Anda di halaman 1dari 8

ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN

PROFESIONALISME GURU
(EDUP 3083)NAMA :-
RATHIARASI A/P RAMASAMY
PRIYATARSINI A/P OTHAYAKUMARAN
MISHALINI A/P PALANISAMY
KANAGA PRIYA A/P MANIMARAN
UNIT: S5
KESAN/ IMPLIKASI BAIK OLEH
GURU PERMULAAN KEPADA
MURID-MURID
KESAN/ IMPLIKASI BAIK OLEH
GURU PERMULAAN KEPADA
MURID-MURID
Seorang guru permulaan yang mempunyai sifat
kreatif dan inovatif akan mampu mewujudkan
pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan
meninggalkan kesan kepada murid dan secara tidak
langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.

Guru permulaan yang berpengetahuan mempunyai


daya memujuk murid dengan tidak terus
menghukum murid sekiranya melakukan kesalahan
dan membantu murid tersebut untuk menyelesaikan
masalah.
Seorang guru yang mempunyai sifat pendengar yang
baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan
mata di antara guru dan pelajar, bagi memastikan
murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh
guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan
dan tanpa lisan.

Guru yang menampilkan ciri-ciri seperti peka dengan


pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan
kekemasan diri akan dijadikan ikutan dan model
kepada murid untuk berpakaian kemas dan bersih
ketika berada di sekolah.
Murid sentiasa memerhati kelakuan guru
terutamanya ketika proses Pdpc. Sekiranya guru
berada dalam posisi duduk, guru perlu tidak terlalu
menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak
mahupun condong sedikit ke hadapan bagi
menunjukkan yang guru berminat dengan murid.
Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri
secara berhadapan dengan murid.

Guru yang mempunyai semangat yang tinggi dan


secara tidak langsung bersungguh-sungguh
menyampaikan ilmu akan turut meningkatkan
semangat murid untuk terus belajar.
Suara guru memainkan peranan yang mana bunyi-
bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun
menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara
yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan.
Semua aspek ini mempengaruhi murid untuk
memberi fokus terhadap pengajaran yang
disampaikan oleh guru.

Murid suka guru-guru yang memiliki ciri-ciri


personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal
guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting
bagi membolehkan guru yang menjadi model yang
berwibawa dan dihargai oleh murid- murid.
https://
www.youtube.com/watch
?v=YJx2gT-k1Rs

Anda mungkin juga menyukai