Anda di halaman 1dari 4

Bilik darjah merupakan ruang sosialisasi bagi murid murid selain membina kefahaman baru dengan panduan dari

i pendidik. Wujudnya konsep mesra budaya dalam bilik darjah secara tidak lansung menyumbang ke arah pembentukan jambatan perpaduan dan penyatuan etnik yag terdapat di Malaysia. Contohnya di Sabah dan Serawak, terdapat hingga lebih daripada 20 etnik bergabung di bawah satu rumpun berganding bahu mengukuhkan ikatan perpaduan antara mereka. Dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyatu dan pembina identiti negara bangsa Malaysia, interaksi dua hala lebih teratur dan berkesan. Implikasinya, warga Malaysia akan lebih memahami antara satu sama lain. Impak jangka masa panjangnya, mereka akan lebih menghormati dan mengenali budaya serta sensitiviti sesebuah kaum yang lain. Wujudnya pelbagai bangsa di dalam sesebuah sekolah berkongsi kelas, tempat bermain, guru, serta wadah pengajaran secara tidak lansung akan wujudnya sifat toleransi, saling berkerjasama dan lebih menghormati orang lain. Guru sebagai agen penyebar ilmu harus bijak memilih bahan pengajaran dan harus membuahkan idea yang bernas agar dapat menarik minat murid untuk mempelajari serta menerima pendedahan mengenai budaya kaum lain di Malaysia. Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara khasnya haruslah dititikberat dan diberi penekanan sepenuhnya di dalam atau di luar bilik darjah. Apabila generasi kecil kita yang berbangsa Melayu, Cina dan India ini dapat berinteraksi sejak awal persekolahan lagi sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Hal ini secara tidak lansung akan memberi peluang orang Melayu menguasai budaya bangsa lain dan begitu juga sebaliknya. Semangat kekitaan akan terhapus dan curang perkauman akan mulai rapat dan utuh.

Sebagai seorang guru, perlulah mempunyai kemahiran dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan bilik darjah tersebut. Berbalik kepada persoalan di atas, bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlulah menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan supaya objektif utama dapat dicapai dengan jayanya.

2.1 - Cadangan Pertama : Mewujudkan Iklim Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Kondusif Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti keberkesanannya untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah guru perlulah memastikan iklim persekitaran fizikal di dalam bilik darjah bersesuaian dan menjadi lebih kondusif. Kondusif mengikut takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learners Dictionary(2004) membawa maksud menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk memastikan sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks iklim pembelajaran yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian (USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuai, dapatlah mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah seimbang. Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa cina ataupun india. Begitu juga sebaliknya. Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah perlulah mempunyai variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat diwujudkan. Hal ini dapat menunjukkan bahawasanya guru tersebut sangat peka dan prihatin terhadap anak muridnya yang berbilang kaum dan juga budaya. Jadi, mereka dapat membiasakan diri dengan berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sistem pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Guru dengan mengetahui kepentingan kesedaran kepelbagaian sosio- budaya, guru itu bolehlah memilih kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu murid murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran

kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama sama , saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat salimg belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1)

Bagi aspek fizikal, terdapat 3 cara yang boleh dilaksanakan. Cara yang pertama ialah susun atur meja dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai etnik dalam kalangan pelajar. Setiap murid perlu dicampur dalam satu kumpulan meja dan tidak membenarkan mereka berkumpul mengikut etnik mereka sendiri. Guru perlu mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Apabila dicampur, mereka akan berinteraksi dan berhubung sesama mereka. Mereka akan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan secara tidak langsung memberi lathan kepada etnik lain untuk berlatih dalam bahasa Melayu.

Cara yang kedua ialah guru perlu mewujudkan satu sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah. Sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid mengenai pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.

Cara yang ketiga ialah mewujudkan sebuah peraturan dalam bilik darjah. Peraturan ini bertujuan menjaga kelakuan dan mendisiplinkan murid-murid. Peraturan yang dibuat ini akan diikuti oleh murid dan lama kelamaan akan dijadikan budaya dalambilik darjah. Antara peraturan bilik darjah yang boleh dilakukan ialah memberi salam setiap kali guru

masuk ke bilik darjah dan memberi salam setiap kali bertemu dengan guru di sekolah. Peraturan yang lain ialah memberi pujian seperti kepada rakan-rakan yang berjaya menjawab soalan guru. Budaya memberi pujian ini akan menyebabkan murid tidak takut untuk mencuba dan akan menjadi lebih aktif.

Anda mungkin juga menyukai