Anda di halaman 1dari 6

PETA MINDA NOTA RINGKAS ARTIKEL 1

CARA MENUNJUKKAN PRIHATIN DAN HORMATUNTUK MENUNJUKKAN IKLIM PENYAYANG DALAM BILIK DARJAH

Sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar Peka terhadap kebimbangan kanak-kanak. Bertindak inklusif

Menunjukkan diri sebagai insan yang benar, bukan sahaja sebagai seorang guru Memperkenalkan autonomi dengan mengagihkan tanggangjawab bersama murid.

Bersikap adil terhadap setiap pelajar

Mencungkil kekuatan pelajar.

ULASAN ARTIKEL 1 Membina Iklim Penyayang Dalam Bilik Darjah Untuk mewujudkan iklim yang mesra dan penyayang di dlam bilik darjah, yang asasnay adalah guru dapat menunjukkan keprihatinan dan hormat terhadap pelajar. Di sini ada beberapa cara yang dicadangkan dalam artikel ini untuk menunjukkan guru memberi prihatin dan menghormat kepada pelajar. Yang pertama, guru perlu sentiasa menunjukkan kealuan-aluan terhadap kehadiran para pelajar. Guru boleh menunjukkan kealuan dengan senyuman yang mesra terhadap para pelajar. Selain daripada itu, guru juga boleh mengalukan kehadiran pelajar dengan menjemput pelajar di luar bilik darjah bersertakan persekolahan. Selain daripada itu, sebagai tanda hormat kepada pelajar, guru digalakkan supaya dapat mengingatkan nama pelajar pada permulaan tahun persekolahan. Guru juga digalakkan supaya menyebut nama pelajar dengan betul tanpa mengira menyebut dalam bahasa melayu ataupun bahasa cina. Guru boleh mengingatkan nama pelajar dengan menggunakan nickname tetapi jangan memberi nama yang boleh dijadikan sebagai gurauan dalam kalangan murid. Senyuman merupakan alat komunikasi yang bukan verbal yang amat memesrakan hubungan antara guru dengan murid. Senyuman yang mesra dapat menwujudkan suasana yang mesra dan menggembirakan orang di sekililingnya dan dapat membina imej yang baik kepada pelajar. Selain itu, dapat mengingat nama pelajar adalah salah satu strategi untuk membina hubungan positif antara guru dengan murid. Penyebutan nama yang betul boleh membawa rasa mereka dihargai oleh guru. Seterusnya, guru juga perlu peka terhadap kebimbangan kanak-kanak contohnya duduk bersebelahan dengan eseorang yang tidak disukai. Juster itu, dalam pengagihan kedudukan tempat pelajar,guru boleh memahami keinginan murid untuk duduk bersebelahan dengan siapa dan guru boleh cuba uruskan mengiut kehendak mereka. Tetapi guru tidak semestinya mesti memenuhi senyuman yang mesra terutamanya pada hari pertama

kehendak seandainya permintaan mereka tidak melampaukan. Dalam susun atur kedudukan pelajar guru juga perlu mempertimbangkan ketinggian pelajar, kebolehan pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan serta hubungan rapat antara seseorang murid dengan yang lain. Jika murid tersebut tinggi, tidak sepatutnya guru mengatur dia duduk di depan kelas; guru juga perlu elakkan mereka yang sering bersembang duduk bersama supaya mengelakkan mereka menggangu antara satu sama lain serta pelajar lain semasa P&P dijalankan. Guru juga perlu berfikir melalui sudut pelajar. Guru juga perlu menjaga maruah pelajar dengan tidak mengumumkan kedudukan keputusan pelajar atau menegur mereka di tempat awam. Hal ini kerana jika mereka ditegur di awam, mereka akan berasa malu dan akan merasakan maruah mereka telah dihindarkan. Menjaga maruah pelajar adlah satu cara untuk menunjukkan hormat kepada pelajar. Di samping itu, guru juga perlu adil dan saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira jantina, kaum dan bangsa. Setiap peraturan harus dilaksanakan terhadap setiap pelajar tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak. Dengan layanan yang adil, pelajar akan dapay memberi keyakinan dan kepercayaan kepada guru bahawa guru dapat menguruskan dan mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra. Guru juga perlu jelas tentang perbezaan individu dan layan mereka dengan cara yang sesuai kepada mereka serta menunjuk prihatin kepada setiap pelajar dan bukan hanya terhadap pelajar-pelajar tertentu sahaja. Prihatin guru terhadap pelajar akan dapat meningkatkan kepercayaan pelajar terhadap guru dan selanjutnya mendorong P&P dapat dijalan dengan lancar di dalam bilik darjah. Sementelahan itu, menunjukkan diri sebagai insan yang benar, bukan sahaja sebagai seorang guru. Guru sentiasa mengelirukan takat mereka untuk mengkongsikan pengalaman kehidupan mereka. Hal ini kerana kebanyakkan guru, terutamanya guru yang baru mengajar, mereka akan takut dengan

