Anda di halaman 1dari 59

Nilai-nilai universal antara tamadun

Persamaan dan perbezaan


Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian, dan kesusasteraan)

DEFINISI INTERAKSI

Menurut kamus dewan (1994):

Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak

MAKSUD UMUM: PERTEMUAN, PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI ANTARA:

Individu dan individu Individu dan masyarakat Masyarakat dan masyarakat

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara melibatkan antaranya idea, nilai, material, institusi dan insan

PENDAHULUAN
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahsa dan kebudayaan antara satu sama lain.

Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik
Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun kesan yang negatif (cth: perang salib dan gerakan imperialisme) kesan positif (penemuan Sains dalam tamadun barat apalabila menyedari kepentingan ilmu setelah berperang dengan Islam)

Melayu

India

Interaksi antara tamadun

China

Jepun

INTERAKSI TAMADUN CHINA DAN TAMADUN INDIA

FAKTOR INTERAKSI
DARI INDIA
Berlaku akibat kacau-bilau di india Mencari penempatan di seberang laut Zaman asoka pada abad ke-3 SM dikatakan bermulanya perpindahan tersebut

Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang saluran interaksi Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan-kesan:
1.Penyebaran Agama Buddha
Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Taoisme & Konfusianisme

Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi


Dari China: pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas

Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
Dari India: teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina sistem kalendar lunar Cina yang baru Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian


Dari India: Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme Kitab Buddha membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cinaperbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India : pipa dan konghou

Pipa

Konghou

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA

Bermula seawal abad ke-3 SM Bahan bertulis dari India

ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) - Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas - Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan-kesan:
1.Penyebaran Agama
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2. SISTEM PEMERINTAHAN
konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan Upacara pertabalan: mengekalkan status tinggi Raja

3. STRUKTUR MASYARAKAT
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu

4. ADAT RESAM DAN BUDAYA


Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu: amalan jampi & mentera Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi

Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5. BAHASA
Pengaruh bahasa Sanskit Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu

Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila

6. KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA

Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China

Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese

Kesan-kesan:
1.Penyebaran Agama
Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. WARISAN CINA PERANAKAN


Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan Pakaian kebaya dan kain sarong

3. KEBUDAYAAN
Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

4. PERUBATAN DAN TEKNOLOGI


Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang

Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina ataupun green tea
Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

INTERAKSI TAMADUN CHINA DAN TAMADUN JEPUN

Berlaku secara aman


Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun

Dari segi agama dan tulisan:


agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.

Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.


Struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.

Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
sistem pemerintahan berpusat

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun

Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian.

Menekankan aspek kemanusiaan


Mementingkan institusi kekeluargaan

Beretika dalam aspek kehidupan


Kepimpinan yang berteraskan keadilan dan

kebijaksanaan
Menghargai alam sekitar

SEMUA TAMADUN BERASASKAN KEPADA KETUHANAN DAN KEROHANIAN.


Ini mambantu memantapkan lagi struktur sosial dan intelektual sesebuah tamadun. Semua tamadun Asia menjunjung tinggi doktrin keagamaan yang juga penyumbang kepada wujudnya kebudayaan dan sains. Contohnya dalam Tamadun China yang percaya kepada Tuhan walaupun mempunyai pelbagai aliran anutan seperti Konfucius, Taoisme dan Buddhisme. Mereka juga mempunyai satu konsep iaitu tian yang bermaksud langit yang merujuk kepada dewa yang terpenting. Konsep ini berasaskan yang baik dibalasbaik, yang jahat dibalas jahat. Maka, mereka berusaha mengawal tingkahlaku untuk mengelakkanbalasandaripadatian.

MEMENTINGKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DAN ASPEK KEMANUSIAAN


Dalam Islam, menjaga akhlak antara sesama manusia termasuklah ibu bapa, guru, kawan, jiran sesama Islam dan bukan Islam serta musuh Islam adalah ditekankan. Dalam aspek pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan lima hak asasi manusia terlaksana yang meliputi hak beragama, menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa, harta benda dan maruah diri.

BERETIKA DALAM ASPEK KEHIDUPAN


Dalam Tamadun China, terdapat konsep Dao dan pemikiran tentang Li. Konfusius menekankan peraturan berasaskan kepada perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan perhubungan politik. Selain itu, konsep zhong yong juga dititikberatkan oleh Konfusius yang mahukan kesederhanaan dan tidak menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian

KEPIMPINAN YANG BERTERASKAN KEADILAN DAN KEBIJAKSANAAN


Interaksi tamadun juga mementingkan kebijaksanaan pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskan pemimpin adalah khalifah di muka bumi. Islam menggunskan sistem berpolitik seperti tauhid, risalah dan khilafah. Dalam politik, prinsip yang ditekankan ialah keadilan, kesamaan, syura dan akuauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasulNya selain daripada ijtihad dan ijma ulama.

MENGHARGAI ALAM SEKITAR


Nilai menghargai alam sekitar juga terdapat dalam semua tamadun di Asia. Dalam ajaran Tao, alam dianggap sebagai ibu atau dao. Dalam Buddhisme dan Shinto pula, hubungan manusia dan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui yang menegaskan manusia dan alam saling memerlukan.

Institusi keluarga
Tamadun Islam

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.

Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.
Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam

Tamadun China

Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.


Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa. Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia: a) hubungan maharaja dengan rakyat b) hubungan bapa dengan anak c) hubungan abang dengan adik d) hubungan suami dengan isteri e) hubungan kawan dengan kawan Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

Tamadun India
Unit penting dalam tamadun India. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

Komuniti
Tamadun Islam Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Asas hubungan individu dalam Islam: a) ikatan kekerabatan b) persamaan agama c) ikatan kemanusiaan

Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.
Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan. Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

Tamadun China Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina - kuasa lelaki dan bapa. Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

Tamadun India
Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat. Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta. Penentuan kasta seseorang adalah secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut. Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti. Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.

Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

BUDAYA
Persamaan Perbezaan Budaya makan Dalam tamadun islam ada Masyarakat tamadun Islam, konsep halal dan haram. China, dan India (dilarang makan daging menjadikan gandum sebagai khinzir dan arak) makanan ruji mereka. Tamadun India, penganut Hal ini berlaku apabila agama Hindu dilarang makan setiap tamadun terpaksa daging lembu menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.

AGAMA
Persamaan Semua agama menekankan konsep ketuhanan Cth: agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme Semua agama mempunyai doktrin & amalan-amalan tertentu Yahudi, Kristian dan Islambeberapa aspek-aspek tertentu sama seperti konsep syurga, neraka, hari pembalasan dsb Konsep Buddhihisme sama dengan Hinduisme- kelahiran semula & karma Perbezaan Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia Bagi agama Hindu (tamadun india), mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva Agama adalah sebahagian kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga dicorak oleh perubahan

KEPERCAYAAN SELEPAS MATI


Persamaan Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual kepercayaan tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan manusia dan pelbagai aspek lainnya Perbezaan Agama Hindu, reinkarnasi bermaksud seseorang akan menjelma semula selepas kematian kehidupan>sengsara; kelahiran semula>kesengsaraan dikenali sbg Samsara Berharap terlepas dr reinkarnasi dengan capai tahap mokhsya Ajaran Buddha untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran Samsara dan mencapai Nirwana dengan cara Empat Kebenaran Utama

PERATURAN HIDUP BERMASYARAKAT


Persamaan Perbezaan

Setiap tamadun menyatakan bahawa untuk menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal

Tamadun Islam bersumberkan wahyu dalam bentuk Al-Quran dan Al-Sunnah Tamadun China berasaskan falsafah Kung Fu Tze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha Tamdun Melayu, org Melayu memiliki peraturan hidup bermasyrakat yang disebut hukum adat atau sistem nilai Melayu

KEKELUARGAAN & KEMASYARAKATAN


Persamaan Perbezaan Semua tamadun menekankan pembinaan Ajaran agama-agama lain etika dan nilai yang baik menyeru untuk Agama Confucius letak 5 hubungan asas mewujudkan suasna dengan manuusia :Anak patuh pada ibu harmoni dalam hubungan bapa, adik patuh pada abang, isteri patuh kekeluargaan dan pada suami, murid patujh kepada guru, masyarakat seperti rakyat patuh kepada raja Confusius sedangkan Islam, pentingkan kekeluargaanagama Islam berdasarkan Al-Quran-hubungan anak dan matlamatnya lebih jauh ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab lagi iaitu untuk mendapat Tamadun India, pembinaan keluarga keredhaan & keberkatan mempunyai matlamat untuk membentuk Allah s.w.t sistem sokongan yang bebentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan

EKONOMI
Persamaan Setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan Perbezaaan Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya.Contohnya, haram mengambil riba. Tetapi kung fu tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah kerana menindas golongan lain

PERSAMAAN ALAM SEKITAR


Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik

ALAM SEKITAR
Persamaan Confusius alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan Masyarakat Jepun tradisional unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan kami Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia

PERBEZAAN SENI BINA (INDIA-CHINA)


TAMADUN INDIA Berkembang berunsurkan keagamaan iaitu berteraskan agama Hindu dan Buddha Cth: kuil di Gua Ajanta, kuil di Gua Ellora Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda TAMADUN CHINA Terdapat pelbagai jenis tembok, pintu gerbang dan jambatan. Cth: Tembok Besar Cina, Pagoda, Kota Larangan

PERBEZAAN BAHASA & KESUSASTERAAN (INDIA-CHINA)


TAMADUN INDIA Masyarakat Dravidia, bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada Masyarakat Indo-Arya, bahasanya adalah Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri, bahasa dasar: bahasa Sanskrit Dua epik terkenal: Mahabharata dan Ramayana TAMADUN CHINA Wujud tujuh dialek utama: mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, hakka, Kantonis dan Fukien Tokoh (puisi): Tu Fu, Li Po, Po Chu Sastera China meliputi sajak dan cerpen

Disediakan oleh:
Ooi Kim Chia Yeoh Mian Ci

PISMP SEM 1 PC2

Anda mungkin juga menyukai