Anda di halaman 1dari 2

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;

Terdapat beberapa aspek yang perlu dipertinbangkan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek ini adalah sangat penting bagi memastikan murid sentiasa seronok untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Antara salah satu aspek yang perlu dipertimbangkan ialah guru perlulah memilih dan menghasilkan alat atau bahan bantu mengajat yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar di dalam kelas. Apabila alat bantu mengajar yang digunakan tersebut adalah sesuai dengan tahap pengetahuan dan budaya pelajar di dalam kelas sudah tentu akan dapat membolehkan pengajaran guru dapat diterima oleh pelajar seterusnya pembelajaran pada hari tersebut amat berkesan kerana contoh yang digunakan adalah berkaitan dengan pengalaman pelajar dan boleh dirasai oleh murid-murid. Jika guru tidak meletakkan unsur-unsur budaya etnik di dalam pengajaran mereka, murid yang minoriti di dalam kelas tersebut akan berasa terabai dan disisih. Oleh itu, ini akan membolehkan motivasi dalam diri pelajar akan merundum. Selain itu, guru juga mestilah berhati-hati semasa memilih bahan bantu mengajar yang sesuai. Hal ini kerana, bagi mengelakkan unsur-unsur negatif dan sensitif yang berkaitan mana-mana etnik. Jadi, guru mestilah mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas berkenaan sesuatu budaya bagi setiap etnik supaya tidak berlaku salahfaham. Selain itu, aspek kedua yang perlu diambil berat ialah berkenaan latar belakang murid. Dengan mengkaji latar belakang, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya adat resam, kepercayaan dan agama murid akan membolehkan guru memahami budaya sesuatu kaum etnik di dalam kelasnya. Hal ini kerana, secara tidak langsung, guru akan dapat memperolehi beberapa maklumat berkenaan pelajar tersebut kerana individu biasanya dipengaruhi oleh budaya yang diamalkan oleh masyarakat di sekeliling dan keluarga mereka. Di samping itu, guru juga seharusnya bijak untuk memastikan layanan dan perhatian yang diberikan kepada semua pelajar di dalam kelas adalah samarata. Hal ini bagi memastikan, tidak wujud diskriminasi di dalam kelas. Jika wujudnya diskriminasi di dalam kelas, ini akan membawa kemungkinan berlakunya perpecahan di dalam kelas tersebut

dan masing-masing tidak mempedulikan di antara satu sama lain. Ini boleh menyebabkan berlakunya perpecahan kaum dan tidak wujud persefahaman di antara mereka. Di samping itu, aspek yang perlu difikirkan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru mestilah pandai untuk memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi yang sesuai digunakan bagi kelas mesra budaya ialah strategi yang berpusatkan murid. Guru boleh menggunakan pembelajaran secara koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang mana dapat memberikan manfaat yang banyak kepada murid. Berdasarkan struktur

pembelajaran koperatif, murid akn dibahagikan kepada kumpulan heterogenous yang mana setiap ahli kumpulan akan dapat berkongsi idea, pengetahuan, pendapat, dan pengalaman mereka. Interaksi di antara ahli kumpulan sememangkan akan membawa kepada kepentingan bersama dan mereka akan saling menolong dan bantu membantudi antara satu sama lain bagi memastikan semua ahli kumpulan dapat berjaya. Dengan adanya, pembelajaran dan perkongsian sebegini turut memberi informasi di antara mereka berkenaan latarbelakang, budaya, etnik taraf sosial dan sebagainya. Justeru, strategi pembelajaran ini akan membolehkan hubungan di antara murid akan bertambah erat dan dapat mewujudkan kerjasama dan toleransi di antara mereka.

Anda mungkin juga menyukai