Anda di halaman 1dari 3

3.

0 GURU BERDASARKAN MODEL IGP UPSI

3.1 Pengenalan kepada Model IGP

Model IGP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik
UPSI di bawah Skim Geran Penyelidikan Niche (NRGS) untuk lima tahun oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dari tahun 2014 hingga tahun 2020. Projek penyelidikan 'Pengembangan
Model Pendidikan Guru untuk Mempersiapkan Guru Masa Depan di Malaysia', terdiri daripada lima
sub kumpulan. Projek ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi pada ketika
itu, Yg. Berbhg. Dato' Noraini Idris.

Dalam model ini terdapat lapan prinsip panduan yang diberi tumpuan untuk mengasuh guru
berdasarkan prinsip-prinsip untuk menanamkan kecenderungan tertentu yang boleh dipindahkan
kepada amalan performatif bilk darjah atau dikenali sebagai nilai kemahiran dan pengetahuan (NKP)
iaitu guru yang mampu meneliti, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai pengajaran berkaitan
profesion pendidikan dalam konteks nasional dan global, guru yang dapat meneroka dan mencipta
pengetahuan tentang amalan mereka secara bebas dan bekerjasama, dan cemerlang dalam kecekapan
dan kemahiran asas berkaitan bidang serta mampu menerapkan kecekapan dan kemahiran ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru yang melihat pengajaran, pembelajaran, penilaian,
kepemimpinan dan pengalaman klinikal sebagai multidimensi, bersepadu, dan reflektif, guru yang
mampu mencipta persekitaran pengajaran pembelajaran, menyediakan skop dan peluang untuk
memupuk keseronokan intelektual yang akan mengoptimumkan potensi dan semangat pelajar untuk
belajar sepanjang hayat, guru yang mampu menyediakan ruang belajar, sumber dan teknologi yang
berkualiti untuk pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan koperatif yang
menggalakkan interaksi sosial dan kepuasan diri yang positif, guru yang berkebolehan untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan aplikasinya dalam amalan Pendidikan, guru yang
menjadi pemimpin dalam pendidikan dengan sikap dan kemampuan untuk memberikan idea, inovasi
dan menguruskan perubahan melalui amalan berasaskan bukti dab guru yang dapat memupuk
program sokongan dan jaringan dengan komuniti tempatan dan global secara berterusan.

3.2 Persamaan Guru Berkenaan berdasarkan Model IGP UPSI

Melalui dapatan wawancara bersama dua IGP ini, antara persamaan IGP umum, Cikgu Eija Ibrahim
dan IGP bidang, Cikgu Azman ialah, mereka menekankan guru yang sentiasa mencari peluang dan
mencari ilmu baru. Hal ini jelas menunjukan persamaan mereka dari aspek guru yang berkebolehan
untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan aplikasinya dalam amalan pendidikan. Ini
bermaksud guru tersebut perlu sentiasa mengikuti perkembangan ilmu yang selaras dengan peredaran
zaman. Menurut jawapan daripada Cikgu Eija dan Cikgu Azman, seorang guru haruslah mengulang
kaji pelajaran yang akan diajar buat keesokan harinya. Bak kata Cikgu Eija Ibrahim, dia tidak
menganggap bahawa mengajar itu bukanlah sesuatu yang rutin. Oleh itu, Cikgu Eija Ibrahim sentiasa
mengulang kaji pelajaran yang akan diajar olehnya walaupun sudah enam belas tahun beliau mengajar
mata pelajaran yang sama.
Seterusnya, kedua-dua IGP ini mempunyai jiwa seorang pendidik. Hal ini menunjukkan
mereka mempunyai persamaan dari aspek guru yang mampu meneliti, menghayati dan
mempraktikkan nilai-nilai pengajaran berkaitan profesion pendidikan dalam konteks nasional dan
global. Sepertimana yang dikongsikan oleh guru-guru ini, mereka menitikberatkan isu tingkah laku
seorang guru. Menurut jawapan daripada Cikgu Eija Ibrahim, seorang guru haruslah tidak mempunyai
sikap bertangguh kerja kerana hal ini merupakan salah satu sikap yang negatif dan sudah semestinya
akan mendatangkan kesan pada masa akan datang. Seorang guru juga haruslah sentiasa mempunyai
perasaan merendah diri. Sebagai contoh, seorang guru haruslah menegur sesiapa sahaja yang berada
di sekolah tidak kira pangkat.

3.3 Perbezaan Guru Berkenaan berdasarkan Model IGP UPSI

Setiap penyampaian seorang guru berbeza dari sudut personalitinya. Perbezaan antara IGP umum dan
IGP bidang yang telah diwawancara adalah kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza dari
segi cara untuk mengajar. Cikgu Eija Ibrahim lebih bersifat kolaboratif kerana beliau merupakan
seorang guru yang berfikiran terbuka dan percaya bahawa pembelajaran boleh berlaku melalui
pelbagai cara. Beliau sentiasa mencari kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran yang berbeza-beza
agar murid-murid tidak bosan di dalam kelas. Sebagai contoh, Cikgu Eija Ibrahim akan membuat
profil setiap pelajar di dalam kelasnya untuk mengetahui latar belakang murid-murid seperti apa yang
murid tersebut suka dan tidak suka. Hal ini selaras dengan prinsip panduan yang menyatakan bahawa
pendidikan guru perlu membangunkan guru yang mampu mencipta persekitaran pengajaran
pembelajaran, menyediakan skop dan peluang untuk memupuk keseronokan intelektual yang akan
mengoptimumkan potensi dan semangat pelajar untuk belajar sepanjang hayat. Walaupun sebenarnya
setiap dari guru mempunyai cara mengajar tersendiri, namun, kaedah mengajar yang digunakan oleh
Cikgu Eija Ibrahim sudah pasti lebih menarik berbanding Cikgu Azman.
Kemudian, antara perbezaan yang terdapat pada atribut IGP umum dan IGP bidang
berdasarkan model IGP adalah dari segi personaliti. Personaliti yang pertama adalah tegas. Seperti
yang boleh kita lihat pada guru bukan bidang bahasa iaitu Cikgu Eija Ibrahim, beliau kelihatan tegas
dari segi mengajar. Beliau juga menasihati agar guru yang akan datang tidak patut mempunyai
keperibadian seperti pemalas. Hal ini demikian kerana jika seorang guru menunjukkan sikap malas,
maka murid-murid juga akan mengikuti jejak gurunya. Menjadi seorang guru haruslah sentiasa tegas
dari segi perwatakan, mengajar dan juga menyuarakan pendapat. Beliau menasihati agar guru-guru
muda akan datang seharusnya menjiwai profesion perguruan atau erti kata lainnya mengikhlaskan diri
serta tidak mengharapkan sanjungan dan pujian daripada mana-mana pihak apabila memasuki bidang
perguruan. Bakal guru perlu lebih memahami pekerjaan guru dengan lebih mendalam dan tidak
menjadi guru semata-mata kerana gaji yang lumayan. Seorang guru perlulah tulus ikhlas dalam
menyampaikan ilmu dan menjalankan amanah yang diberi dengan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai