberapa kekangan menjadi lurah
dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Berikut,
adalah kompilasi dapatan tentang pemerhatian yang telah
dijalanan.

4.1.1 KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR YANG DIGUNAKAN DI KELAS

Pemerhatian menunjukkan terdapat pelbagai kaedah


menagajar kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh
digunakan sewaktu mengajar di dalam kelas. Kaedah-
kaedah tersebut adalah dengan mengadakan beberapa
aktiviti bercakap yang mempunyai tujuan yang berbeza
serta mendengar supaya objektif dapat dicapai.

a) Didik hibur
Umum telah mengetahui bahawa aktiviti didik hibur
boleh merangsang untuk murid mendengar dan
bertutur dalam suasana yang seronok. Aktiviti ini
boleh dijalankan dengan cara murid menyampaikan
cerita, lawak jenaka, sajak dan menyanyi. Sebagai
contoh, ada guru yang mengajak murid untuk

18
bernyanyi lagu tentang tubuh. Murid akan
mendengar tunjuk cara nyanyian oleh guru dan
kemudiannya, murid akan mengajuk nyanyian guru.
Disebabkan lagu kanak-kanak mudah diingat,
ternyata murid dapat mengingat melodi lagu yang
mereka pelajari dengan mudah.

b) Demonstrasi
Selain dari didik hibur, kaedah mendemonstrasi juga
telah di lakukan oleh guru. Aktiviti bercakap dan
membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya
di dalam kelas tentang cara membuat sesuatu
dengan membuat origami, atau cara memasak
sesuatu masakan juga boleh dilaksanakan.

c) Kuiz
Bagi mewujudkan suasana persaingan dan cabar
mencabar secara positif, ada juga guru yang
mengadakan pertandingan kuiz di mana pelajar
dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh
guru serta memberi jawapan yang betul serta
menjalankan permainan bahasa yang dapat
meningkatkan kemahiran mendengar dalam
kalangan pelajar juga telah membantu guru
memperkembangkan kemahiran bertutur dan
mendengar dalam kalangan murid. Apa yang
diperhatikan, murid secara sepontan cuba
mendengar dengan teliti soalan yang diberikan serta
bertutur bagi menjawab soalan secara bersaing. Ini

19
mewujudkan suasana latihan yang tidak memaksa
murid untuk bertutur dan mendengar.

d) Sebut semula
Kaedah ini adalah yang paling biasa dipraktikkan.
Kaedah ini dilaksanakan dengan cara murid
menyatakan semula apa yang guru-guru telah
disampaikan kepada murid sama ada sebutan secara
individu ataupun beramai-ramai.

e) Inkuiri penemuan
Aktiviti bertutur untuk tujuan menyelesaikan
masalah juga dilaksanakan melalui kaedah murid
berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Sebagai contoh, guru membuka satu topik dan
membimbing mereka dari sudut isi yang perlu
diperbincangkan oleh murid tentang kebersihan
kantin. Apa yang diperhatikan, murid berbincang di
dalam kumpulan dengan mendengar cadangan-
cadangan dari rakan-rakan mereka kemudian
meluahkan idea-idea yang ada pada diri masing-
masing.

4.2 CARA KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


MURID DALAM BAHASA MELAYU DIADAPTASI

Melalui pemerhatian, terdapat pelbagai cara yang telah


digunakan untuk memperkembang kemahiran mendengar dan
bertutur dan seterusnya melatih dalam kalangan murid di
sekolah saya.
4.2.1. Guru yang mengadaptasi kemahiran ini dengan kaedah memberi,
menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain

20
mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan
tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain.

4.2.2. Kaedah lain yang diggunakan ialah kaedah menggambarkan semula.


Kaedah ini dijalankan dengan cara murid- murid dikehendaki
menyatakan semula pelajaran yang mereka fahami dengan
menggunakan ayat mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, murid
cuba memberitahu situasi yang terdapat pada gambar yang mereka
lihat.

4.2.3. Selain itu, meminta murid untuk membuat pengumuman tentang


aktiviti yang berlaku di sekolah misalnya, tentang rancangan atau
jadual kokurikulum serta mengarahkan murid untuk membentangkan
secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan berkaitan
dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru juga boleh
mengasah bakat murid untuk bertutur.

4.3 PENDAPAT GURU TENTANG PENGAJARAN KEMAHIRAN


MENDENGAR DAN BERTUTUR

Di dalam kajian ini, tiga orang guru telah ditemubual dan


diminta untuk memberi pendapat mengenai pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mereka. Temubual tersebut berfokuskan
kepada keutamaan yang mereka berikan kepada pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur serta sebabnya. Temubual
ini juga berfokuskan kepada kaedah yang mereka gunakan untuk
mengamalkan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Saya akan menyatakan hasil temubual tersebut di dalam laporan
ini. Hasil temubual itu adalah seperti yang di bawah.

21
Guru pertama yang telah ditemuramah menyatakan
pendapat bahawa kemahiran mendengar dan bertutur dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sejak dari mula
mengajar pada awal. Apabila ianya berlaku di dalam situasi
sebuah kelas, penekanan haruslah diberikan sama banyaknya
dengan penekanan pengajaran kemahiran bertulis dan
membaca. Ini adalahh kerana tanpa keseimbangan kemahiran
tersebut, objektif pengajaran sukar untuk dicapai. Selain itu, hal
ini penting kerana sekaligus dapat melahirkan murid- murid yang
mampu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam
bahasa Melayu dengan jayanya.
Guru kedua yang mengajar subjek bahasa Melayu yang di
temuramah menyatakan bahawa beliau amat menerapkan
pengajaran kemahiran bertutur dan mendengar seiring dengan
kemahiran membaca dan menulis. Beliau berpendapat bahawa
perkara ini penting dan perlu untuk memastikan semua murid
mampu menguasai pelbagai aspek bahasa Melayu dengan
sempurna, selain untuk melahirkan anak bangsa yang mahir
berbahasa dapat dicapai. Beliau menyatakan juga bahawa
respon murid- murid yang positif membuatkan dirinya
meneruskan kaedah tersebut untuk diaplikasikankepada anak-
anak didiknya.

Hal ini berbeza dengan pendapat dan pandangan guru


yang ketiga. Guru kedua menyatakan bahawa beliau memberi
penekanan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur
sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
mengikut aras pemikiran murid. Pada pendapat beliau, tidak
semua murid akan dapat menguasai sesuatu dalam masa yang
singkat. Contohnya di kelas ramai murid yang lemah. Beliau
menyatakan adalah sia-sia sekiranya guru hanya memikirkan
silibus semata, dan menjadi hipokrit; menipu keputusan di atas

22
kertas. Oleh yang demikian, adalah lebih baik diuruskan dahulu
membaca dan menulis bagi murid yang lemah, agar apabila
sudah mahir, sudah tentu secara semula jadi murid akan
mengadaptasikan diri mereka untuk menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur.

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada segala pemerhatian dan temubual yang


dijalankan, saya mendapati bahawa kemahiran pengajaran berasaskan
kemahiran mendengar dan bertutur telah dijalankan di sekolah mengikut
keadaan, kesediaan serta kewajaran yang telah ditimbangkan oleh guru
yang berwajib. Namun, pada pendapat saya ianya harus dikuatkuasakan
bermula dari peringkat sekoalah rendah lagi agar produk yang dihasilkan
adalah anak didik yang seimbang dalam menguasai kemahiran yang wujud
dalam bahasa Melayu. Dari aspek pengajaran juga, saya mendapati bahawa
guru- guru telah menyedari kepentingan kemahiran bertutur dan
mendengar dalam diri murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.

23
24

Anda mungkin juga menyukai