Anda di halaman 1dari 1

Berilmu dan berkemahiran

Guru patut berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat untuk


menimba ilmu sebagai satu amalan hidup demi mencapai dan meningkatkan
kecemerlangan diri.Bagi murid yang membezakan diri kita sebagai seorang guru dengan diri
mereka ialah ilmu dan kemahiran yang ada pada kita.Murid akan lebih menghormati guru
yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran.Oleh itu, guru perlu
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melihat kepada realiti sekarang. Selain itu, guru
perlu mempunyai kemahiran dalam subjek yang diajarinya.Di samping memiliki ilmu yang
berkaitan dengan bidang yang diajarinya,guru juga boleh meningkatkan kemahiran dalam
bidang bidang yang lain seperti kemahiran komunikasi,penggunaan ICT, ilmu berkaitan
pengurusan organisasi dan sebagainya.Mendidik merupakan tugas hakiki seorang guru.

Sebagai bakal guru, guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan kebangsaan.Di samping mengajarkan ilmu pengetahuan mereka juga
perlu memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi insan yang berakhlak
mulia.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti keilmuan.Menerapkan teknologi dalam
pengurusan, pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat meningkatkan kemahiran
dalam ICT.Selain Itu,guru akan mencari peluang meningkatkan kecekapan dan
kebolehan.Contohnya, melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan program seperti

Anda mungkin juga menyukai