Anda di halaman 1dari 1

Dalam sesi kaunseling kelompok, terapi terapi memainkan peranan penting dalam

meluahkan emosi dan perasaan klien. Antara terapi sangat efekif merupakan Terapi Bermain.
Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang klien dan ia dapat diperhatikan
melalui aktiviti bermain dengan menggunakan alat permainan. Alat permainan digunakan untuk
mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami oleh klien khususnya kanak-kanak. Melalui
terapi bermain, kaunselor akan mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai oleh klien,ia lebih
berkesan dibandingkan dengan meminta klien meluahkan dalam bentuk kata-kata.

Antara permainan terapi bermain merupakan permainan tanah liat. Permainan tanah liat
merupakan permainan yang membantu klien unuk meluahkan perasaan dan emosi dengan
bentuk. Sebagai contohnya, salah seorang klien kami telah membuat burung hantu. Kami
memberi tema sebagai zoo. Dalam beberapa saat dia mula membuat burung hantu. Setelah
membuat bentuk burung hantu saya mula meneroka masalah dia. Klien sendiri mula
menceritakan burung hantu lalu meluahkan perasaannya. Dia berasa sangat sedih kerana tiada
rakan bergaul dengan dia. Ia dapat dilihat secara mata kasar apabila dia meletakkan bentuk
burung hantu secara berasingan di tapak zoo buatan. Klien mula berkongsi masalahnya yang
timbul dikeluarga mengakibatkan dia berada secara sunyi dan tiada rakan bergaul dengan dia
menyebabkan berasa tertekan. Kami dapat meneroka klien dengan mudah dalam sesi tersebut.

Aktiviti pengenalan fasilitator merupakan antara aktiviti yang merangsang minat klien-
klien. Ia juga merupakan antara permainan yang berfokuskan peringkat membina hubungan.
KLien-klien dapat bergaul secara mudah dan aktif dengan fasilitator dan ketua kaunselor
setelah aktiviti perkenalan fasilitator dilaksanakan. Klien-klien mula berasa dipercayai dan mula
berkomited dengan sesi kaunseling. Ia memudahkan kami untuk melaksanakan terapi bermain
dalam kalangan klien.Hasil daripada terapi bermain kami dapat mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh klien-klien. Semasa fasa penamatan, sema klien dapat memberi maklum balas
atas pendapat secara terbuka dan pendapat tersebut dapat diambil oleh klien lain sebagai
penyelesaian masalah. Secara tuntasnya, terapi bermain sangat berguna dalam meneroka dan
mengenalpasti masalah klien dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai