Anda di halaman 1dari 1

CHEEN YING JIE

3P MT 3

Dimensi budaya IPG itu teras untuk mengubah invididu biasa kepada seorang
guru.

Pertama, budaya ilmu. IPG adalah amat mementingkan ilmu pada setiap guru
terutamanya subjek EDUP. Subjek-subjek EDUP ini seperti Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dapat memenuhi ilmu
asas yang diperlukan oleh seseorang guru.

Kedua, budaya kepimpinan. Di IPG, terdapat Program Insan Bina dan pelbagai
program yang dapat membina sifat kepimpinan dalam semua siswa pendidik.

Ketiga, budaya kerja profesional. Kami sebagai siswa guru sentiasa diajar untuk
memaparkan sifat keguruan dalam aksi-aksi kami.

Keempat, budaya akhlak dan moral. Kami sebagai siswa guru juga diajar untuk
memaparkan sifat kemoralan dalam kehidupan seharian. Ini amatlah penting kerana
kami siswa guru adalah teladan untuk anak murid kami.

Kelima, budaya penyayang. Kami sebagai siswa guru juga sentiasa dipupuk
dengan sifat penyayang supaya dapat menjadi seorang guru yang prihatin terhadap
anak murid kami.

Keenam, budaya hidup sihat. Di IPG, kami adalah terletak bawah pelbagai
peraturan yang mendidik kami supaya menjadi seorang bakal guru yang
mengamalkan budaya hidup sihat. Misalnya, bangun awal pukul 7 pagi untuk
menghadiri kuliah dan perlu balik ke kawasan asrama sebelum pukul 11 malam
setiap hari.

Ketujuh, budaya estetika. Budaya estetika merujuk kepada ekspresi dan


apresiasi terhadap nilai-nilai seni, keindahan dan keharmonian. Contohnya, kami
sebagai guru adalah dipupuk untuk mengamalkan kesantunan berbahasa dalam
kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai