Anda di halaman 1dari 1

Sifat guru semasa mengajar

Sebagai role model, guru perlulah sentiasa menampilkan sikap dan kelakuan yang positif
walaupun berhadapan dengan pelajar bermasalah. Segala tindakan dan keputusan guru telah
mencerminkan sifat dan kualiti peribadi. Oleh itu, guru mestilah memiliki sifat dan kualiti
yang tinggi supaya menjadikan teladan yang baik kepada pelajar.

Guru perlulah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugasnya terutamanya, tugas yang


telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Contohnya, tugas menanda kehadiran pelajar,
memeriksa buku latihan dan mengumunkan perkara penting kepada pelajar. Hal ini demikian
adalah untuk membantu pelajar dalam perkembangan mental dan fizikal. Tugas-tugas guru
juga perlulah dilaksanakan dengan penuh berdedikasi. Sikap berdedikasi dapat mewujudkan
kepuasan kerja dan lebih bersemangat. Dengan ini, guru dapat memberi inspirasi kepada
pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

Guru mestilah sentiasa memiliki kecerdasan emosi. Pada setiap hari, pelbagai masalah
disiplin akan tercetus di sekolah. Hal ini mudah membangkitkan kemarahan guru yang letih
selepas mengajar sepanjang hari. Oleh hal yang demikian, guru hendaklah sanggup membina
kesabaran supaya mengekalkan kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi mampu menyelesaikan
masalah dengan cepat selain mengelakkan berlakunya keadaan yang lebih teruk.

Guru perlulah mahir dalam komunikasi dengan orang lain, khususnya pelajar dan ibu bapa.
Kemahiran komunikasi adalah penting untuk menyampaikan fikiran positif. Strategi
komunikasi guru mempengaruhi pelajar untuk menerima peraturan dan bersemangat dalam
pelajaran. Dengan ini, guru mampu mengawal bilik darjah dan mengatasi masalah disiplin
pelajar. Keupayaan guru berkomunikasi dengan ibu bapa juga dapat membina kefahaman
yang baik dalam kalangan ibu bapa terhadap peranan dan kepimpinan guru. Kesannya, ibu
bapa akan menghormati dan mempercayai guru dalam pendidikan anak-anak mereka.

Guru mestilah bijak memimpin pelajar ia. Kepimpinan guru dalam bilik darjah adalah
penting demi kemajuan dan kecemerlangan pelajar. Kepimpinan guru yang berkesan dapat
memperbaiki kelemahan pelajar sehingga mencapai tahap akademik yang lebih tinggi.
Dengan ini, pelajar akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

Guru perlulah mampu melakukan jenaka. Amalan jenaka membawa suasana riang dan
gembira. Hal ini demikian telah menyebabkan pelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Pelajar mudah menyerap ilmu yang telah disampaikan oleh guru. Amalan jenaka juga mampu
merapatkan hubungan antara guru dengan pelajar. Pelajar sering menghormati dan
menyanjungi guru yang dapat melakukan jenaka. Pelajar akan melibatkan diri dalam
pelajaran secara aktif.

Anda mungkin juga menyukai