Anda di halaman 1dari 10

INSAN GURU PROFESIONAL / KPG 3013

SEMESTER 1 2022/2023

PENULISAN WAWANCARA KENDIRI

GROUP: AT35A

NO NAMA NO MATRIKS

1 MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN MOHD SAHAR D20202097078

PENSYARAH: DR. NORHISHAM BIN MUHAMAD


ELEMEN PRA-REFLEKSI KENDIRI
• Bahagian 1: Siapa saya sebagai Insan
➢ Gambarkan diri anda sebagai suatu perkara atau objek. Lakarkan Gambar tersebut.

➢ Jelaskan keperibadian anda berdasarkan lakaran berkenaan.


Saya memilih seekor anjing untuk menggambarkan keperibadian saya. Anjing dan manusia
adalah dua spesies yang sangat berbeza, baik dalam hal fizikal ataupun sifat-sifat mereka.
Namun, terdapat beberapa sifat anjing yang mungkin boleh menggambarkan keperibadian saya.
Antaranya dari segi:
1. Kecerdasan: Beberapa spesies anjing, seperti anjing Husky, memiliki tingkat kecerdasan
yang relatif tinggi dalam konteks mereka. Saya juga memiliki kemampuan intelektual yang
kompleks, ini kerana saya dapat berfikir diluar kotak dan dapat berfikir sebelum
melakukan sesuatu perkara. Apabila diberi soalan saya akan memikirkan tentang perkara
tersebut terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang jawapan yang hendak saya berikan
kerana saya tidak mahu jawapan yang saya berikan ini bertentangan dengan jawapan
yang mereka mahukan. Selain itu, sebelum bergaul dengan orang lain, saya lebih suka
untuk mempelajari dan mengerti seseorang terlebih dahulu agar seseorang itu lebih
selesa dan nyaman apabila bergaul dengan saya.
2. Adaptasi: Anjing memiliki kemampuan luar biasa untuk beradaptasi dengan lingkungan
mereka. Mereka dapat bergerak dengan cepat dalam pelbagai jenis habitat dan mampu
menyesuaikan diri dengan perubahan lingkungan. Saya juga memiliki kemampuan
adaptasi yang baik tetapi kadang-kala saya tidak dapat beradaptasi dengan cepat kerana
sifat saya yang “ambivert”. Oleh itu, penting bagi saya untuk mengenali pihak tersebut
sebelum beradaptasi agar dapat beradaptasi dengan baik tanpa ada unsur-unsur negatif
dalam “circle” saya iaitu sosial life yang sihat.
3. Kehidupan berkumpulan: Kebiasaannya anjing ini hidup dalam kumpulan. Tidak dapat
dinafikan, manusia juga memiliki keperluan untuk kehidupan sosial dan interaksi dengan
orang lain. Jadi sifat ini sama dengan saya sebagai seorang “ambivert” yang perlu hidup
dalam berkumpulan kerana saya lebih selesa beli berada dalam kumpulan daripada
berseorangan. Hal ini kerana, berseorangan hanya membuatkan saya terasa sunyi dan
pasif.

➢ Jika anda boleh memilih untuk menjadi seorang Insan yang lain, siapakah dia dan
jelaskan mengapa. Jika anda tidak mahu, jelaskan mengapa anda berbuat demikian.
Saya rasa diri saya yang sekarang sudah cukup. Saya tidak ingin berpura-pura menjadi orang
lain semata-mata mahu orang lain menghargai saya. Saya ingin dihargai disebabkan oleh diri
saya bukan disebabkan orang lain. Sifat saya yang “ambivert” juga dapat membatasi diri saya
daripada terjebak dengan rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk dek kerana saya akan
memilih dahulu seseorang itu sebelum saya berkawan dengan mereka. Sejujurnya, sikap
“ambivert” membuat saya sedikit terganggu akan tetapi kini saya bersyukur dengan adanya sikap
ini. Sedikit yang ingin saya tambahkan ialah sikap “ambivert” hendaklah digunakan pada masa
yang tepat dan bukannya pada setiap masa. Saya berharap agar saya dapat mengawal sikap ini
untuk banyak bergaul dengan orang lain di hari yang mendatang.
• Bahagian 2: Siapa saya sebagai Insan Guru Perantis.

➢ Berdasarkan pengamatan anda pada diri sendiri, apakah ciri-ciri keperibadian yang
anda miliki sehingga melayakkan anda menjadi seorang Insan Guru Perantis?
Ciri-ciri keperibadian yang saya miliki sehingga melayakkan saya menjadi seorang Insan Guru
Perantis ialah seorang yang tegas. Saya seorang yang tegas tetapi bukan untuk semua keadaan.
Contohnya, jika pelajar terlibat dengan masalah disiplin, saya akan bersikap tegas dengan
mengambil tindakan ke atas mereka dan jika pelajar bersikap baik, saya akan bersikap baik. Akan
tetapi baik itu hanyalah sekadar baik yang berpada-pada bagi mengelakkan pelajar daripada
cenderung ke arah sifat yang negatif. Contohnya, jika pelajar bercerita mengenai masalah yang
dihadapi mereka, kita haruslah berusaha untuk membantu apa yang patut. Menjadi seorang yang
tegas bukanlah bermaksud kita menjadi seorang yang pemarah. Sifat pemarah itu wajib kita
hindari apabila menjadi seorang guru. Oleh itu, bagi saya, sifat tegas yang berpada-pada perlulah
ada pada diri seorang guru yang profesional.

➢ Jelaskan mengapa anda memilih ciri-ciri keperibadian berkenaan.


Mengapa saya memilih ciri-ciri keperibadian tegas adalah kerana sikap tegas adalah diperlukan
untuk menjadi seorang guru. Hal ini kerana, jika guru tidak tegas, pelajar akan menjadi degil dan
tidak akan mendengar kata-kata guru. Dalam erti kata lain, pelajar tidak akan menghormati guru.
Oleh itu, pentingnya untuk seseorang guru memiliki keperibadian yang tegas bagi mendidik para
pelajar. Mahupun begitu, sikap tegas ini perlulah dalam keadaan yang sesuai dan bukan dalam
semua keadaan. Ada masanya guru perulu bersikap tegas dan ada masanya guru perlu bersikap
penyayang. Seperti yang dinyatakan dalam contoh pada soalan 1.

➢ Berdasarkan pengamatan anda pada diri sendiri, apakah ciri-ciri keperibadian yang
perlu anda perelokkan sepanjang tempoh anda menjalani pengajian program di UPSI?
Ciri-ciri keperibadian yang perlu saya perelokkan sepanjang tempoh saya menjalani pengajian
program di UPSI ialah cara bersosial dengan orang lain. Saya akui bahawa mempunyai masalah
dalam hubungan sosial disebabkan sikap saya yang pendiam dengan orang yang saya tidak
kenali dan jarang bergaul dengan orang lain melainkan saya mengenali seseorang itu. Saya
merasakan bahawa, ini menjadi masalah besar bagi saya yang bakal menjadi seorang guru jika
tidak dapat memperbaiki keperibadian ini. Sikap sosial sangat penting bagi seorang guru kerana
menjadi seorang guru bukan sahaja berhadapan dengan pelajar dan rakan kerja, akan tetapi juga
berhadapan dengan masyarakat. Oleh itu, saya merasakan keperibadian ini haruslah diperbaiki
sebelum menjadi seorang guru.

➢ Bagaimanakah anda mempersiapkan diri daripada seorang Insan Guru Perantis ke arah
Insan Guru Profesional?
Cara saya mempersiapkan diri daripada seorang Insan Guru Perantis ke arah Insan Guru
Profesional ialah dengan mengikuti Latihan Mengajar 1 (LM 1) yang dipersiapkan oleh pihak
PULAMI. Saya merasakan dengan mengikuti latihan ini akan dapat membentuk saya menjadi
seorang guru profesional. Hal ini kerana latihan ini merupakan satu praktik sebenar untuk menjadi
seorang guru yang profesional. Dengan pengetahuan yang bakal saya dapatkan daripada latihan
ini, saya akan manfaatkan sebaik mungkin apabila melangkah ke alam pekerjaan sebagai
seorang guru kelak. Selain itu, saya juga pernah mengikuti Program Perantis Guru 1 & 2 (PPG 1
& 2) yang juga dipersiapkan oleh pihak PULAMI. Pengalaman yang saya dapatkan sepanjang
kedua-dua program ini banyak menunjukkan bagaimana dunia seorang guru dan membentuk
saya untuk menjadi seorang guru yang profesional. Di samping itu, kedua-dua ibu bapa saya juga
merupakan seorang guru. Oleh itu, mereka banyak memberi semangat kepada saya dan
mempengaruhi saya untuk mengikuti haluan ini juga. Saya banyak belajar daripada mereka dan
mendapat motivasi untuk sama-sama berada dalam kerjaya ini. Sokongan dan dorongan
daripada kedua ibu bapa banyak membantu saya untuk tidak berputus asa sebelum bergelar
menjadi seorang guru yang profesional.
ELEMEN PASCA-REFLEKSI KENDIRI
• Bahagian 3: Penilaian semula Bahagian 1 dan 2

➢ Merujuk semula catatan Wawancara Kendiri anda tentang Bahagian 1, apa yang anda
dapat pelajari tentang catatan berkenaan dalam konteks diri anda ketika ini?
Pertama sekali saya dapat pelajari bahawa saya menggambarkan diri saya sebagai seekor anjing
atau dengan lebih spesifik iaitu anjing Husky. Husky merupakan antara anjing yang pandai
bergaul dan kebiasaannya mereka hidup dalam kumpulan berbanding sesetengah anjing lain
contohnya Bulldog yang hidup bersendirian walaupun bersaam tuan. Anjing Bulldog tetap memilih
untuk hidup bersendirian berbanding husky yang memilih dan menyukai untuk berada dalam satu
kumpulan. Begitu juga dengan saya kerana saya lebih memilih untuk berada dalam kumpulan
berbanding berseorangan. Hal ini kerana bila saya berseorangan saya jadi lesu dan tiada hala
tuju. Contohnya, bila saya berseorangan di rumah saya jadi tidak tahu nak buat apa malah
membazirkan masa saya dengan melihat cerita atau movie. Jadi, apabila saya berada dalam
kumpulan otak saya jadi makin aktif seperti melakukan aktiviti apa-apa dengan rakan sambil
menimba ilmu yang baru.

Keperibadian yang saya boleh gambarkan yang sama antara saya dengan anjing ialah
kecerdasan, mudah beradaptasi atau bergaul dan kehidupan dalam kumpulan. Kecerdasan
adalah ciri yang paling utama di antara saya dengan anjing. Contohnya, saya sangat cerdas
dalam perihal pengalaman. Saya akan mudah faham dalam mempelajari sesuatu. Ianya tidak
diperlukan dalam banyak kali ulangan bagi setiap satu ilmu tersebut, cukup dua atau tiga kali
diajarkan maka saya akan terus memahaminya. Itu adalah salah satu keistimewaan yang ada
pada saya yang sama dengan seekor anjing. Selain itu, saya mudah beradaptasi atau dengan
kata lain mudah bergaul dalam mana-mana kelompok. Anjing merupakan haiwan yang zahirnya
hidup dalam kelompok dan mereka saling bergantung pada satu sama lain lebih-lebih lagi anjing
Husky. Begitu juga dengan saya, saya mudah untuk bergaul dalam satu kelompok akan tetapi
saya akan memilih dulu satu kelompok tersebut dahulu sebelum saya bergaul. Hal ini kerana,
saya ingin mengelakkan diri saya daripada tersilap pilih rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan
orang yang paling lama berada dengan kita selepas keluarga, jadi memilih rakan sebaya atau
kumpulan untuk bergaul amatlah penting agar tidak berlaku masalah yang tidak diingini. Yang
terakhir, kehidupan berkumpulan. Kehidupan berkumpulan amatlah penting bagi saya seperti
bagaimana yang diterangkan diatas kerana kumpulan yang bagus akan membuatkan diri kita
juga jadi orang yang baik dan ini adalah motif utama kenapa saya memilih untuk hidup dalam
berkumpulan. Hal ini kerana, saya dapat memperbaiki diri saya jika ada salah silap dan ahli
kumpulan saya juga dapat menegur saya. Jika bersendirian, saya tidak tahu jika saya ada buat
salah silap dan sebagainya kerana tiada yang menegur saya akan kesalahan yang saya lakukan.

Akhir sekali, adakah saya memilih untuk menjadi seseorang yang saya minati atau diri
saya sendiri. Sudah tentu saya akan memilih untuk menjadi diri saya sendiri kerana tiada siapa
yang boleh jadi diri saya dan saya juga tidak boleh jadi orang lain. Dalam hal ini, saya terfikir
bahawa kita haruslah bersyukur dengan diri kita sendiri mahupun ada kelemahan pada diri kita
akan tetapi kita pasti dapat menukar kelemahan itu kepada kekuatan. Jika saya dilahirkan dengan
pendirian seorang ambivert maka saya sangat bersyukur kerana saya tahu ini adalah yang terbaik
untuk saya. Saya mudah untuk bergaul dan tatkala juga susah untuk bergaul. Bukan bermaksud
saya memilih rakan akan tetapi saya memilih sifat yang ada pada seseorang itu sebelum saya
menggelarkan kepada dia sebagai gelaran “sahabat”.

➢ Merujuk semula catatan Wawancara Kendiri anda tentang Bahagian 2, apa yang anda
dapat pelajari tentang catatan berkenaan dalam konteks diri anda ketika ini?
Saya dapat pelajari bermula dengan ciri keperibadian yang saya miliki sampai melayakkan saya
untuk menjadi seorang Insan Guru Profesional ialah tegas. Saya seorang yang tegas tetapi
bukan untuk semua keadaan. Contohnya, jika pelajar terlibat dengan masalah disiplin, saya
akan bersikap tegas dengan mengambil tindakan ke atas mereka dan jika pelajar bersikap baik,
saya akan bersikap baik. Akan tetapi, baik itu perlulah sekadar baik yang berpada-pada bagi
mengelakkan pelajar daripada cenderung ke arah sifat yang negatif. Hal ini kerana, ianya sering
berlaku bila seseorang guru itu tidak tegas dan terlampau baik dengan pelajar dalam semua
jenis keadaan. Pelajar mula buat keras kepala dan tidak mendengar kata-kata serta pesanan
guru kerana mereka fikir tidak ada masalah kerana cikgu ini baik dan tidak marah pada para
pelajar.

Selain itu, antara sebab saya memilih untuk menjadi tegas ialah kerana tegas adalah
sifat yang perlu ada pada seorang guru lagi-lagi dalam menjadikan diri ini Insan Guru
Profesional. Semasa saya dizaman persekolahan, ada seorang cikgu ini sangat tegas dalam
melakukan kerjanya akan tetapi didalam tegasnya ada juga suka tawa dan baiknya manis ibarat
gula. Hal ini bermaksud, bersikap tegas adalah satu ciri yang wajib ada pada keperibadian
seorang guru akan tetapi haruslah digunakan pada tempat tertentu sahaja. Tidak mungkin tidak,
dengan cara ini dapat menaikkan minat pelajar kita untuk belajar dengan kita.
Seterusnya, saya dapat pelajari ciri-ciri keperibadian yang perlu saya perelokkan
sepanjang tempoh saya menjalani pengajian program di UPSI ini ialah cara bersosial dengan
orang lain. Ya betul saya seorang yang ambivert iaitu berada di tengah-tengah di antara
introvert dan extrovert. Akan tetapi, kadang-kadang saya juga akan menjadi introvert lagi-lagi
bila berjumpa dengan orang yang jauh lebih baik dan bagus dari saya. Saya tahu bahawa saya
patut perbaiki sifat rendah diri ini kerana sifat rendah diri adalah suatu yang patut ada pada diri
kita akan tetapi haruslah berpada-pada kerana ada saaatnya kita juga haruslah menonjolkan
diri kita. Masalah bersosial juga menyebabkan saya susah bergaul dengan komuniti masyarakat
walaupun sifat introvert ini jarang berlaku tapi ada saatnya berlaku juga. Jadi, mungkin adakala
sifat introvert ini bagus akan tetapi harus digunakan pada saaat yang tertentu lagi-lagi apabila
terlibat dengan komuniti masyarakat, sifat introvert ini tidak sepatutnya ada dek kerana untuk
menjauhkan diri kita dari sangkaan buruk daripada komuniti masyarakat seperti sombong dan
sebagainya. Saya berharap, saya dapat perbaiki perkara ini insyaallah.

Akhir sekali, saya pelajari bagaimana untuk saya mempersiapkan diri saya daripada
Insan Guru Perantis kepada Insan Guru Profesional ialah dengan mengikuti segala latihan yang
dijalankan oleh pihak UPSI iaitu pihak PULAMI. Terdapat 4 latihan dan 2 diantaranya sudah
saya lakukan iaitu Program Perantis Guru 1 dan Program Perantis Guru 2 (PPG 1 dan PPG 2).
PPG 1 dijalankan selepas saya selasai menghabiskan semester 2 dan PPG 2 dilakukan
selepas semester 3. Latihan seterusnya yang akan menyusul selepas semester 5 ialah Latihan
Mengajar 1 (LM 1) dan Latihan Mengajar 2 (LM 2) pula akan dilakukan pada semester 8. Tidak
cukup dengan latihan yang diberikan oleh PULAMI sahaja malah saya juga belajar daripada
guru-guru yang dianugerahkan sebagai guru cemerlang tentang bagaimana untuk menjadi
Insan Guru Profesional. Insyaallah dengan latihan yang diberikan oleh pihak PULAMI dan
tunjuk ajar daripada guru cemerlang ini dapat membantu saya untuk menjadi Insan Guru
Profesional pada hari yang mendatang.
• Bahagian 4: Refleksi keseluruhan pengalaman kursus KPG3013

➢ Apakah perubahan keperibadian yang anda sedari tentang diri sendiri sebagai Insan
Guru Perantis?
Perubahan yang saya sedari tentang diri saya sebagai Insan Guru Perantis ini ialah saya telah
berjaya menguasai kemahiran berkomunikasi. Dalam catatan saya sebelum ini saya banyak
membincangkan tentang kemahiran berkomunikasi kerana saya sedar bahawa sebagai bakal
guru ia memerlukan kita untuk banyak bercakap ketika berhadapan dengan khalayak ramai. Oleh
itu, sebelum saya mengambil kursus KPG3013 ini, saya telah banyak mengaplikasikan
kemahiran berkomunikasi apabila menyertai beberapa persatuan atau kelab. Namun setelah
saya mengambil kursus ini, ia juga turut memerlukan saya untuk berinteraksi dengan pelbagai
pihak. Bagi saya kursus ini banyak mendekatkan pelajar supaya dapat berhubung serta
berinteraksi dengan masyarakat atau komuniti sekeliling. Jadi, sepanjang kursus ini berlangsung
banyak perkara dan aktiviti yang telah saya lakukan yang mana memerlukan saya untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Apabila ia menjadi kewajipan kepada saya untuk berinteraksi
secara dua hala maka ia telah menambah keyakinan saya untuk meningkat tahap komunikasi.
Dalam masa yang sama, sepanjang kursus berlangsung, saya juga telah berjaya mengubah diri
saya kearah yang lebih berani dalam berhadapan dengan orang sekeliling.

➢ Mengapakah perkara tersebut berlaku, jelaskan.


Perkara ini berlaku kerana apabila saya menjalani Program Perantis Guru pada semester-
semester sebelum ini, saya berhadapan dengan pelbagai pelajar terutamanya pelajar menengah
atas yang mana umur mereka ini tidak jauh berbeza dengan umur saya ibarat abang dan adik
sahaja. Ia membuatkan saya kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan mereka lagi-lagi
dalam memberi sebarang arahan serta nasihat. Namun, sepanjang saya mengikuti kursus
KPG3013 ini, saya berjaya mengubah diri saya supaya menjadi semakin berani serta
berkeyakinan terutamanya semasa wawancara Insan Guru Profesional. Saya telah menjadi
moderator untuk wawancara tersebut. Sepanjang saya mengendalikan wawancara tersebut, ia
telah memberikan suatu perasaan yang mendebarkan lebih-lebih lagi untuk bertemu ramah dan
menjadi orang yang mula melakukan perbualan bersama guru-guru yang hebat ini. Namun saya
dapat menolak ketakutan dan perasaan yang mendebarkan supaya saya lebih berani untuk
berhadapan dengan orang sekeliling saya. Sekaligus ia memberi saya satu keyakikan sehingga
apabila saya bertemu dengan orang lain untuk berbincang, saya tidak berasa takut dan berdebar.
➢ Jelaskan implikasi catatan yang anda kongsikan dari konteks kemenjadian anda
sebagai seorang Insan Guru Profesional pada masa akan datang.
Setiap catatan yang saya tulis bermula dari dua perkara dalam bahagian 4, ia memberikan kesan
yang positif kepada saya dalam konteks kemenjadian sebagai seorang Insan Guru Profesional.
Hal ini kerana, setiap catatan yang saya tulis telah memberikan saya suntikan semangat kerana
ia ibarat satu matlamat bagi saya yang perlu saya ikut sehinggai mencapai kejayaan untuk
bergelar sebagai seorang guru yang cemerlang. Dalam masa yang sama, jika saya meningkatkan
potensi diri, ia dapat memberi kesan yang positif untuk menjadi Insan Guru Profesional pada
masa akan datang. Hal ini kerana, setiap insan mempunyai potensi diri yang berlainan. Namun
bagi saya, ia perlu digilap dan ditingkatkan lebih-lebih lagi untuk mencapai matlamat untuk
menjadi seorang guru. Hal ini kerana, dengan adanya potensi diri ini saya dapat bergerak dan
bersikap proaktif, inisiatif, responsif dan inovatif supaya saya lebih berwawasan dalam mendidik
anak bangsa sekaligus membina modal insan yang berjaya sama ada dari segi akademik
mahupun kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai