Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

1.0 Latar Belakang Jurnal ................................................................................................................. 1


2.0 Analisis Jurnal .............................................................................................................................. 1
3.0 Kelebihan Terapi Pasir................................................................................................................ 4
4.0 Limitasi Terapi Pasir ................................................................................................................... 4
5.0 Penutup........................................................................................................................................... 5
Rujukan ........................................................................................................................................................ 6

0
1.0 Latar Belakang Jurnal

Menurut Rohani (2003), perkembangan sosial kanak-kanak merangkumi kemahiran


berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan
kendiri. Antara isu yang amat dikhuatiri oleh pakar psikologi dalam proses perkembangan sosial
adalah isu-isu pergaulan sosial. Pelbagai terapi yang diguna pakai oleh guru Bimbingan dan
Kaunseling untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perhubungan sosial. Namun
begitu, jurnal yang dipilih membincangkan hasil dapatan kajian mengenai terapi pasir untuk
kanak-kanak. Tajuk jurnal ialah Pendekatan Sand Play Dalam Menangani Masalah Pergaulan
Sosial: Satu Kajian Kes. Jurnal ini ditulis oleh Peridah Binti Mahal manakala tahun jurnal ini
diterbitkan ialah 2009 dalam Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL ms 1-
13. Melalui dapatan kajian jurnal tersebut mendapat melahirkan GBK yang berkualiti.

2.0 Analisis Jurnal


Terapi pasir ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah kaedah penggunaan terapi
bermain pasir dapat membantu dalam menangani masalah perhubungan sosial seorang murid
Tahun Tiga yang bernama Quratulani dengan rakan-rakan dan ahli-ahli keluarganya. Sasaran
kajian terdiri daripada seorang murid Tahun Tiga di salah sebuah sekolah kebangsaan di sekitar
bandar raya Kuching. Data kajian dikumpul melalui pemerhatian kaunselor iaitu penulis jurnal
semasa pelaksanaan sesi kaunseling. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
terapi bermain pasir berupaya dan berjaya membantu klien kajian membaiki serta mengeratkan
hubungan sosial dengan rakan-rakan dan ahli-ahli keluarganya. Guru bimbingan dan kaunseling
yang berkualiti dapat dilahirkan melalui menguasai cara pelaksanaan terapi-terapi untuk
meneroka dan memahami klien. Melalui aplikasi terapi ini dapat membantu kanak-kanak
mezahirkan minda bawah sedarnya ke alam reality dan seterusnya membantu guru bimbingan
dan kaunseling untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Menurut kaedah pelaksanaan jurnal, terdapat 4 sesi kaunseling terapi bermain pasir telah
dijalankan oleh kaunselor terhadap kliennya, Quratulani untuk mengatasi isu permasalahan
sosial klien. Pada sesi yang pertama, kaunselor telah membina hubungan dengan klien terlebih
dahulu sebelum memulakan terapi pasir. Saya setuju dengan pengaplikasian kemahiran
membina hubungan oleh kaunselor. Hal ini kerana kemahiran ini dapat membina perhubungan
kaunselor dan klien yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat supaya klien sedia
berbincang (Sipon, 2011). Kepercayaan yang tinggi memudahkan kaunselor meneroka masalah

1
sosial dan kekeluargaan Quratulani dengan lebih berkesan. Dalam proses membina hubungan,
kaunselor meransang minat kliennya terhadap alat-alat mainan mini dengan bertanyakan soalan
“Adakah kamu berminat terhadap mainan itu…?” dan memberi kebenaran untuk klien bermain.
Daripada sesi pertama, saya mendapati bahawa teknik yang boleh digunakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling adalah mengaitkan alat mainan terapi bermain pasir semasa fasa
membina hubungan dalam intervensi sesi kaunseling.

Pada sesi kedua, kaunselor telah memulakan penerokaan masalah sosial Quratulani
melalui terapi bermain pasir. Klien sendiri tertarik oleh alat mainan pasir terlebih dahulu sebelum
kaunselor memulakan fasa yang seterusnya iaitu penerokaan. Daripada tindakan klien ini
membuktikan bahawa bermain ialah aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak tanpa paksaan
semasa zaman kanan-kanak (Landreth, 2002). Oleh itu, GBK yang berkualiti mampu
meransangkan sifat bermain kanak-kanak untuk memudahkan penerokaan masalah klien dalam
terapi bermain pasir.

Seterusnya, kaunselor memberikan kebebasan kepada Quratulani untuk berbincang


sambil bermain alat mainan dalam dulang pasir dan meminta penjelasan daripada klien tentang
penyusunan binatang alat permainan. Bermain merupakan perantara komunikasi semulajadi
bagi kanak-kanak dan digambarkan sebagai ekspresi kendiri, kerana ia membolehkan kanak-
kanak melakukan ekspresi pengalaman dalaman mereka secara semulajadi (Landreth, 2002).
Daripada penyusunan klien diperlihatkan satu pergaduhan yang melibatkan harimau belang dan
harimau bintang dengan binatang lain. Quratulani mengandaikan dirinya seperti seekor rusa yang
mempunyai akal untuk mengalahkan dua binatang (kawan yang membencinya) tersebut.
Pergaduhan berlaku antara binatang dan akhirnya hanya tinggal harimau bintang dan harimau
belang yang hidup. Pada ketika itu, kaunselor membuat penerokaan dengan pengaplikasian
kemahiran menyoal dan meminta penjelasan:“Kenapa harimau tak nak berkawan dengan
binatang lain…..? Kesiannya dia sorang-sorang” supaya Quratulani menerangkan punca
pergadudan ini berlaku.

Akhirnya, semua binatang mati dan hanya askar yang hidup. Daripada sini, kaunselor
mengenal pasti masalah bahawa Quratulani merasa rendah diri dan tiada orang yang dapat
membantu dirinya dan keinginannya untuk menyelesaikan masalah sosial iaitu 3 kawan yang
membencinya tidak tercapai. Daripada sesi kedua, saya mendapati bahawa GBK yang berkualiti
perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang tajam terhadap tingkah laku klien untuk meneroka

2
masalah dan mengenal pasti masalah tersebut dengan mengaplikasi kemahiran penerokaan
seperti kemahiran menyoal, dorongan minima dan kemahiran meminta penjelasan. (Sipon, 2011)

Menurut Kottman (2003), kaunselor-kaunselor mestilah berpegang kepada orientasi teori


yang bersesuaian dengan personaliti dan pandangan mereka berhubung dengan perkembangan
kejayaan terapi bermain. Oleh itu, sesi yang ketiga memperlihatkan kaunselor telah memulakan
pengaplikasian teori Rational Emotif Behavioris Therapy (REBT) terhadap Quratulani. Hal ini
kerana berdasarkan sesi kedua, kaunselor telah mengenal pasti masalahnya berpunca daripada
pemikiran tidak rasional Quratulani iaitu semua orang mesti sayang dan baik terhadapnya. Hal
ini kerana Activating Event (A) adalah Quratulani dituduh merampas kawan daripada murid P
sehingga menyebabkan Belief System (B) Quratulani berasa dirinya tidak disukai dan tiada orang
sudi berkawan dengannya sehingga Consequences (C) Quratulani merasa malu, gelisah dan
sedih. Saya bersetuju dengan kemahiran konfrontasi Dispute (D) yang diaplikasi oleh kaunselor
untuk mencabar pemikiran tidak rasional Quratulani agar klien mendapat celik akal Effect (E)
bahawa ramai lagi kawan yang ingin berkawan dengannya. Contoh soalan yang mencabar
seperti “Berapa orang yang tidak menyukai kamu”, “Betulkah P tidak suka kamu”, “Berapa orang
yang suka berkawan dengan kamu?’. Kaunselor merationalkan pemikiran Quratulani dengan
membawanya memikirkan kesan yang mungkin akan dialami sekiranya dirinya berterusan
mempercayai idea yang tidak rasional tersebut dan kebaikan yang diperolehinya jika dia
memahami kesan akibat daripada kepercayaan yang tidak rasional itu.

Daripada sesi ketiga, GBK yang berkualiti akan mampu mengaplikasi teori untuk
menganalisis masalah klien dan menyelesaikan masalahnya selepas mengenal pasti masalah
dengan menggunakan terapi bermain pasir.

