Anda di halaman 1dari 4

4.0 LOMPAT BERGALAH 4.

1 PENGENALAN Pada peringkat awal lompat bergalah,buluh digunakan sebagai galah untuk lompatan disebabkan buluh ringan dan mudah dibawa. Penggunaan buluh digantikan dengan galah yang diperbuat daripada keluli. Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun 1960-an, dengan penggunaan galah daripada kaca gentian. 4.2 GAYA 4.2.1 Jack-knife Peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke alas. Fly- away Peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan

melepaskannya dengan kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir mendatar. 4.3 PERATURAN

4.3.1 Peserta-peserta boleh memilih tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh diletakkan pada mana-mana tempat dari atas hingga ke hujung belakang petak lonjak kepada satu tempat 80sm ke arah kawasan mendarat

4.3.2 Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sebelum pertandingan mengenai kedudukan tiang dan sangga mengikut kemahuannya untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.

4.3.3 Sekiranya peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang dimintanya tadi,hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab,sebelum palang dan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat lompatannya .

4.3.4 Satu garisan putih selebar 1 sm dan warna yang jelas hendaklah dibuat bersudut tepat dengan paksi landas lari separas dengan tepi bahagian dalam permukaan atas petak lonjak. Garisan ini boleh melanjur sehingga ke luar kawasan tiang. Satu garisan yang serupa hendaklah berterusan di alas kawasan mendarat dan berlanjutan sehingga bahagian luar tepi palang.

4.3.5 Seseorang peserta itu gagal sekiranya:

(a) Selepas sesuatu lompatan, palangjatuh dari pasak penyangkutnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa me 10m pat.

(b) Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas datar tegak menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian badannya atau dengan galahnya, sebelum terlebih dahulu melepasi palang.

(c) Semasa menaik peserta tersebut menukar genggaman tangan pada galah sama pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi pegangan yang di atas.

(d) Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan atau mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan atau jarinya.

3) Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada tapak tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih baik. Menggunakan pita di tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali membalut luka .

4) Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkanjika galah tersebut mula tumbang selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada hemat Referi jika tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga, lompatan tersebut hendaklah direkodkan sebagai gaga!.

5) Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, danjika galahnya patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi satu percubaan baru.

Anda mungkin juga menyukai