Anda di halaman 1dari 7

WATAK DALAM CERITA HUTAN

AKELA

Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala

Ada suatu adat Kumpulan


Serigala yang tinggal di hutan.
Apabila anak-anak serigala
sudah agak besar, mereka
mestilah ditunjukkan kepada
semua anggota Kumpulan.
Mereka mengadakan Sidang
Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu
Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima
sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak
serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala
lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli,


sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama,
Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang
itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak
masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi
bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan
anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak


menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala
lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-
anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba
Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. “Anak manusia milikku.
Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!” katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang


sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima
Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan
begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak
serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi
anggota Kumpulan.

“Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?”


tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu
bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-
matian utnuk mempertahankan Mowgli.

Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi


dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-
undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo
berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya
Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika


Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang
tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak
bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak
serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan
seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh
dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli
sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang
ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-
ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo
dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi
sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana
manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat
memberi pertolongan kepada mereka suatu hari kelak.
MOWGLI

Mowgli Menjadi Anak Serigala

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua


yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang
hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere
Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari
makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di
dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka
yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun
api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus


menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di
sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan
satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh
dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat


kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak.
Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak
manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah
anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu
bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke


dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana
budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut
dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua
Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain
juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara
mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian
Shere Khan datang ke mulut gua
itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah(jackal), yang
memang hidupnya memakan
sisa tangkapan binatang-
binatang lain. Tabaqui terdahulu
daripada itu telah dapat
mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere
Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala


menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan
Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu
dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan
marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu
hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu


dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
MOWGLI

Berguru Kepada Baloo

Bapa Serigala mengajar


Mowgli dan saudara-saudaranya
yang lain segala rahsia hutan,
mengenai segala binatang
dengan segala tabiatnya,
mengenai tumbuh-tumbuhan
dan cuaca. Baloo pula
mengajarnya Undang-undang
Hutan sementara Bagheera selalu
bermain-main dengannya dan
memanjakannya.

Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli


kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai
perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar Undang-
undang yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala
saja. Selepas tahu sedikit sebanyak mereka tak mahu belajar lagi.

Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan


yang sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi,
Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta
merbahaya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-
lain adat binatang supaya Mowgli boleh berhubung dengan mereka dan
dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan damai.

Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di


kawasan kumpulan lain daripada kumpulannya sendiri kerana tiap
binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik
kumpulannya.

“Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain,” kata Baloo, “kita


mestilah berkata begini:’benarkanlah saya berburu di sini kerana saya
lapar!’ Binatang-binatang di kawasan itu akan menjawab: ‘Berburulah
untuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka’.”

Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli


selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak
belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang
memerhatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo
kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo mengatakan pukulannya itu
hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli kerap juga
calar-calar terkena kukunya.

“Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku


yang mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak
mengetahui bahaya itu terlebih dahulu,” kata Baloo. “Saya mengajarnya
Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala
yang ada di dalam hutan.”

Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta


pertolongan dengan sesiapa sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si
Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-
binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya
supaya tidak mengapa-apakanya.

Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga


Mowgli berkawan dengan Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet
yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya
yang besar kepada dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai