Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN MENYOAL DALAM

PENGAJARAN
KEMAHIRAN MENYOAL DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN
(Mohd.Yazid Bin Deraman)
Pensyarah kanan
IPG Kampus Kota Bharu, Kelanatan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang
digunakan oleh guru PJ untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka
memahami atau tidak tajuk atau kemahiran yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat
membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Dalam kelas
pendidikan jasmani intarksi guru baik secara teori atau amali dengan murid mistilah
berlandaskan teknik penyoalan untuk guru memastikan kemajuan tahap pembelajaran murid
baik segi amali atau teorinya. Dengan teknik penyoalan yang sistematik, berkualiti guru-
guru dapat menilai prestasi pelajar semasa pembelajaran kelas pendidikan jasamani.
Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan
untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan
teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru kemahiran
amali yang diajar oleh guru.Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan
dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan
melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap
teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk
menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada
keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru
memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah
menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar
untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.
Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan,
maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya

PRINSIP PENYOALAN

Guru misti ambil kira aras kesukaran, penaguhan , penilaian jawapan, masa menunggu dan
taburan soalan kepada murid-murid. Guru mesti jelas abjektif apabila mengemukan soalan
kepada murid itu guru hendak menguji kefahaman murid, meningkatkan prestasi pengajaran
dan pembelajaran, mengembangkan pemikiran murid dan menimbulkan minat murid untuk
belajar.

a) Menggerak Minda Murid


Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar
tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar
semasa sesi soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar


Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau
peperiksaan.

c) Membimbing Pelajar
Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan
ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar
menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki
sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

d) Merantas Pembelajaran
Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh
juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang
lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )

e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi


Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan
penilaian( Zawawi,1988:215)

f) Mengekalkan Perhatian Murid


Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh
digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik
pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

g) Mengeratkan Interaksi
Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama
murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi,
1988 : 216 )
Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal
kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah
pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan
lebih berkesan.

BAGAIMANA MELAKSANA PENYOALAN

ARAS KESUKARAN....Soalan yang dikemukakan adalah tahap senang kepada tahap sukar.
Soalan biarlah dari aras yang rendah iaitu menguji pengetahuan atau mengingat semula
pengetauan murid. selepas itu barulah soalan bidang kefahaman, aplikasi, analisis,sentesis dan
penilaian.

GERAK BALAS/RESPON....Guru tidak harus memberi respon yang direct seperti betul atau
salah. Jawapan boleh dibetulkan oleh rakan sebayanya.Semasa murid memberi jawapan guru
harus menunjukkan minat atau tumpuan perhatian terhadap jawapan murid. Memberi
galakkan atau dorongan kepada jawapan yang salah sama penting untuk jawapan yang
betul.Selepas menerima jawapan guru boleh melatih kemahiran berfikir dengan soalan lanjutan
yang mencabar.

MASA MENUNGGU....Selepas memberi soalan guru perlu memberi masa kepada murid
berfikir untuk mendapat jawapan yang betul. Masa menunggu adalah 3-4 saat.

TABURAN SOALAN...Kajian menunjukkan murid yang lemah kurang ditujukan soalan oleh
guru. Guru lebih suka mendengar jawapan daripada murid yang cergas. untuk mengatasi
masalah ini guru boleh menggunakan carta taburan soalan untuk analisis taburan soalan.

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah


dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomy of
Education objective membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan dalam dimain
kognetif.Bermula daripada mengingat kembali fakta,iaitu aras paling rendah melalui peringkat
mental yang paling kompleks dan abstrak hingga paras paling tinggi diklifikasi sebagai
penilaian. Enam peringkat seperti berikut
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta
asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah
dipelajari.
Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa,
apa, mana, bila dan senaraikan.

KEFAHAMAN
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami,
menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang
telah dipelajari.
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan
dan lain-lain.

APLIKASI
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas,
konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan,
kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

ANALISIS
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan
dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara
satu sama lain.
Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan,
asingkan, bahagikan dan sebagainya.

SINTESIS
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan,
mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan
merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat
kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan
dan lain-lain.

PENILAIAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan,


mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan
menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.
Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen
dan sebagainya.
Pada tahun 1990an sekumpulan ahli psikologi diketua Anderson telah mengemas kini
taksonomi Blomm sesuai dengan kemajuan abab ke-21. Antara perubahan ialah aras kemahiran
keenam-enam ditukar daripada katanama kepada kata kerja. Taksonomi baru ini
mengambarkan bentuk pemikiran. Pemikiran ini sebagai satu proses. Semua aras diganti
dengan kata kerja dan aras sintesis dan pemikiran disusun semula. Ciri-ciri penting cara soalan
mengikut aras kemahiran domain kognetif mengikut taksonomi Bloom 2001:-
Mengingat (Remembering)
Memahami (Understanding)
Mengaplikasi (Applying)
Menganalisis ( Analysing)
Menilai ( Evaluating)
Mencipta (Creating)

MENGINGAT

Soalan peringkat ini menguji murid mengingat semula, memgecam idea, mengenalpasti,
menyenarai dan menamakan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari.
Kata-kata tugas eksplist yang boleh digunakan ialah bacakan, catatkan, daftarkan,
lebelkan, kenal pasti, namakan, padankan, pasangkan, perihalkan.pilihkan,
sebutkan, senaraikan dan tandakan.

Anda mungkin juga menyukai