Anda di halaman 1dari 8

Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain.

Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya. Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Petua Turunkan Berat Badan


Semua orang inginkan badan yang kurus dan langsing. Masalahnya dengan godaan makanan yang lazat-lazat, maka sememangnya sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal jika tiada disiplin yang tinggi. Bagi mereka yang dah mencuba pelbagai cara tapi berat badan masih juga tak turun-turun tak salah untuk anda mencuba petua menurunkan berat badan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu. Petua ini bukan sahaja bagus untuk

menurunkan berat badan malah ia juga dikenali sebagai petua mengekalkan kelangsingan sebab jika diamalkan selalu ia dikatakan dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh yang langsing dan ideal.

Petua Turunkan Berat Badan


1. Ambil 3 sudu serbuk teh. 2. Rendam ke dalam satu gelas air panas. 3. Setelah 5 minit, tapis dan kemudian campurkan dengan air perahan limau nipis (sebiji).

4. Amalkan minum dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sejam sebelum masuk tidur.

Petua Buang Lemak


1. Sediakan 2 biji limau kasturi. 2. Perah limau tersebut ke dalam segelas air sejuk. 3. Simpan ke dalam peti sejuk sehingga tiba saat untuk diminum. 4. Amalkan minum air perahan limau kasturi ini setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam.

Petua Kurus dan Langsing


Berikut ialah beberapa petua untuk menurunkan berat badan berlebihan Petua 1 Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. Petua 2 Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Petua 3 Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. Petua 4 Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.

Petua Perut Cantik


By admin Leave a Comment

Ini salah satu amalan turun-temurun yang memang berkesan. Tapi ramai yang tak dapat result yang diimpikan sebab cuma amal separuh jalan atau sekejap -

sekejap sahaja. Bagi yang rajin mengamalkannya pasti akan dapat melihat hasilnya.

Petua Perut Cantik

Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan ramuan tersbut dan kemudian sapukan pada perut.

Kuruskan Badan Secara Smart


By admin Leave a Comment

Memiliki berat badan yang ideal sememangnya menjadi idaman ramai orang agar kelihatan lebih menawan dan memikat mata yang memandang. Yang berbadan gemuk ingin nak kurus, dan yang kurus pula ingin menambahkan isi. Jika dibandingkan antara keduanya, secara umumnya boleh dikatakan nak kuruskan badan lebih sukar daripada nak tambah berat badan. Benarkah begitu? Hmm cuba tanya orang kurus yang dah cuba makan pelbagai supplemen tapi berat badannya masih tak naik-naik.

Makan sikit tapi gemuk


Jika dilihat daripada kacamata kedua-duanya orang yang kurus dan yang gemuk, terdapat satu faktor yang lazimnya memainkan peranan besar kepada keadaan fizikal tubuh seseorang. Faktor kenaikan berat badan tidak boleh semata-mata dilihat daripada jumlah dan jenis diet (makanan) yang diambil semata-mata. Sebaliknya ia bergantung kepadametabolisme tubuh yang mempengaruhi pembakaran kalori dalam badan. Sebab itulah ada sesetengah orang yang biasanya makan sikit saja, tetapi berat badannya cepat naik. Bagi orang yang mempunyai metabolisme tubuh yang tinggi pula, biarpun sering makan 3-4 kali tambah setiap kali makan, dia tidak mudah gemuk kerana pembakaran kalori yang tinggi dalam tubuhnya. Tenaga yang masuk seimbang dengan tenaga yang keluar melalui proses pembakaran kalori.

Work smart untuk kurus


Oleh itu, dalam usaha menurunkan berat badan secara lebih berkesan, adalah penting untuk kita mengetahui perkara-perkara asas tentang keperluan kalori tubuh. Agar berat badan tidak naik secara berlebihan, beri perhatian kepada jumlah kalori yang diambil. Satu formula asas kiraan yang mudah ialah dengan mendarab 25-30 kalori dengan berat badan anda. Contohnya, katakan berat badan ialah 80 kilogram, maka darab dengan 25 ke 30 kalori. 80 kg X 25 30 kalori = 2,000 2,400 kalori

Hasilnya ialah antara 2,000 ke 2,400 kalori keperluan makan per hari. Perlu diingatkan bahawa formula ini adalah sebagai panduan asas sahaja dan bertujuan memberikan formula yang mudah dan ringkas. Pengiraan keperluan kalori yang lebih tepat perlu mengambil kira faktor lain termasuk jantina, usia, keti
Petua kempiskan perut..Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

Hari Pertama Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang

tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda. Hari Kedua Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa. Hari Ketiga Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram. Hari Keempat Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan. Hari Kelima Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja. Hari Keenam Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda. Hari Ketujuh Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

INFO SLIM DIET II Tips Kempiskan Perut BUNCIT Tanpa Senaman Senaman antara elemen penting dalam proses penurunan berat badan. Namun begitu ramai yang memberi alasan SIBUK menyebabkan mereka memandang remeh hal ini. Salah satu senaman mudah untuk mengempiskan perut adalah melakukan bangkit tubi atau nama popularnya SIT UP.

Tidak dapat dinafikan keberkesanannya jika kita melakukannya secara konsisten . Cara mengamalkannya adalah seperti berikut : 1. Bagi peringkat awal, lakukan 10 kali selepas bangun tidur sebelum bangkit daripada katil. 2. Lakukan 10 kali lagi sebelum tidur. 3. Apabila sudah serasi, tambahkan jadi 20 kali bagi setiap sesi. Tidak perlu melakukan pada kuantiti yang banyak TETAPI paling penting adalah konsisten dan berterusan.Anda tidak akan merasa perubahannya serta merta tapi setelah sebulan, pasti seluar yang dipakai terasa longgar. Ini cara-caranya : 1. Kempiskan perut anda seberapa yang boleh 2. Tahan selama 10 saat ( atau lebih ) 3. Lepaskan 4. ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 8 kali atau lebih In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan effect seperti buat sit ups. Mudah sangatkan? Technically, kita mahukan perut berasa letih. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle. Jika anda sukakan extra, anda juga boleh melakukan senaman kemut(kegel) untuk mengetatkan faraj/vagina pada masa yang sama.. Cara-caranya : 1. Tarik nafas , kempiskan perut seberapa yang boleh , kemut seberapa kemut yang boleh pada masa yang sama 2. Tahan nafas , tahan kempis perut , tahan kemutan selama 8 10 saat 3. Lepaskan nafas , kempiskan perut dan kemutan perlahan-lahan

4. Ulangi sebanyak 8 kali atau lebih TaraaaSangat mudahkan dan boleh dilakukan di mana jua anda berada..Memasak, membaca, lihat TV, sambil melayan FB..Paling utama kenalah istiqamah.. Bila senaman ringkas ini dilakukan bersama dengan pengambilan Slim Diet II , mesti perut anda semakin mantap.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya. Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu: 1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 3-5 kg dalam seminggu. Biasanya 3 kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan pengguna sd2. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 1-3 kg pun dah bagus untuk permulaan. 2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. 3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Elakkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi) . Lebihkanlah memakan sayur-sayuran segar. 4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). 5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol. 6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh:

Sebelum sarapan , ambil satu hidangan sd2 dan baru sarapan pagi di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, Makan sekeping biskut kraker jika lapar di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 11.00 pagi) , kalau tak lapar tak perlu makan . Sebelum makan tengahari , ambil satu hidangan sd2 dan baru makan tengahari (12.30 tengahari 1.30 petang) Sebelum makan malam , ambil satu hidangan sd2 dan baru makan malam (6.30 petang 7.30 malam) Satu jam sebelum tidur , ambil satu hidangan sd2 ( 10.00 malam )

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. 7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv. 8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi. 9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. Sebagai contoh: Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang. 10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari. Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat Mencuba !!!

Anda mungkin juga menyukai