Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDULLAH MUNSHI

JALAN P. RAMLEE, 10460 PULAU PINANG


 04-2813245 / Fax : 04 - 2832681

PANDUAN PERATURAN ACARA BALAPAN DAN PADANG


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
2022

1.0 BALAPAN

1.1 Acara 100 m :


- Berlari dalam lorong yang telah ditetapkan.

1.2 Acara 200 m :


- Berlari 1/2 pusingan dalam lorong yang telah ditetapkan sehingga garisan penamat.

1.3 Acara 400 m :


- Berlari 1 pusingan dalam lorong yang telah ditetapkan sehinggan garisan penamat.

1.4 Acara 800 m :


- Berlari 2 pusingan.
- Semasa ‘1/2 Stagger Start’, semua peserta akan berlari di lorong masing-masing
sehingga selekoh yang pertama.
- Peserta dibenarkan memasuki lorong pertama setelah melepasi kawasan yang
ditandakan dengan bendera.
- Loceng akan dibunyikan untuk memaklumkan pusingan akhir bagi setiap peserta.

1.5 Acara 4x100 m :


- ”Stagger Start”
- Pelari pertama daripada setiap pasukan memulakan larian daripada garisan
permulaan yang diatur secara berganjak.
-Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari di lorong masing-masing
sehingga ke garisan penamat.

1.6 Acara 4x400 m :


- ”Stagger Start”
- Pelari pertama akan berlari di lorong masing-masing.
- Pelari kedua akan berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan
kemudian dibenarkan memasuki lorong 1.
- Pelari ketiga dan keempat akan dimasukkan ke lorong 1 mengikut kedudukan pelari
masing-masing.
2.0 PADANG

2.1 Lompat Tinggi

2.1.1 Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2.5cm / 25mm bagi setiap pusingan.

2.1.2 Peserta mestilah melakukan lonjakan dengan sebelah kaki.

2.1.3 Seorang peserta itu gagal sekiranya ;


A) Selepas melakukan lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu
sendiri, atau
B) Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat dan sama ada di luar atau
diantara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum melepasi palang.
Walaubagaimanapun sewaktu melompat, jika peserta itu menyentuh tempat
mendarat dengan kakinya dan pada hemat pengadil tidak memberi kelebihan
padanya, maka lompatan tersebut tidaklah dianggap batal.

2.1.4 Setiap peserta dibenarkan membuat lompatan percubaan sebanyak tiga kali
bagi satu-satu ketinggian dan kegagalan tiga kali berturut-turut, tidak kira
diketinggian mana kegagalan tersebut berlaku, hakim berhak membatalkan peserta
untuk terus melompat kecuali untuk menyelesaikan kes ikatan seri di tempat pertama.

2.1.2 Seseorang peserta boleh melangkau lompatan kedua dan ketiganya pada satu
satu ketinggian (setelah gagal dalam percubaan pertama atau kedua) masih
boleh melompat pada ketinggian berikutnya.

2.1.3 Jika seseorang peserta itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak
dibenarkan lagi melompat pada ketinggian tersebut kemudiannya.

2.1.4 Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorang peserta itu berhak
meneruskan percubaannya sehingga ia sendiri gagal.

2.1.5 Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi
gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan
jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih
daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit
pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
 
2.2 Lompat Jauh
2.2.1 Seseorang perserta itu gagal sekiranya ;
A) Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak
B) Melonjak di luar kawasan papan lonjak
C) Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat
dengan papan lonjakan.
D) Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan
E) Melakukan apa saja jenis balik kuang semasa membuat larian atau sedang
membuat lompatan.

Peringatan 1 : Tidak dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari


mana-mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landas lari.
 
Peringatan 2 : Tidak di kira faul sekiranya mana-mana bahagian kasut/tapak
kaki seseorang peserta itu menyentuh kawasan luar kedua hujung papan
lonjak sebelum garisan lonjak.
 
Peringatan 3 : Tidak di kira faul sekiranya seseorang peserta itu berjalan
balik diatas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat
dengan cara yang betul.
 

2.2.2 Semua lompatan hendaklah di ukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir
yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjak atau
lanjuran garisan lonjak. Ukuran hendaklah di buat serenjang dengan garisan lonjak
atau lanjurannya.

2.3 Lontar Peluru


2.3.1 Peluru hendaklah dilepaskan dalam bulatan.
2.3.2 Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam papan penahan.
2.3.3 Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.
2.3.4 Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru
mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan tidak boleh
direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.

2.3.5 Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau;


A) Tidak melepaskan peluru dengan betul.
B) Menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya bahagian atas papan penahan
C) Peluru mendarat menyentuh garisan sektor atau di luar garisan sektor.

2.3.6 Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru mencecah bumi.
2.3.7 Sekiranya dalam melakukan percubaan itu tiada Peraturan yang berkaitan dengan
acara balingan telah diingkari, seseorang peserta itu boleh memberhentikan
percubaannya, meletakkan alatnya di dalam atau luar bulatan dan meninggalkannya.
Apabila meninggalkan bulatan, seseorang peserta hendaklah melangkah keluar
mengikut cara yang diterangkan sebelum kembali semula membuat percubaan baru.

Anda mungkin juga menyukai