Anda di halaman 1dari 19

TAJUK 3 :

ISU-ISU ETIKA GURU


NAMA GURU PELATIH:
PAVITRA A/P VEERAPATHI
PIRAKAS A/L SHANGAR

UNIT :
PJM SEM 7
Definisi Etika
Cara atau hukum tidak bertulis berkenaan adab
tertib dalam pergaulan.

Definisi Etika Guru


Sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti
oleh guru supaya guru saling menghormati,
mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap
profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan
dengan baik.
Etika perlu dalam profesion
perguruan supaya :
Segala tindakan guru dilihat telah menjaga
kepentingan masyarakat yang berhubung dengan
mereka
Tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan
yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak
asasi umum.
Guru dikawal oleh etika perguruan.
Integriti Guru
Kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan
dan ketulan.

Ia juga merangkumi keikhlasan,


keterbukaan, amanah, berpegang kepada
prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh
dipercayai.
Kesantunan guru
Kesantunan merujuk kepada tatcara, adat atau
kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Fokus kesantunan guru


a) Perlakuan dalam percakapan kawalan suara,
memonopoli sidang perbualan, cakap banyak, puji
diri secara langsung dan tidak langsung
b) Tatacara berkomunikasi ikut norma budaya
setempat, bukan tatacara kita sahaja.
Kepedulian guru
Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan
perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas.
Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan
guru terhadap isu atau tugasnya.
Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang
diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa
melaksanakan tugasnya.
Kepedulian merupakan kuasa yang akan
menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock
1995).
Guru perlu :
Sedar atas perubahan
Minat pada perubahan
Mengenali pembawa perubahan
Mengurus perubahan
Menilai kesan perubahan
Bekerjasama dengan rakan
Membuat penambahbaikan
Kepedulian dari segi penyempurnaan diri :
Urus hal kehidupan seharian, jangan sampai
masalah kehidupan mengganggu tugas

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri :


Ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
Bimbing terhadap perasaan murid terhadap guru

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri :


Yakin terhadap kebolehan pelajar
Guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
Penampilan Guru
Merujuk kepada ciri peribadi yang dimiliki guru
termasuklah sikap, kepercayaan, minat dan nilai.

Tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu


untuk kejayaan guru.
Howard (2007); 4 ciri utama penampilan guru
menghasilkan pembelajaran yang lebih baik.

a) Penampilan untuk perbezaan

Perlu mempunyai keterampilan berasaskan budaya


iaitu mampu tampil dalam situasi budaya berbeza
tidak kira pelajar kulit/hitam, beragama dan lain-lain.

Kebolehan menghadapi isu-isu sensitif, peka


b) Penampilan untuk dialog

Merujuk kepada kerelaan untuk meneroka persamaan dan


perbezaan indivdu.

2 jenis dialog berkaitan profesion keguruan iaitu dialog


profesional antara rakan sejawat dan dialog di dalam bilik darjah
antara guru dan pelajar.

Dialog antara rakan sejawat dapat menangani sikap guru,


kepercayaan dan amalan rakan dan peluang kepada guru
membuat perbandingan dan belajar antara satu sama lain.

Dialog antara pelajar memberi peluang untuk berkomunikasi


dan menerapkan pengalaman hidup agar P&P lebih bermakna.
c) Disilusi

Guru yang tampil menghadapi kekecewaan


merupakan guru yang menunjukkan keterbukaan
melihat luar daripada budaya sendiri dan kebolehan
untuk meneliti kepercayaan dan pandangan luar.

Guru yang dapat meneroka dan mengetepikan ilusi


adalah lebih responsif dari segi budaya dalam
persekitaraan pelbagai
d) Demokrasi

Semua pelajar diberi peluang sama melibatkan diri


dalam apa jua aktiviti.

Guru bersikap terbuka dan beri peluang pelajar


libatkan diri dalam proses P&P.
Berniaga di sekolah
Guru seharusnya melaksanakan tanggungjawab
sebagai pendidikan di dalam bilik darjah dan
bukannya menjalankan perniagaan di sekolah.

Pihak pentadbir memainkan peranan dengan


memberi teguran dan mengambil tindakan
sewajarnya.
Kerjaya sambilan
Guru tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan dan
tatalaku
Justera, guru perlu memohon kelulusan untuk
melakukan kerja sambilan bagi menambah
pendapatan.
Kelulusan hanya diberi jika tidak bercanggah
dengan peraturan yang ditetapkan. Cth: tidak
mengganggu waktu kerja dan tidak jejas tugas
mereka.
Cth kerja sambilan: tuisyen, bekerja sambilan di
institut swasta.
Pengurusan Masa
Merujuk kepada perancangan masa berkesan sama
ada secara harian, mingguan atau jangka masa
panjang.
Melibatkan 2 dimensi iaitu pengurusan masa untuk
diri sendiri dan menanamkan aspek kepentingan
mengurus masa pelajar.
Pengurusan masa diri sendiri - guru perlu
merancang P&P mengikut tempoh masa yang baik
agar tidak mebazirkan masa pelajar dan elakkan
kejadian tidak diingini berlaku.
Pengurusan kewangan
Perbincangan pengurusan kewangan;
a) Cara menguruskan kewangan semasa bertugas di sekolah
Masalah kutipan wang Sumber wang Awam (SUWA) yang
merupakan kutipan awam dan punca kewangan termasuk
yuran pelajar, derma, sumbangan, sewa harta sekolah dan
hasil jualan projek sekolah.
Bagi guru kelas, guru bertanggungjawab mengutip yuran
khas dan yuran majalah dan guru menghadapi masalah
pengeluaran resit yang berasingan bagi setiap item yuran
tersebut dan merumitkan keadaan. Yuran majalah pula perlu
dijelaskan oleh sebuah keluarga sahaja dan ini mengambil
masa lama untuk mengesan ahli keluarga pelajar di sekolah.
Guru turut melakukan pembelian tanpa mengikut
tatacara pembelian. Cth: guru beli barang tanpa
menggunakan borang pesanan dan ada yang
mengisi borang selepas beberapa bulan. Hali ini
telah melanggar tatacara kewangan dan GB berhak
menolak pembayaran.

b) Cara guru menguruskan kewangan diri dan


keluarga.

Anda mungkin juga menyukai