Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana anda mempersiapkan diri untuk menjadi guru yang profesional?

Pada pandangan saya, untuk mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang profesional, kita
hendaklah mempunyai ketrampilan tinggi. Sebagai contoh, semasa kita hendak mengajar kita
perlu berpakaian bersih kemas dan mematuhi etika pemakaian yang telah ditetap. Selain itu,
keyakinan diri juga penting dalam melahirkan seorang guru yang profesional seiring dengan
dasar pendidikan kebangsaan. Seorang guru yang profesional juga harus mengambil berat dan
energetik terhadap pelajarnya. Guru hendaklah memberi perhatian kepada pelajar pada setiap
percakapan atau diskusi dengan mereka serta mempunyai kemahiran untuk menjadi seorang
pendengar yang baik. Hal ini akan menyebabkan pelajar berasa selesa dengan kita untuk
berkongsi masalah dan secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan pelajar dengan
guru. Seterusnya, guru yang profesional haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas
tentang subjek yang bakal diajar kepada pelajar-pelajarnya. Seterusnya, mempunyai
kemahiran untuk menvariasikan kaedah mengajar seperti penggunaan media dalam proses
pengajaran dan kaedah “mind-mapping”. Di samping itu, bakal guru profesional haruslah
mempunyai pengetahuan, kurikulum tetapi juga kokurikulum. Hal ini demikian kerana
kokurikulum juga merupakan aspek penting dalam pengajaran. Guru yang cemerlang akan
melahirkan modal insan yang intelektual dan kompetatif dari setiap aspek kehidupan selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Anda mungkin juga menyukai