Anda di halaman 1dari 2

REFLE

KSI
Saya ingin syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kerja kursus kesihatan dan
kecergasan diri Ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Saya ingin menyampaikan
penghargaan yang setinggi-tingginya EN. selaku pensyarah pembimbing di atas bimbingan
dan teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan
juga penghargaan untuk rakan-rakan Unit S5 yang turut sama membantu dari segi memberi
tunjuk ajar dan idea dalam usaha semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan gkk1043 merupakan satu cabaran baru kepada saya. Sebelum mendapat
tugasan ini,saya tidak mempunyai keyakinan diri dalam menyiapkan tugasan ini. Apabila
taklimat yang jelas diberikan mengenai kerja kursus ini barulah saya, memperoleh idea yang
mencukupi.Selain itu,saya juga bertungkus lumus dalam mencari maklumat yang
selanjutnya tentang tugasan ini.Kerja Kursus ini membantu saya untuk mendapat suatu
pengalaman baru.

Di samping itu, nilai bekerjasama dapat dipupuk semasa menjalankan ujian segak dan
juga ujian bleep. Kerjasama antara ahli kumpulan dapat meringankan beban saya semasa
menjalankan kerja kursus ini.Mereka membahagikan kerja masing-masing dan mampu
memberi komitmen yang mencukupi sehingga kursus saya berjaya. Saya menghadapi
pelbagai masalah semasa menjalankan ujian SEGAK dan Bleep Test..Walaupun saya
menghadapi pelbagai masalah dorongan daripada kawan menjadi semangat kepada saya..

Seterusnya, saya mendapat banyak manfaat dengan membuat ujian segak dan juga
ujian bleep.. Saya sedar bahawa kepentingan bersenam adalah sesuatu yang amat penting
dalam meningkatkan tahap kecergasan kita.Saya dapat mengetahui tentang kercergasan
fizikal badan saya dan saya akan mengendali pelbagai langkah untuk mengatasi kelemahan
kesihatan badan saya.Skor ujian bleep saya tidak puas hati kepada saya dan saya
mengambil beberapa aktiviti seperti berjoging.

Saya mempelajari kepentingan bersenam daripada Ujian Segak dan Bleep Test .Ia
dapat membina stamina dan menguatkan otot jantung.Secara langsung,ia dapat
meningkatkan kecergasan jantung, dan membaiki sistem peredaran darah.Dengan ini ,Ujian
ini juga memberi manfaat seperti mengurangkan risiko darah di seluruh badan serta
meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen. Akhirnya,saya mengetahui cara
yang betul untuk melaksanakan ujian SEGAK dan Bleep Test .

Anda mungkin juga menyukai