Anda di halaman 1dari 3

NAMA RUBAN A/L ROBERT ETHIRAJ & LEWAN RAJ A/L SELVARAJA

PROGRAM / SEM / UNIT / AMB PISMP SEMESTER 7 BT SJKT AMBILAN JUN 2019

KURSUS EDUP3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN


PROFESIONALISME GURU

HARI / TARIKH RABU / 10.08.2022

SOALAN TUTORIAL Dengan membuat perbandingan dengan kerjaya professional yang


lain, bincangkan sejauh mana bidang perguruan dapat dianggap
sebagai satu kerjaya yang profesional.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

 Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh
itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri
dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab
yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.
 Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.
 Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan
profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus
Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

2. Membuat penyelidikan dan penulisan.

 Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut
dan benar-benar mahir dalam bidangnya.
 Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-
kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang
guru.
 Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan
bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan,
perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai
penilaian.

3. Usaha ke arah perkembangan kendiri.


 Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di
mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang
akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-
peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.
 Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan
melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.
 Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan
mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan
tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran
seseorang guru.

4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini.

 Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan
ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
 Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar
pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

5. Pembelajaran sepanjang hayat.

 Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya
merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat
menyampaikan ilmu dengan berkesan.
 Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.
 Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini
akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

6. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

 Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain.
Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi
garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.
 Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap
kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang
cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.
7. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

 Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga
perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti
dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika
seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa
sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Anda mungkin juga menyukai