Anda di halaman 1dari 4

Tutorial

1. Tuntutan Pulau Batu Putih


a) Dimanakah Pulau Batu Putih
b) Mengapakah Pulau Batu Putih jadi rebutan?

2. Ceritakan tentang konflik M’sia- Indonesia ke atas


Pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan
(gunakan peta minda)

Soalan
1. Berikan punca-punca berlakunya krisis kewangan
1997-1998 (dalam bentuk rajah)
2. Apakah yang berlaku di Malaysia ketika berlakunya
krisis kewangan 1997-1998
3. Berikan 6 sebab China boleh menjadi kuasa besar
ekonomi dunia sekarang
Jawapan
1. a) Pulau Batu Putih terletak di Selat Singapura yang menghadap kea rah Laut China Selatan. Jarak
antara Malaysia dengan pulau tersebut adalah 7.7 batu nautika manakala 25 batu nautika dengan
Singapura.

b) Pulau Batu Putih telah menjadi rebutan antara Malaysia dengan Singapora. Terdapat beberapa
sebab yang menyebabkan kejadian tersebut iaitu Laut Wilayah, Zon Ekonomi Eksklusif, dan juga Pelantar
Benua. Yang pertama iaitu Laut Wilayah menyatakan negara perairan pantai berhak dalam jarak 12 batu
nautika dari pantai berdekatan. Ia memberikan hak kedaulatan mutlak kepada sesebuah negara itu
dalam lingkungan 12 batu nautika tersebut. Selain itu, Zon Ekonomi Eksklusif menyatakan negara
mempunyai hak dan bidang kuasa menjelajah, mengeksploitasi, memulihara dan menguruskan sumber-
sumber asli yang hidup dan yang tak hidup. Akhir sekali, Pelantar Benua menyatakan tanah dasar laut
dalam jarak 200 batu nautika dari pantai negara. Ia selalunya dugunakan untuk perlombongan minyak.

2.
fiSJ
PIKD
1.
ihokw
setBubldanprygm
Punca-punca
berlakunya
Krisis
Kewangan
1997-1998
A
2. Pada 1997, Malaysia memiliki deficit akaun mata wang melebihi 5% KDNK. Pada bulan Julai,
ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada
17 Ogos 1997 selepas ringgit Malaysia jatuh menjunam. Selepas 4 hari, Standard and Poor’s
menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan
rating Maybank, bank tersebut Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur
jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan “modal”. Pada 1998,
pengeluaran di berbagai sector menurun iaitu sector pembinaan menyusut sebanyak 23.5%,
pengeluaran menyusut 9% dan pertanian menusut 5.9%. Keseluruhan GDP negara menurun
sebanyak 6.2% pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada
krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

3. Negara China menjadi kuasa besar ekonomi dunia sekarang kerana strategi industri
automatif negara China. Negara China menekankan teknologi elektrik dalam industri automatif.
Mereka nekad untuk menggunakan sistem pengangkutan berasaskan elektrik di seluruh negara
mereka. Dengan itu, Chinan mampu melaksanakan pendekatan teknologi elektrik secara
menyeluruh jauh lebih pantas dan cekap berbanding kesemua negara lain di dunia. Selain itu,
sebab yang kedua ialah tiada kekangan legasi teknologi lama. China amat baru dalam dunia
industri automatif ini berbanding semua negara lain yang lama menguasai teknologi lama
dalam industri automatif. Negara lain terikat dengan teknologi enjin lama mereka dan masih
cuba untuk kekalkan legasi itu selama mungkin manakala China tidak. Seterusnya, lambakan
tenaga kemahiran berbakat. Negara China hasilkan seramai 360,000 tenaga jurutera
berkemahiran. Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi beranding jumlah yang dikeluarkan oleh
negara Jepun, Amerika dan Jerman dicampur sekali secara gabungan. Di samping itu, lambakan
modal kewangan dan maklumat. China ada banyak duit untuk membeli kemahiran dan
membuat pelaburan dalam industri automotif. Sebagai contoh, semua orang tahu bahawa
Volvo, MG dan Lotus dah jadi milik warga China. Sedikit dari saham Peugeot juga telah dimiliki
oleh syarikat pembuatan automotif DongFeng. Justerunya, China ialah pemegang kepentingan
industri yang bertahan. Syarikat-syarikat seperti Ford, Bosch, Daimler dan lain-lain lagi dah
terlalu lama menguasai industri automotif ini di seluruh dunia. Mereka sudah terlalu lama
berkuasa dalam dunia industri automotif dan sudah berkarat dengan segala birokrasi. Akhirnya,
China berada di kedudukan yang strategi dan mempunyai pasaran yang agak besar. Ini
menyebabkan negara China dapat mengeksport produk mereka ke negara jirannya. Mereka
juga boleh menjual produk mereka dalam negara mereka sendiri. Ini akan mengekalkan atau
menigkat nilai mata wang negara mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai