Anda di halaman 1dari 8

1.

Senaraikan acara-acara padang olahraga


● Acara lompatan (Lompatan mendatar & Lompatan ketinggian)
● Acara lemparan
● Acara melontar
● Acara rejaman
● Acara balingan

2. Senaraikan acara-acara balapan olahraga


● Acara pecut
● Acara jarak sederhana
● Acara jarak jauh
● Acara lari berpagar
● Acara lari berhalangan
● Acara lari berganti-ganti
● Lumba jalan kaki

3. Pilih mana-mana 2 acara padang dan perincikan peraturan pertandingannya dengan


merujuk kepada peraturan pertandingan KOM terkini.

Acara padang:
1. Lompat jauh
- Lompat jauh merupakan salah satu cabang dari olahraga atletik. Olahraga lompat jauh
dilakukan dengan berlari serta melompat sejauh mungkin ke dalam bak pasir.

Peraturan pertandingan:
i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan
keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga
lompatan perlu di buat.
ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian
terbaik dan pemenang.
iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak
dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.
iv. Lompatan dikira batal jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut;
· Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang
dibenarkan.
· Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.
. kaki peserta menyentuh atau memijak kawasan di luar papan lonjak.
. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas habis membuat lompatan.
. cara atau kaedah lompatan yang digunakan tidak dibenarkan oleh undang
undang.
. peserta menggunakan alat sokongan atau bantuan lompatan.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang
digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.
vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran
dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu
pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.
vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang.
viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi
lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

2. Lontar peluru
Peraturan :
1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.
2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta
dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara
kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri
di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan
dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi.
Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta
dibenarkan 6 percubaan sahaja.
3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk
latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama
mereka dan diawasi oleh hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu
untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau
menggunakan bulatan dalam sektor untuk latihan, dengan atau tanpa alat-alatan akan
meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan
lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh
bahagian dalam relang dan papan.
6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak)
dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau
rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran.
Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.
7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta
bila membuat lontaran akan dibenarkan. Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali
untuk membalut luka
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan
yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan
memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan
atau kasutnya.

Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan
memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan
badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak
senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.

9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di


atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di
dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia
mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk
memulakan percubaan yang baru.

10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di
antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda
yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui
satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah
tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus
putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para
17)

13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan
atau bulatan dan tidak secara dibaling.

14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran
yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh
pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut
tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan
dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua
atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini
diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu
sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil
bahagian.

16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas
sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan
lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda
pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah
dikira pemenang.

17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu
setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang
sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai
mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

4. Pilih mana-mana 2 acara balapan dan perincikan peraturan pertandingannya dengan


merujuk kepada peraturan pertandingan KOM terkini.

1. Acara lari berganti-ganti

Peraturan pertandingan:

Peraturan Lari berganti-ganti


✔ Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak
peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
✔ Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-
tengahnya.
✔ Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama
dengan garisan permulaan 800m.
✔ Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan
permulaan/penamat
✔ Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong
sepenuhnya.
✔ Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu
boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda
yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.
✔ Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m
dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line)
selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton
mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat
lebih daripada 4 pasukan.
✔ Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi
penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
✔ Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
✔ Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan
secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah
pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.
2. Acara jalan kaki
Berdasarkan Peraturan 230, Lumba Jalan Kaki ialah pergerakan langkah yang berterusan
suapaya langkah tersebut sentiasa mencecah bumi, supaya tidak ada jejak yang tidak
mencecah bumi berlaku yang boleh kelihatan (pada mata kasar). Kaki yang berada di hadapan
hendaklah sentiasa lurus (tidak membengkokkan lutut) dari mula mencecah bumi sehinggalah
keadaan pejalan benar - benar tegak.

Berikut adalah jarak piawai :

a) Dalam dewan : 3000 meter, 5000 meter.


b) Luar dewan : 5000 meter, 10 000 meter, 20 000 meter, dan 50 000 meter.

Penghakiman untuk acara lumba jalan kaki:


a) Hakim -hakim Lumba Jalan Kaki yang dilantik hendaklah memilih ketua Hakim, jika tidak ada
perlantikan sebelumnya.
b) Semua Hakim hendaklah bertindak secara sendirian dan penghakiman mereka hendaklah
berdasarkan penelitian mata kasar.
c) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), semua Hakim hendaklah hakim -hakim
lumba jalan kaki antarabangsa.
d) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (b),(c),(e),(f),(g), dan (j) semua hakim hendaklah
hakim -hakim lumba jalan kaki wilayah atay hakim -hakim lumba jalan kaki antarabangsa.
e) Bagi perlumbaan jalan raya, lazimnya minimum 6 orang dan maksimumnya sembilan orang
Hakim termasuk seorang Ketua Hakim.
f) Bagi perlumbaan balapan, lazimnya 6 orang Hakim termasuk seorang ketua hakim.
g).Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), tidak lebih dari seorang hakim ( kecuali
ketua hakim) dari sebuah Negara boleh bertugas.
h) Dalam pertandingan mengikut peraturan 1.1 (a), (b), (c), (d), dan (f), ketua hakim mempunyai
kuasa membatalkan seseorang atlet dalam 100 m terakhir apabila pergerakan langkah atlet
jelas gagal mematuhi peraturan 230.1 tanpa mengira bilangan kad merah diterima sebelum itu.
i) Bagi semua pertandingan di bawah peraturan 1.1 (a),(b),(c), dan (f), seorang pegawai
pertugas Papan Pemaklumat dan seorang Pencatat Ketua Hakim hendaklah dilantik.

Amaran dan Pembatalan:

a). Amaran kepada yang gagal mematuhi peraturan 230.1 semasa lumba jalan kaki

Hakim akan menunjukkan paddle kuning untuk kesalahan yang dilakukan dengan simbol
apabila membuat teguran kepada peserta.
Amaran " m " diberikan apabila berlakunya kesalahan terapung atau pergerakan langkah yang
tidak mencecah permukaan semasa lumba jalan kaki.
Amaran " < " diberikan apabila berlakunya kesalahan kaki bengkok. Sila rujuk gambar 2.1.
gambar 2.1

Amaran " Merah " diberikan apabila atlet dibatalkan daripada pertandingan tersebut kerana
telah melakukan tiga kesalahan mengikut peraturan 230.1. Sila rujuk gambar 2.2.
Papan pemaklumat hendaklah ditempatkan di haluan dan berhampiran penamat kepada atlet
tentang bilangan Kesalahan yang telah dihantar kepada ketua hakim untuk setiap atlet. Simbol
bagi setiap kesalahan hendaklah juga ditunjukkan di papan pemaklumat.

gambar 2.2

Permulaan semasa acara lumba jalan kaki :

✔ Perlumbaan hendaklah dimulakan dengan tembakan pistol.


✔ Arahan dan prosedur untuk perlumbaan lebih daripada 400 m hendaklah digunakan
(Peraturan 162.3).
✔ Dalam perlumbaan yang melibatkan ramai atlet, amaran 5 minit, 3 minit dan 1 minit
sebelum mulanya perlumbaan hendaklah diberikan.

5. Nyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu ditekankan dalam sukan olahraga.


✔ Pakaian
Pakaian sukan harus selesa, sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan
penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang dibuat daripada kapas adalah yang paling
sesuai digunakan dalam cuaca negara kita kerana ia membenarkan peluh diserap dan
disejatkan. Ini mengelakkan peningkatan suhu badan.

✔ Peralatan
Peralatan yang sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu bukan
sahaja dapat membolehkan individu itu menikmati aktiviti sukan yang diceburi malah
dapat mengurangkan risiko kecederaan. Peralatan perlu sentiasa berada dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.

✔ Peralatan Keselamatan
Semua pemain harus memakai peralatan keselamatan semasa bersukan. Sebagai
contoh, shin pad, abdominal guard, mouth guard, helmet dan sarung tangan
yang dapat melindungi mereka daripada kecederaan.

✔ Peraturan pertandingan
Penganjur pertandingan peringkat umur harus mengutamakan keselamatan
terutamanya dalam peraturan pertandingan sesuatu sukan. Peraturan pertandingan
sesuatu permainan boleh diubah suai mengikut keadaan dengan memberi keutamaan
kepada aspek-aspek keselamatan.

✔ Padang dan gelanggang


Tempat permainan seperti padang dan gelanggang harus mempunyai ciri-ciri
keselamatan dan tidak bahaya kepada pengguna. Gelanggang sukan tidak mempunyai
objek-objek asing atas permukaan dan di sekeliling yang boleh mencederakan
penggunanya.

Anda mungkin juga menyukai