Anda di halaman 1dari 6

GAYA DAN TEKNIK PENUKARAN BATON

ALIRAN PENUKARAN BATON


Dalam gaya selang-seli aliran baton adalah KANAN-KIRI-KANAN-KIRI. Pelari pertama akan membawa baton dengan tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar lorong , menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong, menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat pula berdiri di bahagian luar lorong dan menerima baton dengan tangan kiri.

ALIRAN BATON: KANAN-KIRI-KANAN

Teknik Penukaran Baton


Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang diutamakan iaitu gaya selang-seli tanpa pandang dan gaya selang seli cara pandang. A. Gaya Selang-Seli Tanpa Pandang

Gaya selang-seli tanpa pandang biasanya dilakukan oleh kuatert pelari 4x100 meter. Pelari pertama dan pelari ketiga akan membawa baton menggunakan tangan kiri manakala pelari kedua dan pelari keempat akan menerima baton dengan tangan kanan. Semasa penerimaan baton pelari tidak akan menoleh ke belakang.Untuk menerim baton, sebagai contoh pelari kedua akan mula berlari apabila perlari pertama sampai di tandaan. Apabila pelari pertama mula memasuki zon penerimaan baton, pelari pertama perlu memberikan isyarat supaya pelari kedua menghulurkan

tangan untuk menerima baton. Pada masa yang tepat,baton itu akan diletakkan ke dalam tangan penerima. Terdapat dua cara menghantar baton iaitu pergerakan ke bawah dan pergerakan ke atas.

B. Gaya Selang-Seli Cara Pandang

Gaya ini diberi nama gaya selang-seli cara pandang kerana pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pembawa baton akan meletakkan baton ke dalam tangan penerima. Biasanya pemeberian itu dilakukan dengan pergerakan ke bawah.

Teknik Memberi dan Menerima Baton.


A. Teknik Memberi Baton.

Bagi memastikan pemberian baton yang cekap dan tepat, pembawa baton itu harus mengekalkan kepantasan larian semasa hendak memberi baton supaya penerima baton yang sudah berada pada tahap larian yang baik tidak kelihatan tertunggutunggu pembawa baton di mana hal ini akan merugikan masa. Pembawa baton juga harus memberi isyarat kepada penerima apabila memasuki zon penukaran baton dengan mengatakan up dan sebagainya supaya penerima baton bersiap sedia untuk menerima baton.Pembawa baton harus menghulurkan baton dengan tangan yang lurus kepada penerima supaya penerima dapat menerima baton dengan sempurna. Di sini pembawa baton mesti memainkan peranan dengan melihat tangan penerima sama ada bersedia untuk menerima baton atau tidak. Pembawa baton harus meletakkan bahgaian hujung baton ke dalam tangan penerima supaya baton dapat diberikan kepada penerima baton yang seterusnya dengan baik dan sempurna.

B. Teknik Menerima Baton


Penerima baton pula harus menyediakan tandaan sebelum larian dimulakan. Penerima baton harus berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia dengan sentiasa memandang pelari yang membawa baton. Sebaik sahaja melihat pembawa baton sudah mencecah bahagian tandaan penerima baton sudah harus memulakan larian dengan pantas dan menungu isyarat daripada pembawa baton.Sebaik sahaja menerima isyarat daripada pembawa baton, penerima haruslah menghulurkan tangan yang lurus ke belakang atau ke sisi dan menerima baton itu di bahagian pangkal supaya mudah untuk diserahkan pula kepada penerima berikutnya .Harus diingatkan supaya penukaran baton tidak dilakukan selepas atau sebelum zon penukaran baton kerana hal ini boleh membatalkan larian. Dan sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke trek semasa melakukan pertukaran, pembawa baton tadi dikehendaki untuk mengambil semula baton itu dan memberikan kepada penerima.

Cara Menghantar Baton


Terdapat 2 cara mengahantar baton iaitu hantaran dari bawah ke atas dan hantaran dari atas ke bawah.

A.Hantaran dari bawah ke atas

Kaedah penukaran dengan baton ini boleh diperkenalkan kepada atlit-atlit yang sudah mempunyai pengalaman dalam acara lumba lari berganti-ganti.Dalam kaedah ini,tandaan dibuat lebih jauh di luar petak penukaran baton.Apabila pelari pertama membawa baton tiba di tempat tandaan,pelari kedua akan mula berlari tanpa melihat ke belakang.Pelari pertama akan mengahantar baton dengan gerakan tangan dari bawah ke atas.Pelari kedua akan menukarkan baton dari tangan kiri ke tangan kanan sebelum menyampaikannya ke tangan kiri pelari ketiga.

B.Hantaran dari atas ke bawah


Kaedah ini merupakan cara yang paling pantas tanpa memecah rentak lari atlit; tetapi kaedah ini juga mempunyai risiko baton jatuh serta pembatalan.Dalam kaedah ini pelari kedua mula berlari dari sebelah kanan lorong sebaik sahaja pelari pertama yang membawa baton tiba di tempat tandaan yang telah ditetapkan.Sambil berlari ia mengangkat tangan kiri dengan tapak tangan terbuka dan bersedia untuk menerima baton.Pelari pertama menyampaikan baton dengan gerakan tangan dari atas ke bawah.Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri dan menyampaikan ke tangan kanan pelari ketiga.Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan menyampaikannya ke tangan kiri pelari keempat.

ZON PENUKARAN BATON


Untuk semua acara lari berganti-ganti, penukaran baton mesti dilakukan dalam zon penukaran yang panjangnya 20 meter. Untuk acara 4 100 meter, satu zon pecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan didahului zon penukaran baton. Zon ini, digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Titik tanda pada amnya adalah 5-7 meter dari garis mula zon pecutan. Penukaran pada amnya, berlaku pada jarak 12-16 meter dalam zon penukaran.

Rajah 5.5

Anda mungkin juga menyukai