Anda di halaman 1dari 4

NAMA RUBAN A/L ROBERT ETHIRAJ

PROGRAM / SEM / UNIT / AMB PISMP SEMESTER 7 BT SJKT AMBILAN JUN 2019

KURSUS LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

HARI / TARIKH KHAMIS / 11.08.2022

SOALAN TUTORIAL Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media


Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang konsep dan
definisi istilah Pendidikan Alam Sekitar dengan melayari internet
serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan
serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.
Carian perlu meliputi isu-isu yang dipersetujui dalam setiap
persidangan Alam Sekitar yang diadakan.

KONSEP DAN DEFINISI ISTILAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. SUMBER RUJUKAN : NINA NELSON BOOKS

https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-educaci-n-ambiental

Pendidikan alam sekitar adalah proses yang berkomunikasi dan memberikan arahan untuk
memelihara dan menjaga warisan alam sekitar dan membuat model pembangunan dengan
penyelesaian yang mampan. Pada tahun 1975, PBB, di Geneva, berkonsepkan pendidikan alam
sekitar sebagai persekitaran yang bertujuan untuk mendidik warga untuk menyedari masalah
kemerosotan persekitaran dalam kehidupan seharian, mengajar pengetahuan, kemahiran dan
perasaan tanggungjawab untuk mencari jalan keluar untuk semua masalah yang mementingkan alam
sekitar.

Pelaksanaan aktiviti oleh manusia untuk mencapai penggunaan sumber semula jadi atau bahan
mentah yang berlebihan menyebabkan kesan persekitaran, negatif pada kebanyakan masa, seperti:
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, penghasilan tenaga dengan penggunaan
bahan bakar pencemar antara lain. Sebagai akibat dari perkara di atas, objektif utama pendidikan
lingkungan adalah untuk menentukan dan mengajar pembangunan lestari kepada penduduk sebagai
proses memperbaiki dan mencapai keseimbangan lingkungan, iaitu keadaan yang tetap dan dinamis
dalam ekosistem.
Begitu juga, memperkukuhkan proses pendidikan yang memungkinkan memupuk nilai, sikap
positif dan warganegara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan persekitaran agar dapat
memperoleh kualiti hidup yang lebih baik. Sehubungan dengan perkara di atas, hubungan yang kuat
antara pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar dapat disimpulkan kerana ia bertujuan untuk
memastikan bahawa generasi akan datang memiliki sarana yang mencukupi untuk berkembang
dalam lingkungan yang bermaruah dan memenuhi keperluan mereka sendiri.

Pendidikan alam sekitar diajarkan secara formal atau tidak formal, ketika merujuk kepada
pendidikan lingkungan formal, ia dicirikan kerana ia diterima di sekolah, institut, universiti, dan lain-
lain, sebaliknya, secara tidak formal, ia diberikan di luar kelas tetapi selalu dengan objektif atau tujuan
yang sama untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan
mempromosikan pengembangan inisiatif yang mencari perlindungan, pemuliharaan dan penggunaan
alam sekitar yang tepat. Pendidikan adalah tindakan yang sudah ada di semua negara yang mencari
pengembangan teknologi tanpa mengetepikan sumber semula jadi. Tumbuhan, haiwan, tanah, air,
antara lain, sangat penting dan penting bagi kehidupan manusia, jadi menjadi kewajipan untuk
memelihara sumber daya alam, oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara alam
sekitar. persekitaran dan sumber-sumber adalah milik semua warganegara.

2. SUMBER RUJUKAN : KAJIAN TINJAUAN PHD

http://studentsrepo.um.edu.my/6560/2/BAB_2_TESIS_PHD_BANIAH.pdf

Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan samada secara formal atau tidak
formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia supaya lebih prihatin terhadap alam
sekitar yang telah banyak berjasa kepada mereka (Abdul Manaf Muda, 1993). Bagi Adenan Satem
(2004) pula Pendidikan Alam Sekitar adalah suatu proses pendidikan tentang alam sekitar, melalui
alam sekitar dan untuk alam sekitar. Konsep inilah yang diaplikasikan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Justeru Pendidikan Alam Sekitar akan dapat membantu pelajar memahami perkaitan di
antara semua komponen alam sekitar terutamanya interaksi manusia dengan alam 40 sekitar dan
bagaimana manusia harus mengurus alam sekitar dengan bijak.

Pemahaman dan penghayatan ini dapat dicapai sekiranya pelajar memahami dan menghayati
bahawa Tuhan adalah pencipta alam semesta termasuk manusia, bumi dan sumbernya. Oleh itu,
manusia bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan manusia yang lain dan alam sekitar dengan
bijak (Buku Panduan Guru, Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSM, 2002). Dalam tahun-
tahun yang lebih awal dari itu, Dr. William Stapp, daripada Universiti Michigan pernah mendefinisikan
Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu proses untuk membentuk penduduk yang berpengetahuan
tentang persekitaran biofizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya, serta mempunyai
kesedaran dan motivasi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut (Gigliotti, 1990).
Kajian diteruskan oleh Ramsey, Hungerford, dan Volk (1992) yang menyatakan Pendidikan Alam
Sekitar perlu menyediakan seseorang individu untuk bertindak balas terhadap perubahan teknologi
dunia yang berkembang begitu pesat, memahami permasalahan dunia masa kini, dan mempunyai
kemahiran untuk berperanan secara aktif dalam meningkatkan dan memelihara alam sekitar. Bagi
Chelliah (1990) pula, setiap definisi yang berbeza ini boleh mempengaruhi penekanan dan
kandungan dan fokus bidang tersebut. Oleh itu, definisi yang berbeza akan memberikan penekanan
kandungan dan fokus yang berbeza.

3. SUMBER RUJUKAN : 123 DOK

https://text-id.123dok.com/document/qm0mg89y-pengenalan-pendidikan-alam-sekitar-
sinopsis.html

Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di Persidangan UNESCO dalam Deklarasi
Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti
serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia yang peka dan
mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley,
2000). Selain itu juga, pendidikan alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia
yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk bekerja secara
individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah
masalah baru daripada muncul. O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar
mempunyai persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah untuk membina
komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan holistik tentang hubungan
manusia dan alamnya.

  Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam
sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah
kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam
sekitar dan untuk alam sekitar. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia,
tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan
hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah
di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga
kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga
beratus-ratus tahun lagi. Sehubungan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam
diri semua masyarakat terutamanya pelajar. Justeru itu, Pendidikan alam sekitar sama ada secara
formal dan tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah persekitaran pada
masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah baru.
4. SUMBER RUJUKAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

https://www.studocu.com/my/document/open-university-malaysia/human-resources-
management/pendidikan-alam-sekitar-menyumbang-ke-ar/10461754

Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem pendidikan akan melatih tenaga
manusia bagi tujuan pembangunan. Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan tidak
formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan
mencegah daripada timbulnya masalah baru. Kertas ini membincangkan bagaimana pendidikan
alam sekitar yang boleh diajar di peringkat sekolah boleh melahirkan warga yang ‘celik alam
sekitar’ dan mencintai alam sekitar dapat menyumbang dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup
masyarakat. Pendidikan alam sekitar merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat
multidisiplin. Pendekatan dan pengisian dalam pendidikan alam sekitar mengandungi 3 aspek
iaitu pendekatan melalui Pendidikan Mengenai Alam Sekitar, Pendidikan Di Dalam Alam
Sekitar dan Pendidikan Untuk Alam Sekitar. Perkembangan pendidikan alam sekitar sejak akhir-
akhir ini diasaskan kepada ‘kemampanan alam sekitar’ penting bagi mengintegrasi ketiga-tiga
pendekatan pendidikan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat
Malaysia pada masa akan datang. PENGENALAN Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan
kerana sistem pendidikan merupakan satu proses yang berterusan bagi melatih tenaga
manusia untuk tujuan pembangunan. Sesuatu proses pembelajaran yang berjaya akan
melahirkan individu dan masyarakat yang peka, intelek, aktif, memahami serta mampu mengenal
pasti sesuatu perkara sama ada baik ataupun buruk. Pendidikan merupakan agen perubahan
yang paling berpengaruh dalam masyarakat/kehidupan kerana mampu membawa perubahan
kepada masyarakat daripada mundur dan terkebelakang kepada sebuah masyarakat yang maju
dan bertamadun. Melalui pendidikan juga, khasnya pendidikan alam sekitar akan dapat
melahirkanmasyarakat yang mampu memahami hubungan antara persekitaran manusia dan
persekitaran fizikal. Kemampuan memahami interaksi ini adalah amat penting kerana kedua-
dua persekitaran adalah saling berkaitan, kerana sebarang kacau ganggu yang berlebihan
terhadap persekitaran fizikal akan memberi impak terhadap persekitaran manusia.

Anda mungkin juga menyukai