Pada sesi keempat iaitu fasa penamatan menunjukkan keberkesanan terapi bermain
pasir berjaya membantu Quratulani mencapai celik akal terhadap permasalahan sosialnya
kerana klien hadir dengan penuh semangat dan klien telah menyatakan bahawa dia telah
memahami kesan negatif akibat idea tidak rasionalnya. Menurut Ellis setelah mencapai
kepercayaan yang rasional individu tersebut akan merasa lega kesan daripada pemikiran rasional
yang baru dibentuk (Ee, 2011). Sebelum kaunselor menamatkan sesi, kaunselor mencabar
Quratulani sekali lagi. Antara soalan cabaran yang kaunselor gunakan ialah “Sekiranya ada
kawan awak yang tiba-tiba bermasam muka bila melihat awak, apa yang akan kamu lakukan…?”;
“Sekiranya dia tidak mahu berkawan dengan awak….. walaupun awak dah minta maaf……?”;
“Bila awak bersedih mengenangkan sikapnya terhadap awak, adakah dia datang dan memohon
maaf….?”; “Jika awak terus bersedih dan merasa rendah diri, apa yang akan berlaku terhadap

3
awak seterusnya…..?” Tindakan ini menunjukkan bahawa GBK yang berkualiti akan membantu
klien mengatasi masalah sendiri sekiranya berlaku sebarang masalah dalam diri klien pada masa
akan datang.

3.0 Kelebihan Terapi Pasir

Pada pandangan saya, kelebihan terapi pasir ini adalah mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dan selesa bagi klien untuk meluahkan isi perasaan dan masalahnya. Semasa
Quratulani menjalankan sesi terapi, dia hanya perlu bermain dengan alat mainan dan berbual-
bual dengan kaunselor sahaja. Dalam suasana yang tenteram dapat membantu kanak-kanak
yang mengalami kerisauan seperti mengurangkan tekanan (Carmichael, 1994).

Selain itu, terapi pasir juga mengurangkan peluang klien untuk bercakap bohong atau
menggunakan helah bela diri. Hal ini demikian kerana Hall (2002) turut menyokong bahawa
bermain merupakan alat komunikasi kanak-kanak manakala alat mainan merupakan pemikiran
mereka. Oleh itu, masalah klien dalam kehidupan sebenar dapat disampaikan kepada kaunselor
menerusi susunan miniator pada dulang pasir semasa proses terapi bermain pasir dijalankan.
Keadaan ini memudahkan kaunselor menjalankan penerokaan terhadap masalah klien
berdasarkan pemerhatian kaunselor.

4.0 Limitasi Terapi Pasir


Walau bagaimanapun, terapi bermain pasir juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Kawasan bermain pasir akan menjadi sangat kotor dan tidak tersusun setiap kali sesi terapi
dijalankan. Hal kebarangkalian besar akan menyebabkan kaunselor terpaksa meluangkan masa
tambahan untuk membersih dan mengemas semua pasir yang terkeluar dari dulang pasir dan
alat-alat mainan yang telah diselerakkan. Selain itu, klien juga mungkin akan salah tafsir perkara
yang kita minta dilakukan, kerana kadang-kala klien akan mengambil alat mainan yang disukai
dan menyusun ikut hati mereka tanpa menghiraukan arahan guru atau tugasan yang diberikan.
Ini menyukarkan tugas guru kaunseling untuk menganalisis dan menginterpretasi hasil kerja
mereka.

4
5.0 Penutup
Kesimpulannya, terapi bermain pasir dalam intervensi bimbingan dan kaunseling adalah
berkesan untuk membantu GBK untuk meneroka masalah dan memahami klien. Hal ini kerana
jurnal tersebut menunjukkan cara aplikasi terapi bermain pasir yang jelas supaya GBK yang
berkualiti dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang diaplikasi dalam sesi intervensi masing-
masing.

5
Rujukan

Carmichael, K. D. (1994). Sand play as an elementary school strategy. Elementary School


Guidance & Counseling, Vol. 28, No. 4. pp. 302-307.

Ee, A. M. (2011). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Shah Alam: Fajar Bakti.

Hall, T. G.-K. (2002). Fifteen effective play therapy techniques. Professional Psychology:
Reseach and Practice, 33, 515-522.

Kottman, T. (2003). Partners in play: An Adlerian approach to play therapy (2nd ed.). Alexandria,
VA, US: American Counseling Association.

Landreth, G. (2002). Play Therapy: The art of relationship. New York: Brunner-Routledge.

Landreth, G. L. (2012). Play therapy: The art of the relationship (3rd Edition). New York: Taylor &
Francis Group.

Sipon, S. (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai