Anda di halaman 1dari 28

Ceritalucu Koleksi cerita lucu berbahasa Melayu, di petik dari email dan internet.

Thursday, November 20, 2003 Spesel Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia.. O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu. Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ? O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa.. Mat : Ooooo....siap Boss. Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu.. O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu. Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..? O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste... Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi... O.K.B : Mattt !!!.... Mat : Yaaaa..Boss, O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...? O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau. Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss ! Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik.. O.K.B : MATTTT !!!!... Mat : Ada apa Boss... O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...? Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua... O.K.B : ..????????????????????????

posted by aman @ 8:13 AM LAMPU SULUH

Comment (0)

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir. "Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad. "Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang. Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor). "Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor "Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum. "Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad. "Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum. "Ye laaa" jawab Doktor. "Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad "mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate. "Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad. "Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir. "Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba "mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad. "Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad. posted by aman @ 8:10 AM Comment (0)

Wednesday, November 19, 2003 Aku salah... Sorang wartawan terkenal begitu keras kepala dan mengaku ianya betul dalam segala hal. "Kau selalu menyangka bahawa kau benar," tegur bosnya. "Padahal kau juga pernah salah bukan?" "Memang," sahut si wartawan. "Pernah sekali saya membuat salah." "Nah! kau mengaku juga akhirnya" balas Bosnya dengan gembira. "Bila itu?" tanya Bosnya lagi..

"Sudah lama.." Jawab wartawan, "iaitu ketika saya menyangka bahawa saya salah... dan ternyata saya benar..." posted by aman @ 8:35 AM Comment (0)

Tuesday, November 18, 2003 Made In Japan Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong. "Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju. "Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju. "Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya. Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya.. "RM100 please..." kata pemandu teksi selamba. "What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati. "Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya. posted by aman @ 1:02 PM Comment (0)

Jaga kau Harun Hadi sedang nazak dan hampir meninggal... Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi... Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.." Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.." Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..." "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya. "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..." posted by aman @ 8:11 AM Comment (0)

Monday, November 17, 2003 Bahaya Kahwin dengan Programmer Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari. Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in." Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? Suami : Bad command or filename. Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort? isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia? Suami : Variable not found... Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. Suami : Sharing Violation. Access denied... Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. Suami : Too many parameters... Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem. Suami : Data type mismatch. Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. Suami : It's by Default. Isteri : Macamana pula dengan gaji abang? Suami : File in use ... Try later. Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri? Suami : Unknown Virus. " posted by aman @ 11:39 AM Comment (0)

Friday, November 14, 2003

Anjing yang pandai berenang Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala...releks le, aku ni kan anjing laut." posted by aman @ 9:50 AM Racun Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..." posted by aman @ 9:48 AM Dua Sahabat Comment (0) Comment (0)

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"... Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing... posted by aman @ 9:45 AM Comment (0)

Wednesday, November 12, 2003 Ali Yang Mengamuk Al-kisah...ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang 'slow' sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya.... Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi...mengamuk la Ali kat masjid tu. Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, " kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! " Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la...mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. " Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!"

Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. " Rilek la bang. Gurau jek". Kata si pencuri itu. Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. " Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?" Dengan suara dan wajah yang slumber ala-ala lagu kumpulan OAG tu...Ali pun menjawab, " Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi." Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu. posted by aman @ 11:56 AM Tidak ada jerung Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing apakah ada jerung di sungai tersebut. Anak itu menjawab: "Tidak!" Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa menit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu. Ia menjawab: "Tidak ada jerung! Karana jerungnya takut dengan buaya yang ada di sini!!!" posted by aman @ 8:23 AM Comment (0) Comment (0)

Burung Kakak Tua Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan. Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?" Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula... Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?" Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!" Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah... Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!" posted by aman @ 8:20 AM Salah pukul orang Seorang wanita telah membelasah seorang pencuri yang memasuki rumahnya. Si pencuri terpaksa di rawat di hospital untuk beberapa hari kerana keadaannya yang mengerikan. Setelah meminta penjelasan, ketua polis dengan penuh kekaguman memuji kehebatan wanita itu. Polis : " Ia mesti dirawat di hospital sekurang-kurangnya tiga minggu. Mudah-mudahan dia sembuh. " Tapi wanita tersebut kelihatan seakan-akan memikul beban yang amat berat. Dia menarik nafas dalam-dalam. Wanita : " Saya sama sekali tidak bermaksud menyakitinya, apalagi sampai separah itu. Hal itu karena kekeliruan semata-mata, encik. " " Kekeliruan ? ! " tanya Ketua Polis terkejut. Wanita : " Ya, kekeliruan ! Tatkala ia berusaha masuk rumah melalui jendela dapur saya sangka dia suami saya yang baru pulang dari bar. " Comment (0)

posted by aman @ 8:18 AM

Comment (0)

Tuesday, November 11, 2003 Maaf Tuan! Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran. "Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten pasukan. "Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu. "Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!" Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!". Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!" Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya. "Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!" posted by aman @ 8:47 AM 2 Sahabat Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Comment (0)

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka. Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering". posted by aman @ 8:36 AM Comment (0)

Monday, November 10, 2003 2 Gadis Dikejar Perogol Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan... M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia bermaksud jahat. L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan. L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat. M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni. L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya. M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit... L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya. Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya. Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang. M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi? L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku. M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu? L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga. M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap... M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan? L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya.. M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi? L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya... M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian? L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu. posted by aman @ 11:24 AM Comment (0)

Friday, November 07, 2003 Tregedi di bulan Puasa Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya. Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya... Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi... Wanita : Bagaimana? Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!! Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu... Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu. Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya... Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi... Wanita : Bagaimana? Lelaki Perancis : Tidur dengan aku... Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu! Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu... Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata... Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda. Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

posted by aman @ 10:20 AM

Comment (0)

Jangan Minum dan Memandu Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun. posted by aman @ 8:49 AM Comment (0)

Masalah JAM! Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya. Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?" Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?" Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?,

SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!" posted by aman @ 8:24 AM Penerbangan Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia. "Ini Kapten Kamal berbicara". "Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari Kuala Lumpur menuju Australia". "Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur". "Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat bahwa kedua mesin sedang terbakar" "Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat bahagian ekor sudah mulai tercabut" "Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda" "Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya" posted by aman @ 8:20 AM Comment (0) Comment (0)

Thursday, November 06, 2003 Taulah akibatnya

"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi grahamnya yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum suntikan. Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong jangan suntik, saya takut!". Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang. Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?". Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..." posted by aman @ 3:28 PM Lawak Gangster Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat. Gangster : Mana wang tu? Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu... Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan." Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan Comment (0)

pistol ke arah kepala si bisu. Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu... Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk." Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..." posted by aman @ 3:25 PM Comment (0)

Wednesday, November 05, 2003 MALAS KE SEKOLAH Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!! posted by aman @ 3:48 PM Bilik Mayat Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya... posted by aman @ 3:44 PM Bijak! Bijak! Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda. Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik. Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini. Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya. Comment (0) Comment (0)

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya. Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan. "Permintaan ketiga?" Tanya ikan. "Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati. posted by aman @ 8:49 AM Terlambat sebulan Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Comment (0)

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........." Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" ???????????????????.....................

posted by aman @ 8:47 AM

Comment (0)

Tuesday, November 04, 2003 Dah masuk lapan bulan ni... Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan... Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya... "Berapa bulan, Puan...?" Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab. "Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya. posted by aman @ 8:18 AM Muntah-muntah Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing. Peserta pertama dari Amerika.. Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah. Peserta kedua dari Jepun.. Baru 10 minit dia sudah pengsan. Peserta ketiga dari Afrika, Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah. Terakhir peserta dari Bangladesh... Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah. Comment (0)

posted by aman @ 8:13 AM

Comment (0)

Monday, November 03, 2003 Hadiah Birthday Oleh kerana 'birthday'nya yg semakin dekat tapi suaminya buat tak tau je, suatu hari Bedah pun bertanya pada suaminya. "Bang, bang tak tau ke birthday saya dah dekat ni? Abang tak nak belikan apa-apa ke?" "Dah dekat ke? Ooo... tak tau pulak", jawab suaminya dengan selamba. "Ala bang bagi la something, tak beli barang kemas pun tak apa, beli barangan eletrik pun jadi la." Tak tahan dengan leteran isterinya maka mamat pun mengalah", yelah-yelah, nanti abang belikan barangan eletrik yg paling special, khas untuk Bedah sorang." "Ye ke bang? eiii...syoknya!!! Abang nak beli apa utk saya? Televisyen? Microwave? Kipas angin letrik? Periuk karan?" tanya bedah dengan excitednya. "Bukan, semua salah," jawab suaminya. "Abih tu bang, apa bendanya?" tanya isterinya. Maka dengan selamba suaminya pun menjawab..."Kerusi". posted by aman @ 1:45 PM Suami Isteri Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI " Comment (0)

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis... " BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI " posted by aman @ 8:47 AM Kurang ajar! Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan. "Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim. Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!" "Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim. Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan... "Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!" "Celaka!!!" teriak pengunjung tadi. "Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras. "Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim. "Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan. Dengan geram Hakim berkata, Comment (0)

"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!" "Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan parang... dia selalu cakap... tidak ada!" posted by aman @ 8:23 AM Suami Kedekut Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut. Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin. "Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin... "Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!" Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya, "Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?" Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik. Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.. "Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin... "Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !" Comment (0)

Anda mungkin juga menyukai