Anda di halaman 1dari 7

Bidang Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai
pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah
menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara
bidang tugas pegawai teknik:

1. Pengurus Kejohanan
• Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.
• Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.
• Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada
di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.
• Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
• Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal
kejohanan olahraga.
• Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan


• Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.
• Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.
• Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.
• Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.
• Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.
• Membantu pengagihan cenderamata jika ada.
• Mengagihkan kain lengan pegawai.

3. Pengurus teknik
• Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
• Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.
• Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
• Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan
• Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan
mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.
• Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.
• Menguruskan perjalanan surat-menyurat.
• Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.

5. Juri Rayuan
• Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.
• Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan
yang bertanding.
• Keputusan juri rayuan adalah muktamad.
6. Pengadil
• Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga.
• Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada
terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.
• Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu
pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.
• Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya
belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.
• Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum
memulakan kejohanan.
• Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusankeputusan
akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa
keputusankeputusan
akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
• Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat. (Ketua
Hakim perlu membantu).
• Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasa
untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.
• Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang
sama mengikut budi bicara.
• Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya
keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.
• Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua
bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

7. Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim
biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi
memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta
mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum
diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8. Hakim Balapan
Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara tugasnya ialah:
• Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.
• Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan
ketua hakim.
• Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh dengan
bantuan pencatat.
• Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan penamat.
• Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.
9. Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim padang
ialah:
• Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
• Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
• Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
• Mengesahkan balingan atau lompatan

10. Pengadil Lorong


Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau Ketua pengadil
Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu pengadil dalam membuat
membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan. Namun
pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya
tugasnya adalah melapurkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya
ialah:
• Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika
mengambil bahagian dalam perlumbaan
• Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari mula
sampai penamat
• Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi mengikut
peraturan pertandingan
• Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran peraturan ketika
bertugas
• Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untuk membolehkan
pengadil membuat keputusan

11. Penjaga Masa


Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh pelumba lari dan
pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil daripada daripada
kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan
(torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.
Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan permulaan
sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar balapan iaitu
bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap
barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang
bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:
• Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan dalam
keadaan baik.
• Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu membuat
latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.
• Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga masa
dalam acara balapan
• Mencatat maklumat ke dalam ‘borang penjaga masa’ untuk di serahkan kepada ketua penjaga
masa
• Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas sendirian,
mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang dicatatkan
kepada penjaga masa yang lain.
• Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan memeriksa
jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa
tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua
Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa


Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi yang di
catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam borang laporan
ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang
peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga
mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang
sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di
tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih
lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan
mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa
boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik


Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai lesen khas
dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:
• Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan
mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.
• Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang bertanding dari
sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.
• Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran peraturan
ketika proses pelepasan.
• Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di patuhi
oleh peserta.
• Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil semula perlu
melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas
• Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas
• Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan
pelepasan.
• Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh kesemua peserta.
• Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan ‘ke
garisan’, dan’ "Sedia”.

14. Penolong Pelepas


Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:
• Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja bertanding
atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.
• Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan di
bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.
• Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat permulaan
yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).
• Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas memberi
isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.
• Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.
• Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi isyarat
kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

15. Pencatat Pusingan


Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh seperti acara
5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas utama
pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan
juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu di sempurnakan.
Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai tanda
kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat
pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

16. Perakam
Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga. Antara
tugas perakam ialah:
• Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh
Pengadil.
• Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan
menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau
ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat angin.
• Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang bertanding.
• Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara
yang di pertandingkan.
• Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantina.
• Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada
pengurus pasukan.
• Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan
peserta tersebut.
• Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua
pengurus pasukan.
• Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan
olahragawan dan olahragawati kejohanan.
• Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru
acara.

17. Marsyal
Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan gelanggang. Dengan kata
lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang
tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawaipegawai
teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang dikhaskan kepada
mereka. Antara tugas marsyal ialah:
• Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya
meninggalkan gelanggang.
• Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.
• Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.
• Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian
hadiah.
18. Pembantu Marsyal
Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan uniform antara tugas
pembantu marsyal:
• Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang permainan.
• Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat pertandingan
dan balik.
• Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian
hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta


Di antara tugas penyelia peserta ialah:
• Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.
• Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara.
• Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.
• Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.
• Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas atau
hakim.
• Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan peserta
untuk pertandingan.
• Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta yang
menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.
• Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian
hadiah.
• Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara
penyampaian hadiah.

20. Juru acara


Antara tugas juruacara ialah:
• Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan dengan
peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.
• Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor, pasukan,
lorong dan saringan.
• Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan sebaik saja
menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.
• Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan kenyataan pada
borang penyampaian hadiah.
• Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan dan
pencapaian yang dibuat
• Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara perlu
mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.
• Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga dan
berbelit-belit.
• Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
• Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untuk
membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara lain
yang perlu di hebahkan.
21. Juru Ukur Rasmi
Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:
• Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan
lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.
• Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan
pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil setelah
berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

22. Pegawai Perubatan


Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi bantu mula dan
merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta
yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

23. Juru teknik Alat Penyukat Angin


• Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang
disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.
• Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika sesuatu
acara berlangsung.
• Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan bagi
menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting
dalam mengesahkan rekod kejohanan.
(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter, 100, 110
meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).

24. Pengawas Wartawan


• Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai
perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.
• Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas wartawan.
25. Pengawas Pembantu Padang
• Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang
yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.
• Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan
perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai