Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

1.0 Definisi Tamadun Dan Interaksi Antara Tamadun .................................................................... 1


2.0 Bahasa ............................................................................................................................................. 1
2.1 Tamadun Islam ........................................................................................................................... 1
2.2 Tamadun China .......................................................................................................................... 2
2.3 Tamadun India ............................................................................................................................ 2
3.0 Kesenian .......................................................................................................................................... 2
3.1 Tamadun Islam ........................................................................................................................... 2
3.2 Tamadun China .......................................................................................................................... 3
3.3 Tamadun India ............................................................................................................................ 3
4.0 Kesusasteraan ................................................................................................................................ 4
4.1 Tamadun Islam ........................................................................................................................... 4
4.2 Tamadun China .......................................................................................................................... 4
4.3 Tamadun India ............................................................................................................................ 4
5.0 Rumusan ......................................................................................................................................... 4
Rujukan ........................................................................................................................................................ 5

0
1.0 Definisi Tamadun Dan Interaksi Antara Tamadun
Tamadun didefinisikan oleh Ibn Khaldun dalam bukunya Al-Muqaddimah sebagai
‘umran yang membawa maksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap,
berkembang subur dan maju (Aziz, 2008). Pemahaman tamadun dalam bahasa Inggeris
pula dikaitkan dengan perkataan civilization yang diambil daripada bahasa Latin iaitu
civitas yang bermakna bandar, dimana ia selari dengan ciri tamadun dimana wujudnya
bandar di dalam sesebuah tamadun (Zaki, Hamzah dan Mad Aros, 2012). Kesimpulannya,
tamadun yang bermaksud kehidupan secara menetap di sesebuah kawasan,
bandar,wilayah atau kampung untuk didiami dan dibangunkan. Manakala interaksi antara
tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi antara individu, kelompok,
masyarakat dan negara. Interaksi boleh berlaku kerana tujuan tertentu dan secara tidak
langsung sama ada di peringkat perkongsian nilai, idea, institusi dan insan.
Kesimpulannya, pengalaman dan penerimaan daripada interaksi antara tamadun
memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamadun tersebut.

2.0 Bahasa
2.1 Tamadun Islam
Faktor interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu adalah
perdagangan dan penyebaran agama Islam. Hubungan perdagangan terjalin
kerana pedagang-pedagang Islam memerlukan barangan dari alam Melayu
seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya. Secara tidak langsung,
pendakwah agama dilakukan oleh para pedagang Islam khususnya ahli sufi di
laluan dan kawasan perdagangan semasa proses perdagangan (Rajendran,
1993). Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu
adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Hal ini kerana
bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa
yang dituturkan oleh masyarakat Melaka pada era Kesultanan Melayu Melaka
(1400-1511M). Oleh itu, bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa pengantar
di seluruh alam Melayu pada zaman tersebut sehingga Malaysia kini. Buktinya,
Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) telah memperuntukkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berperanan besar untuk menyatukan
seluruh rakyat Malaysia multi etnik (Tohar, 2013).

1
2.2 Tamadun China
Faktor interaksi antara tamadun China dan tamadun Malaysia adalah
perkahwinan dan perdagangan. Hal ini kerana orang Cina dari China berkahwin
dengan masyarakat Melayu dan melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu iaitu
Baba dan Nyonya. Kesannya, bahasa pertuturan dilahirkan dalam komuniti Baba
Nyonya yang dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Hal ini kerana dialek tersebut
mempunyai beberapa pinjaman bahasa Cina (Chee-Beng, 2000).
Manakala faktor perdagangan adalah tamadun China membawa teknologi
membuat gula dari tebu ke kepulauan Melayu, begitu juga dengan kemahiran
dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di
samping itu, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang
diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya (Ahmad, 1962). Sebagai kesannya, pengaruh bahasa pada istilah dan
perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu tersebut dan digunakan dalam
percakapan rakyat Malaysia kini.

2.3 Tamadun India


Faktor interaksi antara tamadun India dengan tamadun Malaysia adalah
perdagangan. Hal ini demikian kerana hasil kemajuan dalam teknologi perkapalan
tamadun India menggalakkan mereka untuk berdagang. Melaka pada zaman
kesultanan Melaka sebagai pusat perdagangan terpesat pada kurun ke-15 telah
menarik pedagang-pedagang India. Sebagai kesannya, bahasa Tamil
diperkenalkan oleh pedagang India melalui perkahwinan mereka dengan
penduduk tempatan. Hal ini berlaku proses peminjaman bahasa Melayu daripada
bahasa Sanskrit dan Tamil (Sulaiman, 2007). Contohnya, ‘Nagari’ dalam bahasa
Sanskrit dijadikan ‘Negeri’ dalam bahasa Melayu. Tegasnya, tamadun India
mendatangkan perkataan bahasa Tamil yang selalu digunakan hampir setiap hari
dalam kehidupan rakyat Malaysia.

3.0 Kesenian
3.1 Tamadun Islam
Penyebaran agama oleh pendakwah Islam kepada tamadun Melayu telah
menyumbang kepada kesenian dalam Malaysia. Pengaruh Islam dalam Malaysia
dilihat dari segi seni bina. Menurut Mokhtar (2011), negara kita terkenal dengan

2
keunikan bangunan awam seperti masjid, kuil dan sebagainya. Hal ini kerana
tamadun Islam terkenal dengan keunikan seni binanya yang mendapat perhatian
pelbagai pihak. Contohnya, Monumen Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di
Sepanyol. Manakala ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran di bangunan seperti istana
dan masjid negara kita telah membuktikan pengaruh Islam yang kuat di Malaysia.
Selain itu, tarian tradisional Melayu Ini telah membuktikan bahawa Islam telah
meresap ke negara kita dan mempengaruhi seni bina bangunan Malaysia.

3.2 Tamadun China


Faktor interaksi Tamadun China adalah perdagangan. Pedagang-
pedagang China menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Kerajaan Kedah
Tua, Lembah Bujang pada zaman Tamadun Melayu. Kedatangan Tamadun China
mendatangkan kesan dari aspek seni bina Malaysia. Buktinya, seni bina pagoda
diguna pakai dalam pembinaan menara Masjid Kampung Hulu Melaka yang paling
tua di Malaysia. Sumbangan Tamadun China juga dilihat dalam alat muzik
tradisional seperti ’Er Hu’ dan ’Pipa’ masih digunakan dalam orkestra Cina pada
zaman kini (Beng, 2011). Selain itu, seni lukis cina juga diwarisi sehingga zaman
sekarang.

3.3 Tamadun India


Faktor perdagangan antara Tamadun India dan Melayu telah
menyumbangkan seni muzik dan tarian ke Malaysia. Contoh alat muzik seperti
Sitar dan Veena manakala tarian seperti Bharata Natyam dan tarian Khatak masih
diwarisi pada zaman kini. Kelembutan dan lenggok badan dalam tarian India telah
menjadi daya darikan kaum India di Malaysia. Dalam aspek seni drama, filem dan
drama Tamil yang berkonsepkan amalan Tamadun India juga sering ditayangkan
di Malaysia. Sumbangan Tamadun India dalam seni bina Malaysia dapat dilihat
dalam struktur seni binaan kuil dan candi di Malaysia yang mempunyai patung,
tiang berukur dan seni pahat.

3
4.0 Kesusasteraan
4.1 Tamadun Islam
Penyebaran agama Islam oleh orang Parsi telah memperkenalkan sistem
tulisan Jawi dan bahasa Melayu klasik lisan di Kepulauan Melayu. Melalui sistem
tulisan ini, puisi, sajak dan hikayat-hikayat telah dihasilkan dan karya-karya ini
telah diwarisi sehingga zaman sekarang untuk tujuan pendidikan. Contohnya,
Syair Nasihat dan Hikayat Awang Si Ambok telah diterapkan dalam kurikulum
mata pelajaran Bahasa Melayu untuk memupuk semangat membaca di jiwa
pelajar (Sujud, 2001).

4.2 Tamadun China


Interaksi Tamadun China antara Tamadun Melayu telah menyumbang
kepada kesusasteraan di Malaysia. Tulisan China dikenali sebagai Hanzi
diperkenalkan di Malaysia dan diguna pakai sehingga zaman kini. Karya-karya
kesusasteraan seperti puisi dan prosa ’Shi Jing’ telah dikekalkan dan diterapkan
ke dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Cina dalam pendidikan hari ini. Selain
itu, tulisan Han juga menyumbangkan kaligrafi dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Hal ini dibuktikan dengan tulisan kaligrafi seperti ’Kaishu’ yang masih
kekal pada masa kini dalam kurikulum subjek Bahasa Cina.

4.3 Tamadun India


Tamadun India telah mendatangkan sumbangan dalam bidang
kesusasteraan di Malaysia (Siti Hajar Che Man, 2005). Tulisan Tamil telah
diperkenalkan oleh pedagang-pedagang India semasa interaksi antara Tamadun
India dan Tamadun Melayu. Kebanyakan epik dan mitos India telah diadaptasi
dalam kesusasteraan Melayu sejak kedatangan Tamadun India. Contohnya,
Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima digubah berasaskan Epik
Ramayana dan Mahabrata. Karya-karya kesusasteraan tersebut masih digunakan
oleh generasi sekarang untuk tujuan pendidikan.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, tamadun awal seperti Cina, Islam dan Hindu jelas mempengaruhi
budaya dan cara hidup masyarakat kita terutamanya dari segi bahasa dan seni bina. Kita
seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana terdiri daripada etnik yang berbilang
kaum dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

4
Rujukan

Ahmad Zaki Abd Latif, A. H. (2012). Tamadun Islam dan tamadun asia(TITAS). Selangor: Oxford
Fajar.

Ahmad, Z. A. (1962). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz, U. A. (2008, Oktober 17). Definisi Tamadun Islam. Retrieved from


http://ctu551.blogspot.com/2008/04/definisi-tamadun-islam.html

Beng, T. S. (2011). Huayue Tuan di Malaysia. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu , 130-
150.

Chee-Beng, L. K. (2000). The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford University Press.

Mokhtar, A. A. (2011, Oktober 12). Kelahiran tamadun Islam. Retrieved from


http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/kelahiran-tamadun-islam- dan.html

Rajendran, M. (1993). Sejarah Islam. Petaling Jaya: IBS Buku.

Siti Hajar Che Man, A. A. (2005). Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Sujud, A. R. (2001). Intergrasi Media:Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

Sulaiman, Z. M. (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan bahasa dalam
Tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Bil. 8.

Tohar, S. N. (2013). Cabaran dan Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Peradaban
Malaysia. Fourth PPSPP International Conference.

Anda mungkin juga menyukai