Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada
abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara
yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga
merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat
daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz
tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki
mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk
memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan
penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga
menjadi

masalah

mengenai

cara

mana

yang

patut

digunakan.

Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan


berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet
berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan
dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama
untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,
Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88

saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod
larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus
tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.
Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma
Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut
dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama
yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada
tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di
bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat
pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa
48.94 saat pada tahun 1978.

PERATURAN
Peraturan / undang-undang lari pecut
1. Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh
membantu pelari.
2. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau
kaki.
4. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah
hendaklah menyentuh tanah.
5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh
pegawai pelepas dikira batal.
6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika
dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.
7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.
8. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira
pemenang.
9. Penjaga masa:
i.

Peraturan 121 Penjaga Masa

Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.
Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua
penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang
merupakan ketua penjaga masa. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris
dengan garis penamat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya
5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat (tangga

kambing). Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa
menentukan masa untuk setiap peserta.
ii. Peraturan 160
Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10
saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu
adalah masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah
adalah masa rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan
dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira.
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.
Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih
panjang diterima sebagai masa rasmi.

PADANG

ALATAN
1. Trek Larian 400m
2. Blok Permulaan

FASA-FASA PERGERAKAN

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:
1) Fasa permulaan
2) Fasa larian (Fasa pecutan, Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan
kelajuan, Fasa larian di selekoh)
3) Fasa penamat

PERGERAKAN KEMAHIRAN LARI PECUT


Permulaan :
Permulaan berdekam:

1.
2.
3. Jarak antara blok hadapan dan blok
belakang 1 hingga 1 tapak kaki
bergantung pada panjangnya kaki dan
keselesaan pelari.

Ke Garisan

1. Tangan diletakkan di belakang garisan


permulaan.
2. Kedudukan tangan-depa seluas bahu,
ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jarijari yang lain dirapatkan.

Sedia

1. Berat

badan

dipindah

ke

hadapan

supaya terletak di atas kedua-dua belah


tangan.
2. Bahu lebih ke depan sedikit daripada
kedua-dua belah tangan.
3. Punggung diangkat sehingga lutut kaki
hadapan adalah 90 darjah.
4. Punggung lebih tinggi sikit daripada
bahu.
Mula Berlari:

1. Tolak

dari

kaki

hadapan

sambil

mengangkat tangan.
2. Pada masa yang sama, bawa kaki
belakang ke hadapan dari blok belakang.

3. Luruskan lutut kanan dan pinggang untuk


langkah

pertama

semasa

permulaan

larian.
4. Badan condong sedikit ke hadapan
semasa larian awal.

Larian:
Latih Tubi:
Jalan mendaratkan bebola kaki dahulu

1.

Jalan seperti biasa - gerakkan tangan


seperti gerakan tangan semasa berlari.

2.

Semasa kaki mendarat di hadapan mendaratkan bebola kaki dahulu dengan


keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit
kaki.

3.

Lakukan pendaratan kaki cara ini secara


berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter.
Pusing dan patah balik dengan pelakuan
yang sama.

4.
Naik turun tangga

Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

1. Berlari naik tangga satu langkah demi


satu

langkah

dengan

menggunakan

hujung kaki.
2. Menurun satu langkah lagi ke bawah
tangga.
3. Berlari tiga langkah ke atas tangga dan
menurun satu langkah tangga lagi.

4. Mengulangkan

langkah

sehingga

mencapai tangga yang tertinggi.


5. Semasa
dilakukan

berlari,

hayunan

tangan

dengan

kedua-dua

tangan

bengkok sudut lebih kurang 90 darjah


serta jari-jari tangan dalam keadaan
separuh genggam atau terbuka.

Jalan dengan kaki lurus ke hadapan

1. Jalan seperti biasa.


2. Tinggikan hayunan tangan.
3. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut
diangkat seberapa tinggi yang boleh.
4. Apabila

mengangkat

lutut

tinggi

ke

hadapan, luruskan kaki ke hadapan


dahulu sebelum mendaratkan kaki.
5. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi
secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8
meter. Pusing dan patah balik dengan
pelakuan yang sama.
6. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

Ansur Maju
Berlari dengan lutut diangkat tinggi

1. Lari setempat dengan angkat lutut tinggi.


2. Sentuhkan lutut dengan tangan apabila lutut diangkat.
3. Kaki bawah diluruskan sementara kaki depan diangkat.
4. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter, pusing,
patah balik dengan perlakuan yang sama.
5. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 hingga 6 kali.

Berlari menendang belakang


1. Berlari setempat dengan tumit kaki menendang ke belakang dank e atas
seolah-olah menendang punggung sendiri.
2. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari bengkok pada
siku dan digerakkan ke hadapan dank e belakang bertentangan dengan
kaki di hadapan.
3. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter, pusing,
patah balik dengan perlakuan yang sama.
4. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 hingga 6 kali.

Berlari pantas
1. Berlari pantas ulang alik sejauh 10 meter.
2. Rehat 1 minit ulangi latihan.

Memecut
1. Berlari pantas sejauh 20 meter.

2. Membuat pecutan apabila mendengar tiupan wisel.


3. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan dip kepala ditundukkan
sedikit dan bahagian atas badan ( torso) dicondong sedikit kehadapan
atau mendada garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit
mendongak.

Anda mungkin juga menyukai