Anda di halaman 1dari 6

4.

PERATURAN ASAS & UNDANG-UNDANG

Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Acara ini boleh disertai oleh peserta lelaki dan juga wanita. Dalam sesuatu pertandingan, setiap peserta lompat tinggi akan membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang telah ditetapkan. Jika semua peserta berjaya melepasinya, ketinggian akan ditingkatkan sehingga hanya tinggal 8 atau 12 orang peserta yang akan terpilih ke pusingan akhir. Setiap peserta akan berpeluang untuk membuat tiga lompatan pada sesuatu ketinggian dan sekiranya peserta gagal untuk melepasi ketinggian palang selepas membuat lompatan tiga kali berturut-turut dalam percubaannya, maka penyertaannya dianggap batal dan iika seseorang peserta berjaya dengan satu lompatan sahaja, dia akan melompat pada ketinggian berikutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa atau pegawai penganjur. Bagi peserta terakhir sekali berhenti atau pembatalannya terakhir akan dianggap sebagai pemenang.

Dalam erti kata lain, peserta yang gagal melepasi palang dalam ketiga-tiga percubaannya akan terkeluar daripada pertandingan. Peserta-peserta yang tinggal akan terus membuat lompatan dan setiap kali halangan berjaya dilepasi, ketinggiannya akan dinaikkan sehinggalah semua peserta gagal melepasinya. Pemenang acara lompat tinggi ditentukan oleh peserta yang berjaya membuat lompatan tertinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri atau terdapat dua atau tiga orang peserta yang berjaya melompat pada ketinggian yang sama, pengadil akan mengkaji rekod-rekod percubaan melompat untuk melepasi aras tertinggi yang sama tadi. Jika masih seri juga, rekod lompatan yang sebelumnya pula akan disemak.

Bagi memulakan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari suatu titik yang ditentukannya sendiri, asalkan tidak terkeluar daripada lorong lariannya. Jarak langkah adalah bebas dan tidak terhad. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai untuk memulakan larian. Bahan-bahan tertentu seperti sapu tangan, kayu kecil, kertas keras dan sebagainya boleh digunakan untuk menanda tempat membuat lompatan. Selain itu, ketinggian palang akan diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang di mana ukuran akan diambil dari bahagian atas palang.

Berikut adalah beberapa peraturan asas dalam acara lompat tinggi yang boleh dijadikan panduan juga oleh para peserta :

i.

Pelompat hendaklah membuat lonjakan menggunakan sebelah kakinya.

ii.

Pelompat boleh memilih arah atau sudut bagi memulakan larian untuk melompat.

iii.

Peserta akan mula melompat pada satu ketinggian minimum sebagai ketinggian kelayakan.

iv.

Sesuatu lompatan dikira batal jika pelompat menyentuh palang tanpa membuat lompatan,atau menjatuhkan palang semasa melompat atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.

v.

Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian tiga kali berturutturut,tanpa mengira ketinggian semasa dia gagal,akan terkeluar daripada

pertandingan.

vi.

Seseorang pelompat berhak meneruskan lompatannya,walaupun setelah semua peserta lain gagal,sehinggalah dia tidak dapat melepasinya.

vii.

Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. Penggunaan ukuran elektronik sudah tentu memudahkan pengukuran.

viii.

Peserta hendaklah mengutamakan keselamatan diri semasa membuat lompatan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Pertandingan

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada pesertapeserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama. Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal. a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap pusingan. b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan. Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat pertandingan. 3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5. Seorang peserta gagal jika: a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana kaki peserta tersebut ketika melompat. b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai gagal.

6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan

seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.

7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.

NOTA : Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan. NOTA : Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat

1. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m.

2. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang. 3. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar. 4. Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat

1. Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-cagak hendaklah dipasang dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih daripada 4.04 meter.

2. Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan, melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini, perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan. 3. Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti fiber glass, logam atau lainlain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ).

Berat maksimumnya ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan timbangan seberat 3 kg di tengahtengah palang ketika berada di tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.

Anda mungkin juga menyukai