Anda di halaman 1dari 2

PIRAKAS A/L SHANGAR

PJM SEMESTER 8

BINCANGKAN CARA UNTUK MENJADIKAN DIRI ANDA SEORANG YANG PROFESIONAL


DALAM BIDANG KEGURUAN.

Menurut buku Asas kepimpinan dan perkembangan profesional, profesionalisme


merupakan bertingkah laku mengikut etika peradaban ketika menjangkakan serta melaksanakan
hak-hak tanggungjawabdalam setiap situasi pada setiap masa tanpa gagal. Sifat profesional ini
memainkan peranan penting dalam bidang keguruan. Bidang keguruan merupakan antara bidang
yang sentiasa berdepan dengan murid-murid, ibubapa dan masyarakat. Apabila dikatakan kita
sebagai guru maka kita dapat dihormati dalam kalangan masyarakat. Ia disebabkan profesion
kita dalam tahap yang dihormati dan begitu profesional. Terdapat pelbagai cara untuk menjadikan
diri saya seseorang yang profesional dalam bidang keguruan.

Antaranya merupakan tegas dan bermatlamat. Dimana dapat berkeupayaan untuk


bertindak dengan kadar segera apabila diperlukan dengan mematuhi peraturan serta menerima
norma-norma bertingkah laku. Bagi menjadi seorang yang berprofesional dalam bidang keguruan
akan menyampaikan pengajaran dengan efektif dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan secara sistematik dan lancar.

Seterusnya, bagi menjadikan diri sebagai profesional dalam bidang keguruan maka saya
perlu menambahkan sifat dedikasi dan komitmen. Ia dimana, bidang keguruan lebih memerlukan
dedikasi dan komitmen kerana berdepan dengan anak murid yang diibaratka kain putih. Sebagai
guru perlu membawa anak murid ke pangkal jalan yang baik . Oleh demikian sifat dedikasi dan
komitmen ini sangat penting.

Selain itu, mengambil inisiatif dan pintar merupakan antara sifat yang perlu dipupuk bagi
menjadi profesional dalam bidang keguruan. Mengambil inisiatif bermaksud melakuakan kerja
atau menyediakan bahan dengan lebih berkesan kepada murid menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran dapat dibawa dengan sangat mudah. Pintar dimaksudkan dengan tahap
penguasan guru dalam beberapa aspek. Ia dimana, system pendidikan kini lebih mengutamakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran maka sebagai guru yang profesioanal perlu mengetahui
untuk mengunakan bahan ict seperti powerpoint, video, google form, vle frog dan sebagainya.
Penguasan dalam ict dapat menjadikan guru untuk menjalankan PdP dengan cekap dan
berefektif. Apabila saya dapat menjalankan PdP dengan kehendak murid pada masa tertentu
menyebabkan murid memahami dengan mudah dan lebih mendalam.
PIRAKAS A/L SHANGAR
PJM SEMESTER 8

Tambahan pula, untuk menjadi profesional dalam bidang keguruan, saya perlu berfikir
secara terbuka. Seorang guru yang mempunyai sifat kecindaan serta mempunyai kualiti with-it-
ness, ia itu berkeupayaan untuk melihat dan menyedari segala yang berlaku dalam bilik darjah
merupakan seorang yang benar memahami proses pembelajaran yang berkesan. Apabila dapat
bertindak sebagai seorang berfikiran terbuka maka dapat mengubahkan sikap atau kekuarang
kualiti murid kepada yang lebih berpositif. Ia merupakan antara ciri yang perlu ada pada
seseorang guru yang berprofesional.

Sellain itu,berbudi Bahasa, ia menunjukkan kesantunan tingkah laku berfikiran kepada


masyarakat sekeliling. Seorang yang berprofesional akan menjaga hubungan antara murid,
ibubapa , guru dan masyarakat dengan sangat baik. Pendekatan mereka dapat dibezakan
dengan guru-guru biasa.Saya perlu mempelajari untuk berbudi Bahasa kerana ia akan
melambangkan sifat dan kualiti seorang guru yang bertaraf tinggi, sederhana atau rendah.

Akhir sekali, untuk menjadi guru yang berprofesional, saya perlu mempelajari melayankan
murid dengan adil dan saksama. Ia merupakan antara masalah yang sering berlakunya. Sebagai
guru berprofesional kita perlu mengetahui untuk melayankan setiap murid secara sama dan
memberi kasih sayang secara sama. Secara tuntasnya, bagi menjadi seseorang yag
berprofesional dalam bidang keguruan perlu memiliki dan menguasai banyak sifat yang penting
untuk mengekalkan kualiti gurunya.

Anda mungkin juga menyukai