Anda di halaman 1dari 12

KPK 6113 TEORI KAUNSELING & PSIKOTERAPI INDIVIDU

KUMPULAN : A
2023 / FEB

PENDEKATAN INTEGRASI DALAM KAUNSELING &


PSIKOTERAPI

DISEDIAKAN OLEH :

NO. KAD MATRIK NAMA


M222022546 AIZAT HADI BIN ANUAR

PENSYARAH : DR SUHADI BIN MOHD SIDEK


TARIKH SERAHAN: 1 JUN 2023

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………. 3
2.0 DEFINISI INTEGRASI………………………………………………………………. 4
3.0 PENDAPAT TOKOH MENGENAI INTEGRASI……………………………………5-6
4.0 KAJIAN KES…………………………………………………………………………..7
5.0 KAEDAH INTEGRASI………………………………….…………………………….8-11
6.0 PENUTUP……………………………………………………………………………11
7.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………12

2
1.0 PENGENALAN

Tugasan pada kali ini akan menunjukkan cadangan penggunaan pendekatan

integrasi yang boleh digunakan dalam sesi kaunseling.Tujuan tugasan ini

dilaksanakan adalah untuk melihat kebolehupayaan model integrasi ini sama ada

boleh digunapakai dalam sesi kaunseling. Di dalam tugasan ini juga membincangkan

mengenai definisi integrasi , pendapat tokoh mengenai integrasi dan pendekatan

yang sesuai digunapakai dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi klien .

Perbezaan latar belakang klien atau budaya adalah memberi salah satu faktor

penggunaan kaedah yang berbeza . Terdapat pendekatan yang sesuai diguna dan

tidak sesuai diguna mengikut kepada klien tersebut , kerana setiap klien berbeza .

Pada tugasan kali ini kita dapat melihat bagaimana kaunselor menggunakan

beberapa teori atau pendekatan berdasarkan beberapa isu yang dihadapi oleh klien

supaya klien dapat celik akal dan rasional seterusnya dapat menyelesaikan masalah

klien tersebut.

Tugasan ini merangkumi gabungan 2 teori bagi membentuk model integrasi.

Pendekatan yang digunakan adalah Teori Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh

Carls Rogers dan Teori Realiti oleh William Glasser.

3
2.0 DEFINISI PENDEKATAN INTEGRASI

Pendekatan integratif merupakan pendekatan yang menggabungkan pelbagai

pendekatan dalam sesi kaunseling. Pendekatan ini menjadi semakin dikenali kerana

tiada satu pun teori kaunseling dan psikoterapi yang berupaya memahami semua

pengalaman manusia sepanjang hidupnya. Menyedari hal ini , ahli psikoterapi dan

kaunselor menggunakan beberapa pendekatan dalam membantu klien mereka .

Faktor yang menyebabkan penggunan pendekatan integratif iaitu

kepelbagaian budaya , perkembangan penyelidikan dan psikoterapi dan kekurangan

sesuatu teori. Kepelbagaian budaya klien , teori yang asalnya lahir untuk golongan

Euro-American cuba diaplikasikan ke atas klien yang berbeza budayanya. Sudah

pasti timbul konflik dari segi kesesuaian .Kekurangan sesuatu teori ini disebabkan

para pengasas teori kaunseling dan psikoterapi mengasaskan teori mereka

berdasarkan klien yang mereka bantu. Perkembangan penyelidikan dalam aplikasi

kaunseling dan psikoterapi. Kewujudan kajian-kajian seperti ini membantu kaunselor

dan ahli terapi menilai sejauh mana kesesuaian sesuatu pendekatan dalam

menangani sesuatu masalah. Pendekatan integrasi merupakan pendekatan yang

dianggap selamat kerana berupaya menggabungkan teori-teori yang bersesuaian

dalam menangani sesuatu masalah.

Terdapat beberapa jenis integrasi iaitu integrasi tanpa teori , integrasi

berdasarkan faktor kebiasaan , integrasi teknikal dan integrasi teori , dan kita dapat

melihat integrasi mempunyai pelbagai jenis bentuk.

4
3.0 PENDAPAT TOKOH MENGENAI INTEGRASI

(Corey G, 2005)

Pendekatan intergratif semakin mendapat tempat dewasa ini. Penggunaan

pendekatan eklektif adalah melibatkan kesesuaian dengan matlamat terapi, peranan

dan tanggungjawab ketua kelompok berdasarkan personalitinya, dan juga

kesesuaian penggunaan pelbagai teknik-teknik kaunseling. Psikoterapi bergerak ke

arah pendekatan intergratif sejak awal 1980'an. Pendekatan intergratif juga

dikatakan sebagai menggabungkan yang terbaik pelbagai orientasi teori dan teknik-

teknik yang bertujuan untuk merancang rawatan yang lebih sempurna kepada klien.

(Lazarus, 1986)

Pendekatan Eklektik ini bukanlah bermaksud mengambil secara membuta-tuli

sahaja teknik-teknik dari pelbagai pendekatan tanpa mengambilkira rasional teori-

teori yang berkaitan. Mengambil teknik-teknik tanpa rasional yang jelas hanya akan

menyebabkan berlakunya "syncretistic confusion". Eklektik Teknikal memberi fokus

utama terhadap pemilihan pelbagai teknik berdasarkan perbezaan pendekatan teori-

teori tanpa menggunakan keseluruhan teori berkaitan.

(Kelly,1988) dan (Lazarus ,1996)

Menyatakan bahawa tujuan penggunaan pelbagai teknik dari pelbagai

pendekatan teori ini adalah berpunca daripada kefahaman mereka bahawa tidak ada

satu set teknik dari satu pendekatan teori yang boleh menjanjikan keberkesanan

perawatan kepada kepelbagaian ragam dan tingkahlaku manusia.

5
Dalam memilih teknik-teknik yang bersesuaian untuk di aplikasikan kepada

klien yang mempunyai kepelbagaian masalah dan juga latar belakang yang berbeza,

kaunselor harus bertanya diri mereka beberapa persoalan berikut:

1)Apa, kepada siapa dan situasi bagaimanakah teknik ini sesuai digunakan ?

2)Kenapa sesetengah prosidur itu membantu dan sesetengah lagi tidak membantu

3)Apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan kejayaan jangka panjang ?

Corey (2005)

Menyatakan dalam pemilihan teknik yang sesuai, seorang terapis yang efektif

akan mengambilkira beberapa perkara seperti tujuan terapi, seting kelompok, gaya

dan personaliti kaunselor, dan juga masalah yang dikenalpasti untuk tujuan

intervensi. Beliau menambah lagi bahawa tidak kira model atau pendekatan apa

yang ingin digunakan, kaunselor haruslah memutuskan apakah jenis teknik,

prosidur, atau metod intervensi yang ingin digunakan, bila ingin menggunakannya

dan juga kepada klien yang bagaimanakah hendak diaplikasikannya.

Lazarus menyatakan lagi bahawa sesetengah klien memberi maklumbalas

kepada kaunselor yang mesra dan informal, manakala ada juga yang perlukan

kaunselor yang bersifat formal. ada klien pula suka kaunselor yang lebih direktif dan

menonjol begitu juga ada klien yang respon kepada penggunaan pelbagai teknik

pada masa yang berbeza. Cabaran – cabaran ini haruslah dilalui oleh kaunselor yang

menggunakan pendekatan intergrasi teknikal eklektik. Perkara yang paling utama

yang perlu ada pada kaunselor adalah kebolehan untuk mengenalpasti masalah klien

secara pantas dan bersistematik, mewujudkan perhubungan yang kolaboratif

bersama kliennya dan juga kebolehan memilih strategi atau pelbagai teknik – teknik

yang bersesuaian semasa melakukan intervensi.

6
4.0 KAJIAN KES

1.Latar Belakang Klien

A. Murid perempuan berumur 19 tahun , panggilan nama Jun .

B. Berasal dari kampung pedalaman

C.Tinggal dengan ibu, bapa saudara dan tiga adik ( satu lelaki/dua perempuan)

D.Bapa telah meninggal dunia dipatuk ular

E.Penolong ketua pengawas

F.Cantik , tinggi dan bersopan santun

G. Anak harapan keluarga

H .Guru akui rajin , bertanggungjawab dan berpotensi cemerlang dalam STPM

I .Cekap bersulam dan ambil tempahan

J .Bapa saudara kuat berjudi dan mengambil Ganja

2. Perkongsian dengan kaunselor

A. Rasa bimbang dan takut untuk menghadapi peperiksaan , sangat takut jika ia

mengecewakan ibu dan keluarga dan sering kali mengadu sakit perut dan kadangkal

sukar membuang air kecil .

B. Hilang fokus ketika membaca , menangis tanpa alasan , tertekan dengan harapan

tinggi ibu , mengalamun mengenangkan masa depan , takut keselematan adik-adik

jika dapat belajar jauh dari keluarga kelak dan bimbang ibu kerja kuat

C. Lebih membimbangkan kerana rakan murid lelaki inginkan jadikan teman

istimewa

D. Mengaku pernah dicabul oleh bapa saudara sewaktu tingkatan tingkatan 3

E. Bapa saudara mengugut akan cerita kepada kawan jika tidak menyerahkan wang.

7
5.0 PENDEKATAN INTEGRASI

1. Perkara yang digambarkan di dalam kes Jun ini bukanlah suatu kes yang terasing

dan jarang berlaku , malah ia merupakan satu kes yang agak sering berlaku atau

common di kawasan-kawasan pedalaman. Kejayaan anak sulung seolah-olah

menjadi suatu tanggungjawab yang diharapkan oleh berbagai-bagai pihak, di dalam

dan di luar lingkungkan keluarga. Harapan yang sebegini memang amat berat dan

memang boleh membuat seseorang menjadi takut dan bimbang, kalau-kalau

harapan ini tidak dapat dipenuhi dan dia pasti akan menghampakan harapan banyak

pihak.

2.Kebimbangan yang diharapkan ini menjadi lebih kompleks apabila wujud anasir

baru dalam hidupnya iaitu wujud jejaka yang meminatinya,sehingga ingin

menjadikannya seorang isteri . Jika kebimbangan pertama itu lebih menekankan

kebimbangan yang ia tak dapat memenuhi harapan banyak pihak,kebimbangan yang

kedua agak berbeza sedikit , Ia mungkin bimbang jika kisah dia dicabuli bapa

saudaranya itu terdedah. Jika ini berlaku , apa akan terjadi ?Mampu ia berhadapan

dengan jejaka yang melihatnya sebagai seorang bidadari, sedangkan ia bukan sesuci

itu ?

3. Jika selama ini kebimbangan yang dirasainya pada masa kini jarang

muncul,mungkin sering disupresikannya dengan kekuatan peribadinya, kerana ia

bersama ibu dan adik-adiknya.Jika berjauhan ,ia berasa suatu ketidakupayaan untuk

bertindak atau mengawal keadaan lagi. Kebimbangan seperti ini sering wujud dalam

kalangan anak sulung yang berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan ketua

keluarga.

4. Dengan adanya seorang lelaki yang bukan sahaja tidak boleh diharap, bahkan

boleh menjadi duri dalam daging, maka tidaklah anek jika Jun bimbang akan

8
keselamatan adik-adik perempuannya , sebab ia berasa tidak lagi ada orang lebih

dewasa untuk mengkontra tindakan buruk bapa saudaranya

5.Jika kita menghimpunkan kesemua kebimbangan dan kerisauan yang dialami oleh

Jun , maka tidak hairanlah jika ia mengalami kemurungan. Ia berasa dirinya seolah-

olah tidak berkuasa lagi untuk memberi perlindungan dan harapan kepada ibu dan

adik-adiknya. Jalan keluar dari semua tekanan ini tidak kelihatan kepadanya .

6.Pada saya Jun mempunyai kekuatan yang istimewa kerana tidak memperlihatkan

kebimbangan walaupun diugut oleh bapa saudaranya.Mungkin juga kerana ia

menurut peras ugut bapa saudaranya.

Bagaimana saya mengendali kes ini ?

1. Dalam pertemuan awal saya akan banyak menggunakan teori Pemusatan Klien ,

kerana saya yakin dengan tiga syarat yang diutarakan oleh Carls Rogers iaitu

ketulenan dan keikhlasan ( genuineness ), penerimaan tanpa syarat ( unconditional

positive regard) dan ketiga kefahaman empatik yang mendalam ( deep empathic ).

Saya akan menambah kepada syarat ini kemesraan , hormat dan kepercayaan .

Gabungan ciri-ciri ini bagi saya telah menghasilkan suatu perhubungan antara orang

yang sangat baik , kerana klien akan berasa dirinya berniilai dan dihargai. Juga

dapat dirasakan yang kaunselor memang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk

menolongnya. Jadi, sebagai klien ia akan bertindak balas dengan memberikan

kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya, kerana di akhir sesi nanti yang akan

mendapat faedah ialah dirinya sendiri, sedangkan kaunselor akan menjadi sebagai

cermin untuk ia melihat dirinya dan masalahnya. Bila ia sendiri dapat melihat

masalahnya maka mudahlah baginya untuk menyelesaikan masalah itu.

2. Di samping teori Pemusatan Klien , saya juga akan mengguna teori Realiti oleh

William Glasser , kerana teori ini meletakkan tanggungjawab klien untuk membantu

dirinya. Jun sebagai seorang yang pintar dan berdaya pemimpin akan berupaya

9
untuk mengenali masalahnya , dan akan tahu perkara yang ia ingini , dan perkara

yang harus dibuatnya. Dengan WDEP yang dianjurkan , saya akan mengenali

perkara yang sebenarnya Jun kehendaki, apa yang telah dilakukan atau arah yang

dituju, sama ada apa yang dilakukannya itu mendekatkannya kepada pencapaian

matlamatnya atau tidak dan seterusnya merancang pelan tindakan bersamanya.

Dalam merangka pelan ini juga , Jun mudah dipimpin oleh SAMIC yang dicadangkan

oleh Glasser iaitu S = Simple , A= Attainable , M = Measurable , I = Immediate dan

C= Control

3. Gabungan dua teori ini pun rasanya sudah cukup untuk membantu Jun , Namun

jika wujud dalam fikiran Jun idea-idea yang boleh dikategorikan sebagai tidak

rasional mengkiut takrif Albert Ellis saya akan mencabar dispute Jun sehingga

kepercayaan tidak rasional ini dapat dileburkan dengan menggunakan kaedah

santifik.

4. Jika perubahan memerlukan tingkah laku, saya akan menggunakan teori tingkah

laku yang dianjurkan oleh B.F Skinner , kerana konsep peneguhannya itu telah

berjaya membawa perubahan tingkah laku manusia, dan perubahan ini boleh pula

dikekalkan.

5. Sebagai kaunselor muslim saya akan menggunakan apa-apa jua ilmu berkaitan

dengan masalah Jun untuk memberi keyakinan dan kekuatan kepadanya untuk

kembali berhadapan dengan keadaan yang sedang menekan hidupnya. Antara saya

gunakan ialah solat- solat hajat khasnya , konsep redha , konsep takdir , doa serta

zikir untuk memberi kekuatan dan keyakinan kepada Jun agar ia dapat bangun

semula dengan kekuatan ilahi

10
6. Di akhir sesi ini , saya akan mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan

Jun , dan menyatakan kepadanya yang pintu pejabat sentiasa terbuka untuk Jun jika

perlu , Saya juga akan memberitahu Jun agar menghubungi saya melalui nombor

telefon bimbit yang telah saya berikan di awal sesi dulu jika ia perlu berbuat

demikian , bukan untuk mengalakkan pergantungan , tetapii untuk memberi

keyakinan kepadanya bahawa saya sedia membantu bila-bila masa pun mengikut

falsafah hidup saya yang berteraskan Altruisme. Sekianlah sahaja yang akan saya

lakukan.

6.0 PENUTUP

Terapi integrasi merupakan satu pendekatan yang bersifat individu dan personal .

Ini bermakna pendekatan tekniknya diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan

klien. Dengan penggunaan pendekatan ini , klien telah menunjukkan beberapa

perubahan dan keberkesanan dalam terapi integratif. Namun, walaupun klien

berjaya menunjukkan reaksi positif dan perubahan yang baik. Ia belum mampu

mengubah sepenuhnya terutamanya dari aspek perasaan . Hal ini kerana ,

perubahan klien tertumpu pada merasionalkan tingkah laku klien . Dengan

demikian , hasil kajian mengintegrasikan antara terapi realiti dan terapi tingkah laku

tidaklah dapat disesuaikan dengan semua jenis pengalaman manusia. Akhir sekali ,

saya berharap , agar model ini dapat diaplikasikan dengan baik pada situasi dan kes

yang bersesuaian.

11
7.0 RUJUKAN

Aplikasi Praktik Teori Kaunseling & Psikoterapi (Nor Shafrin Ahmad dan Rohany

Nasir) (2013)

(Abdul Moeis Abdul Halim ,2008) Kaunseling kelompok pendekatan integrasi

http://pro-counseling.blogspot.com/2008/03/kaunseling-kelompok-pendekatan.html

(Adan, 2017 ), Terapi Integratif

https://www.slideshare.net/adanzsmith/terapi-pendekatan-integratif

12

Anda mungkin juga menyukai