Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH

Setiap acara olahraga mempunyai peraturan dan undang-undang masing-masing. Peraturan


dan undang-undang telah disediakan dan disesuaikan mengikut keperluan jantina peserta,
peralatan dan jenis acara itu. Bagi acara lompat jauh, antara undang-undang yang disediakan
mengikut kelulusan IAAF adalah seperti berikut:

1. Giliran peserta untuk membuat lompatan haruslah ditentukan menerusi undian yang
dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Lompatan peserta akan dikira dengan mengambil lompatan yang terbaik iaitu
lompatan yang paling jauh jarak.
3. Jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap peserta akan diberikan tiga
percubaan lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali
percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.
Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.
Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.
Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika masih sama,
rujuk lompatan ketiga terbaik.
4. Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut:
a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan dengan
mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat. Penanda plastesin akan
diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak untuk membantu pegawai
menentukan kesilapan ini.
b. Kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan di luar papan melonjak ketika
membuat lompatan,
c. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.
d. Penggunaan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan oleh undang-
undang.
e. Penggunaan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.
5. Peserta dibenarkan membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak.
6. Peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat percubaan
atau latihan ketika pertandingan berlangsung.
7. Ukuran jarak lompatan haruslah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling
dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh
menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh.
8. Permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan
papan melonjak bagi memastikan setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat.
9. Larian haruslah dilakukan oleh peserta di dalam lorong larian yang disediakan.
10. Lompatan harus dilakukan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai