Anda di halaman 1dari 2

“Nyatakan cadangan bagaimana anda sepatutnya melayan murid secara adil apabila

mengajar kelak.”

Jawapan
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, adat resam, dan latar belakang
sentiasa memperkayakan sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid di sekolah. Guru
sebagai pendidik haruslah memastikan murid berada dalam persekitaran pembelajaran yang
adil dan selesa.

Cara penilaian yang adil


Cadangan perlakuan guru untuk melayan murid secara adil yang pertama ialah
mengamalkan cara penilaian yang sesuai dan adil. Sebagai contoh, tugasan dan ujian gred
boleh disertai dengan rubrik terperinci supaya pemarkahan dilakukan dengan berasaskan
bukti yang kurang dipengaruhi oleh tindak balas bias yang tidak disedari oleh guru.

Peluang yang sama rata untuk menerima pendidikan


Semasa guru memberi pujian kepada murid-murid yang cemerlang, jangan lupa dengan
murid yang bergred rendah. Rubrik tugasan/ujian tersebut juga dicadangkan untuk
dikemukakan kepada murid supaya mereka mempunyai kefahaman terhadap pendapatan
markah mereka. Murid yang cemerlang dibekalkan material penambahan, murid yang
bergred rendah diberi material bimbingan. Tiada salah satu pihak yang dititikberat atau
diabaikan.

Melakukan pemerhatian terhadap PdP sendiri


Guru boleh merekodkan pengajaran diri sendiri dan memerhatikan penglibatan pelajar,
bahasa yang digunakan dan bahasa badan. "Anda mungkin akan menyedari corak
pengajaran yang tidak diketahui oleh anda.” kata Hunter (2016). Disebabkan murid yang
berbilang kaum, latar belakang dan adat yang berbeza, guru haruslah lebih peka, teliti, dan
hati-hati sebab guru membawa pengaruh yang besar kepada murid.

Maklum balas secara tanpa nama


Guru boleh mengumpulkan maklum balas murid melalui cara tanpa nama. Sama ada
melalui penilaian secara formal atau masa yang pendek di akhir kelas, maklum balas pelajar
adalah salah satu garis panduan terbaik dalam mengenali keadaan kelas dengan cara yang
adil.

Memastikan tugasan dalam kumpulan


Guru haruslah menggalakkan pemprosesan tugasan melalui kumpulan. Murid diberi peluang
untuk saling mengenali dengan ahli kumpulan yang lain dan berpeluang untuk membetulkan
andaian-andaian yang dihasilkan daripada pemikiran yang stereotaip. Kata Hunter (2016),
"Gunakan pelbagai kaedah untuk menghasilkan kumpulan, sebab jika murid membuat
pemilihan diri, ia akan mengukuhkan ketidakfahaman antara satu sama lain."

Anda mungkin juga menyukai