Anda di halaman 1dari 6

Aktiviti 1

1. Berikan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Barat.


Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun didefinisikan sebagai system sosial yang
menolong manusia dalam meningkatkan taraf kedudukan kebudayaan. Tamadun juga
didefinisikan sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang dalam kota dan satu
kumpulan pemikiran daripada berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu
gaya kebudayaan degan obligasi yang membentuk institusi politik, kesusasteraan agama
dan moral.

2. Berikan maksud tamadun menurut bahasa Cina.


Menurut Bahasa Cina, tamadun didefinisikan sebagai “wen ming” yang bererti cerah,
terang atau bercahaya yang merujuk kepada peradaban.
Aktiviti 2

1. Apa beza ilmu ketamadunan dan sejarah ?


Ilmu ketamadunan mengenai teori, konsep asas, ciri dan sifat tamadun secara konseptual,
teoretikal serta abstrak manakala sejarah merujuk pengalaman yang dilalui oleh sesuatu
tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran. Ilmu
ketamadunan tidak terikat kepada batasan masa atau zaman tetapi sejarah dibatasi oleh
factor masa.
Aktiviti 3

1. Pada pendapat anda, adakah manusia yang hidup pada tahap awal dan kelahiran
( Paleoliti / Mesolitik / Neolitik) adalah manusia yang tidak bertamadun?
Pada pendapat saya, manusia yang hidup pada tahap awal dan kelahiran merupakan
manusia yang bertamadun kerana mereka mempunyai budaya-budaya yang istimewa.
Pada zaman Neolitik, tembikar telah muncul dan hal ini melambangkan zaman semakin
maju sejak zaman Paleotik.
Aktiviti 4

1. Berikan TIGA (3) contoh interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India dan
Tamadun Cina
Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina
- Warisan Cina-Melayu Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya
- Berlaku sejak zmn kesultanan Melayu Melaka
- 1405, Parameswara dianugerahkan alat kebesaran spt cap mohor, pakaian sutera dan
sekaki payung kuning

Tamadun Melayu dengan Tamadun India

- Bermula seawal abad ke-3 SM


- Bermula bila para pedagang Melayu berlayar menyeberangi Teluk Bengal utk
mencari barang dagangan.
- Bahan bertulis lama dari India membuktikan bahawa ‘malayadvipa’ atau
Semenanjung Melayu yang menunjukkan interaksi terus berlaku selepas itu.
Tutorial

a) Pilih TIGA (3) aspek interaksi sejarah dalam konteks Malaysia.


- Bahasa
- Kesenian
- Kebudayaan
b) Kemudian, berdasarkan aspek-aspek yang dipilih, kenalpasti interaksi yang berlaku
antara Malaysia dengan tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Islam.
i) Bahasa (Tamadun India)
Percampuran Bahasa Sanskrit dan Tamil dalam Bahasa Melayu.
Contohnya,

Bhasa Bahasa
arthah Harta
Bhakti Bakti
Bhudi Budi
Arghah harga

Bahasa (Tamadun Cina)


Dari segi permainan, contoh-contoh diberikan seperti congkak dan mahjong.

ii) Kesenian (Tamadun India)


Seni binaan seperti masjid India, semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang
Esa.

Kesenian (Tamadun Cina)


Senibina Cina dalam pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling, Masjid
Tengkera – seperti pagoda.

iii) Kebudayaan (Tamadun India)


Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam
masyarakat Melayu – amalan jampi dan mentera
Kebudayaan (Tamadun Cina)
Budaya Baba-Nyonya. Pada tahun 1613, komuniti China menetap di Melaka dan
mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan warisan peranakan dikenali
sebagai Baba atau Nyonya. Oleh itu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar.

Anda mungkin juga menyukai