perkongsian pengalaman kehidupan mereka akan melebihi masa untuk penyampaian ilmu dan justerunya mereka akan memilih tidak berkongsi pengalaman mereka dengan murid, dan hanya bertumpu kepada sesi pengajaran sahaja. Sebagai, seorang kita bukan sahaja menjadi penyampai ilmu, tetapi juga menjadi kawan kepada para pelajar dengan berkongsi dengan mereka tentang pengalaman kehidupan diri sendiri. Tetapi syaratnya adalah pengalaman yang dikongsikan itu harus dapat berkait dengan pengajaran pada hari itu dan dapat memberi implikasi kepada mereka. Sedikit sebanyak peristiwa yang lucu dalam kehidupan guru juaga bolehlah berkongsi dengan murid untuk menimbulkan suasana seronok dlam bilik darjah. Selain itu, guru juga merupakan insan yang biasa, guru juga mempunyai perkara yang tidak beberapa mahir atau tidak beberapa faham. Oleh itu, apabila menghadapi masalah yang tidak jelas, guru haruslah berani untuk mengakui ketidakpastian dengan isu atao masalah tersebut. Guru boleh menyuruh para pelajar untuk mencarikan jawapan secara bersama-sama dan secara tidak langsung dapat mengajar mereka bahawa kita perlu mengamalkan sikap berani mengakui kesalahan serta nilai untuk belajar hingga ke hayat akhir. Guru adalah teladan kepada para pelajar. Sekiranya guru juga berani mengakui kelemahan diri, malah sikap ini juga akan dapat mempengaruhi anak muridnya supaya jujur terhadap kelemahan dan membolehkan mereka mengamalkan sikap kerajinan untuk menimba ilmu pengetahuan untuk menebus kelemahannya. Bukan itu sahaja, guru juga boleh memperkenalkan autonomi dengan mengagihkan tanggangjawab bersama murid. Maksud di sini ialah guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam membuat sebarang keputusan yang berait dengan pengurusan bilik darjah seperti penghiasan bilik darjah, peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan lain-lain. Hal ini adalah selarasa dengan model terapi realiti William Glasser yang menjelaskan pelajar mempunyai keperluan asas dalam mempuanyai kuasa dan kawalan. Pelajar mempunyai kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap aktiviti-

aktiviti bilik darjah megikut kecenderungan dan kebolehan mereka. Pelajar mempunyai kuasa dan kawalan akan menimbulkan perasaan dipunyai serta dihargai dan merupakan sebahagian daripada kumpulan mereka. Cara lain untuk meningkatkan pengalaman autonomi para pelajar adalah dengan mengurangkan kawalan ekstrinsik serta dendaan. Sekiranya pelajar berasa terkawal, kemungkinan besar mereka akan menafikan atau melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap penguruan bilik darjah bersama guru. Mereka juga akan kurang berminat untuk membantu guru dalam sebarang aktiviti pengurusan bilik darjah. Hal ini disebabkan kawalan yang ketat serta dendaan yang berat akan menimbulkan perasaan ketidakselamat dalam kalangan pelajar. Seperti apa yang disarankan dalam Hierarki Teori Maslow, keperluan asas pelajar iaitu perasaan selamat tidak dipenuhi, pelajar akan tidak bersedia untuk

menyempurnakan diri dengan ilmu. Ketidakselamat ini juga kan menyebabkn guru gagal mewujudkan iklim yang penyayang di dalam bilik darjag kerana pelajar merasakan keselamatan mereka tergugat tidak dapat merasai perasaan kasih sayang daripada guru. Cara seterusnya untuk menunjukkan keprihatinan dan hormat terdapa pelajar ialah guru perlu menjadi inklusif, atau kata lain guru perlu melibatkan pelajar yang kurang berupaya dalam setiap sesi pelajaran tanpa mengetepikan mereka. Walaupun mereka mempunyai kelemahan, guru juga digalakkan supaya melayan mereka sama seperti melayan pelajar yang normal. Bukan sahaja

terhadap pelajar yang kurang berupaya, tetapi juga terhadap pelajar yang berbangsa lain seperti di sekolah rendah jenis kebangsaan cina, juga terdapat pelajar yang bukan berbangsa cina, tetapi guru tidak boleh mengetepikan mereka dan perlu mengajar mereka dengan cara untuk mengajar pelajar yang berbangsa cina. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu memahami latar belakang seseorang pelajar, latar belakang tahap pencapaian akademik pelajar, peka

terhadap budaya kaum yang pelbagai, menggantikan penyampian verbal dengan penyampaian secara audio dan visual serta menyediakan portfolio setiap pelajar untuk lebih memahami tahap pencapaian serta latar belakang pelajar tersebut. Sekiranya guru dapat menguasai dan memahami perbezaan latar belakang dan budaya pelajar, mudahlah untuk menyelaraskan strategi mengajar serta boleh merancangkan aktiviti pembelajaran yang sesuia dengan keupayaan dan tahap pelajar. Justeru itu akan dapatlah guru mengjalankan P&P dengan lancar dan dapat menyeronokkan P&P dengan cara pengajaran yang berbagai. Cara yang terakhir ialah guru perlu mencari dan mencungkil kekuatan pelajar. Guru perlu menunjukkan kehormatan kepada idea yang pelajar kuasai dalam proses mencari maklumat. Apabila mendapati maklumat yang tidak sahih, guru perlu menjelaskan kepada pelajar dengan sopan dan bukannya menafikan jawapannya supaya dapat menunjukkan kesabaran dan kemesraan guru terhadap pelajar. Guru juga boleh merancangkan aktiviti berdasarkan kekuatan pelajar untuk membantu pelajar menguasai mata pelajaran yang lemah seperti sekiranya pelajar berminat dengan muzik tetapi lemah dalam mata pelajaran matematik, guru boleh merancangkan aktiviti seperti menggubal lirik lagu untuk memudahkan menghafalkan formula matematik. Dengan adanya persetujuan daripada guru terhadap kekuatan seseorang pelajar, pelajar akan merasakan diri dihargai dan tidak mudah untuk pelajar merendahkan diri dan menganggap diri tidak setanding dengan kawan lain. Pelajar tersebut akan dapat menegnali keistimewaan dirinya dan dapat meningkatkan kayakinannya terhadap kelemahannya.

Anda mungkin juga menyukai