Anda di halaman 1dari 13

Model Disiplin Asertif

Canter
Chong Kar Kee
Cheen Ying Jie
Soo Jing Yu
Wong Xiang Wen
Pengasas
• Lee and Marlene Canter (1976 ) yang menubuhkan Canter &
Associates serta menghasilkan buku Assertive Discipline: A Take-
Charge Approach for Today's Educator (1976)

Konsep utama
- guru mempunyai hak untuk mengajar secara profesional dan
tanpa gangguan
- murid berhak belajar dalam keadaan selamat dan tenang
dengan sokongan daripada guru / rakan-rakan
Pengenalan Model Disiplin Asertif Canter
• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan
• menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta
memastikan murid-murid mematuhi peraturan dengan tegas
• guru menentukan peraturan-peraturan dan memastikan murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan di dalam bilik darjah
• melibatkan ganjaran dan dendaan akibat peraturan yang ditetapkan
• guru memberikan perhatian positif, berinteraksi dan mewujudkan
hubungan saling mempercayai dan menghormati dengan murid-murid
pengurusan bilik
darjah yang asertif

peraturan
tingkah laku di
dalam bilik
darjah
murid-murid mematuhi peraturan murid-murid tidak mematuhi peraturan

guru memberi peneguhan positif : guru memberi peneguhan negatif :


- penghargaan - murid akan sedaya upaya mengelakkan
-pujian akibat
3 jenis guru
1. guru yang Agresif
- guru bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
- menjadikan murid berasa terancam dan tidak diperlakukan dengan adil
2. guru yang tidak asertif
- pendekatan yang pasif terhadap murid, tidak konsisten dan mengelirukan
- murid tidak menghormati guru jenis ini
3. guru yang asertif
- jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan & ambil berat dan adil
terhadap murid
- tahu apa yang diingini oleh murid. Guru asertif menyatakan dengan jelas tingkah laku murid yang diingini
dan membantu murid-murid memahami bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan
Contoh : guru memberi arahan dengan jelas dan tegas : “Peraturan kelas kita ialah angkat tangan dan
tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak untuk menjawab soalan.”
Kesan akibat setiap jenis guru
• Agresif:
o bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan.
o Murid berasa takut dan terancam.
o Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru denganmurid.
o Kesannya, murid memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

o Tidak asertif:
murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah.
o (Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak.)
o Kadnagkala guru terlalu tegas atau hanya membiarkan sahaja murid-murid, murid akan berasa keliru dan membuatkan hilang rasa
hormat mereka terhadap guru.

• Asertif:
o Guru dan murid memenuhi keperluan masing-masing.
o Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mempraktikkan tingkah laku yang diingini.
o Hal ini membantu guru untuk membina persekitaran P&P yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.
• Guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal
yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin.
• Contoh: ‘ Siapkan latihan yang diberikan’ , dan bukannya arahan yang
kabur seperti ‘ Ikut arahan guru’.
• Pengiktirafan diberikan kepada murid-murid untuk menggalakkan
tingkah laku yang diingini, manakala tindakan pembetulan dikenakan
kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk
belajar dengan selesa.
• Hierarki disiplin dibentuk untuk melaksanakan tindakan pembetulan
mengikut kekerapan salah laku ditunjukkan. Setiap hierarki disertakan
dengan tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh guru.
Hierarki perlu konsisten dan adil untuk semua murid yang melanggar
peraturan yang ditetapkan.
• Guru perlu menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murdi.
Hierarki tindakan Kali pertama murid mengganggu rakan– ‘Daniel, peraturan kita ialah
pembetulan Canter JANGAN MENGGANGGU RAKAN. Ini ialah amaran daripada saya’.

Kali kedua/ ketiga mengganggu rakan – ‘Daniel, peraturan kita ialah


JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk time out lima
minit di belakang kelas’.

Kali keempat mengganggu rakan – ‘Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau
mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak’. Telefon
ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunye tentang
salah laku yang dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan – ‘Daniel peraturan kita


ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa
dengan GURU BESAR’.

Tingkah laku yang melampau! Kadang-kadang ada murid yang akan terus
menunjukkan tingkah laku disruptif yang melampau. ‘Daniel, menumbuk rakan
tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU
BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian’.
Sistem Kad Warna
• Kesalahan pertama: Kurning
• Kesalahan kedua: Oren
• Kesalahan ketiga: merah
• untuk pengurusan disiplin
Langkah-langkah penerangan pelan
pengurusan bilik Penerangan
darjah peraturan
Cara pelaksanaan peraturan

Semak kefahaman murid


Maklumkan tentang ganjaran

Penerangan tentang tindakan pembetulan

Cara tindakan pembetulan dikenakan


Semak kefahaman murid
Kaedah Main Peranan
• Menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan
• Langkah untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:
• Kenakan tindakan pembetulan dengan tenang
• cth: Awak tidak menyiapkan kerja rumah. Awak telah memilih untuk mneyiapkan
semasa rehat
• Konsisten, tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama
• Peneguhan
• cth: Awak telah menyiapkan kerja. Awak telah membuat pilihan yang baik
• Berikan peluang untuk murid meluahkan perasaan. Mungkin kesilapan akibat
faktor luar
• Teguran secara langsung
• Teguran secara individu
Cadangan Canter untuk menangani murid-
murid ini
• Murid-murid ini: murid yang sukar untuk dibimbing , mencabar guru,
melanggar peraturan yang boleh mengakibatkan stress, putus asa dan
kemarahan kepada guru
• Cadangan:
1. Dekati murid-murid dan cuba dapatkan kepercayaan
2. Berikan perhatian dan keperluan yang tiidak didapati sebelum ini
3. Cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap

Model Asertif Canter


- Membina personaliti guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai