Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN LARI BERGANTI-GANTI (PERATURAN 170)

Peraturan 170 merupakan peraturan yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan International Assosiation of Athletics Federation (IAAF). Semua peserta acara lari berganti-ganti yang mewakili kelab, persatuan, agensi atau mana-mana pihak dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Berikut merupakan peraturan bagi acara lari berganti-ganti: 1. Jarak standard bagi acara lari berganti-ganti ialah 4x100m, 4x200m, larian medley (100m, 200m, 300m, 400m), 4x800m dan 4x1500m.

2. Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi mendakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi atau garisan gores (scratch line).

3. Setiap zon sambut ataupun zon pertukaran baton hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi atau garisan gores di tengah-tengahnya.

4. Seseorang atlet boleh meletakkan penanda bantuan di lorongnya sendiri dengan menggunakan pita pelekat. Pita pelekat yang digunakan mestilah maksimum saiznya 5sm x 40sm, berwarna terang yang tidak mengelirukan tanda-tanda sebenar di balapan. Penanda bantuan yang lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Baton yang digunakan bagi satu-satu pertandingan mestilah berbentuk tiub bulat (silinder) bergeronggang dan berpermukaan licin. Baton hendaklah diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan keras dengan panjangnya 280mm hingga 300mm. Diameter ataupun ukur lilitnya hendaklah antara 40mm dan beratnya tidak kurang daripada 50g. Selain itu, baton mestilah berwarna bagi membantu penglihatan.

6. Baton hendaklah dipegang di tangan sepanjang perlumbaan. Sebarang penggunaan sarung tangan, meletakkan atau memakai bahan pada tangan untuk tujuan memperoleh genggaman yang baik adalah tidak dibenarkan selain yang dibenarkan iaitu sebarang jenis pelindungan peribadi contohnya pembalut, pita, tali pinggang, penahan dan lain-lain untuk tujuan pelindungan atau perubatan. Menjatuhkan baton tidak mengakibatkan pembatalan. Atlet

perlu mengambil semula baton yang dijatuhkannya. Atlet hendaklah meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton sekiranya baton yang dijatuhkannya terkeluar daripada lorong dengan syarat, perbuatannya tidak mengurangkan jarak larian yang patut dihabiskannya.Tambahan pula, atlet boleh mengutip baton yang jatuh tergolek ke tepi atau hadapan termasuk melepasi garisan penamat dan kembali ke tempat asal sebelum

menyambung larian asalkan pernuatan tersebut tidak mengganggu atlet lain. Pasukan akan dibatalkan sekiranya seorang atlet tidak akur dengan peraturan ini. 7. Dalam semua acara lari berganti-ganti, baton mestilah diserahkan dalam zon sambut atau zon pertukaran baton. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja baton menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila baton berada dalam genggaman atlet yang menerima. Pertukaran baton di luar zon pertukaran baton atau zon sambut boleh mengakibatkan pembatalan. Jika baton terjatuh sama ada di tepi atau di hadapan termasuk melepasi garisan penamat, atlet yang menjatuhkan baton dikehendaki mengambil baton tersebut dan kembali ke tempat di mana baton berada di genggamannya sebelum terjatuh lalu meneruskan larian. 8. Atlet mestilah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan lapang supaya tidak menghalang atlet lain sebelum menerima atau menyerahkan baton. Pasukan boleh dibatalkan sekiranya terdapat atlet daripada pasukan tersebut secara sengaja mengganggu atlet lain dengan melintas keluar dari posisi atau lorongnya. 9. Bantuan dengan cara menolak dengan sebarang cara lain akan

menyebabkan pembatalan. 10. Lari berganti-ganti 4x100m hendaklah dijalankan sepenuhnya dalam lorong.

11. Acara lari berganti-ganti 4x200m boleh diadakan seperti berikut: a) Menggunakan lorong dari mula hingga tamat (empat selekoh di lorong) b) Di lorong untuk dua peringkat pertama dan kedua dan sebahagian dari peringkat ketiga sehingga sampai ke tepi terdekat garisan memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong (tiga selekoh dalam lorong). c) Di lorong untuk peringkat pertama sehingga sampai ke tepi terdekat garisan memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet dibenarkan meninggalkan lorong masing-masing (satu selekoh dalam lorong). Cara ini biasanya digunakan jika tidak lebih dari empat pasukan bertanding. 12. Lari berganti-ganti medley (100m-200m-300m-400m) akan diadakan dalam lorong untuk peringkat satu dan dua dan sebahagian dari peringkat ketiga sehingga ke tepi garisan memotong selekoh pertama (breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing (dua selekoh dalam lorong).

13. Acara 4x400m boleh diadakan seperti berikut: a) Di lorong untuk peringkat pertama dan sebahagian dari peringkat kedua sehingga tiba di tepi terdekat garisan memotong di selekoh pertama (breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong masingmasing (tiga selekoh dalam lorong). b) Di lorong untuk peringkat pertama sehingga tiba di tepi terdekat garisan memotong selekoh pertama (breakline) di mana atlet dibenarkan meninggalkan lorong (satu selekoh dalam lorong). Cara ini digunakan jika terdapat kurang dari empat pasukan bertanding. 14. Acara lari 4x800m boleh diadakan seperti berikut: a) Di dalam lorong untuk peringkat pertama sehingga ke tepi terdekat garisan memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong masing-masing. b) Berlari tanpa menggunakan lorong.

15. Acara lari berganti-ganti 4x1500m akan diadakan dari mula hingga tamat tanpa menggunakan lorong.

16. Semua pelari kecuali pelari pertama boleh memulakan larian tidak melebihi 10m di luar kawasan pertuakaran baton dalam acara 4x100m dan 4x200m. Dalam acara lari berganti-ganti medley pelari kedua dan ketiga boleh berbuat demikian. Satu tanda jelas perlu dibuat pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon ini. Pasukan boleh dibatalkan jika atlet tidak mengikut peraturan ini.

Anda mungkin juga menyukai