Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN MINGGU INI

A. TUGASAN INDIVIDU : ESEI

Guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa
untuk mengawal bilik darjah dan tingkah laku pelajar. Oleh kerana itu, mesej haruslah
disampaikan kepada pelajar secara berkesan agar matlamat ini tercapai.

1. Terangkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam membina


hubungan positif dengan pelajar-pelajarnya.

Antara strategi-strategi yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam membina hubungan
positif dengan pelajar-pelajarnya ialah guru hendaklah menerima keindividualan murid
Sekiranya guru bersikap jujur terhadap diri sendiri pasti guru akan mengakui bahawa
dengan menerima murid sebagai dirinya dan sebagai individu merupakan satu lagi
cabaran yang sukar. Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan guru
tidak seharusnya membuat generalisasi untuk mengatakan bahawa semua murid adalah
sama. Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid melalui pengumpulan
maklumat menggunakan borang profil pada awal tahun. Maklumat yang dikumpulkan
meliputi hobi, keluarga, impian, bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak disukai.
Gunakan masa untuk membaca profil murid dan gunakan maklumat yang diperolehi
untuk mewujudkan hubungan dan berbicara secara casual dengan murid. . Dengan cara
menunjukkan minat untuk mengenali kehidupan murid, kebiasaan mereka serta
membenarkan mereka bergerak mengikut rentak dan irama tersendiri merupakan
strategi paling berkesan yang boleh digunakan untuk sampai dan membuka pintu
hubungan dengan murid. Seterusnya, guru juga hendaklah mengambil inisiatif
mengingat nama kesemua murid dalam kelas.Kebanyakan murid merasakan diri
mereka seumpama tidak wujud semasa berjalan di koridor sekolah tanpa berkomunikasi
dengan seseorang. Lazimnya apabila berselisih dengan guru, muridlah yang
memulakan komunikasi. Bagi murid yang pemalu, komunikasi permulaan ini tidak
mungkin berlaku. Apabila guru boleh menegur murid, khususnya mereka yang pemalu
dan pendiam dengan menggunakan nama mereka dan menunjukkan hubungan yang
baik, murid akan merasa diri mereka wujud dan dihormati. Murid pula tidak akan
merasakan guru sebagai seorang superior yang sombong atau autoriti yang
menakutkan mereka. Setelah mengenali dan menghafal nama-nama murid, guru boleh
gunakannya di mana-mana dan tidak lagi menggunakan gantinama ketika memulakan
komunikasi Akhir sekali, melayan semua murid dengan hormat dan adil sepanjang
waktu merupakan strategi penting yang perlu diambil oleh guru.Apakah yang akan
dirasakan oleh guru sekiranya bilik darjah menjadi sebuah tempat yang bebas daripada
bising, jeritan dan laungan? Sebagai seorang dewasa yang matang guru boleh
berperanan sebagai role model kepada murid-muridnya. Walau bagaimana kecewa
sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau
merendah-rendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila
seorang guru menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan
mengekalkan sikap secara konsisten, guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan
membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat

2. Kemukakan bagaimana komunikasi berkesan dapat memastikan mesej yang


hendak disampaikan difahami oleh pelajar?

Komunikasi berkesan dapat memastikan mesej yang hendak disampaikan difahami oleh pelajar
kerana
+++ Untuk tugasan ini, anda boleh jawab dan hantar secara softcopy kpd saya sama ada secara
whatsapp, telegram atau email kepada pipkipgktaa@yahoo.com atau boleh juga dalam bentuk
hard copy.

Anda mungkin juga menyukai