Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/343181501

Terapi Bermain Untuk Mengatasi Permasalahan Pada Anak

Article  in  International Journal of Play Therapy · July 2020

CITATIONS READS

0 2,573

1 author:

Mohd Firdaus
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd Firdaus on 24 July 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TEKNIK TERAPEUTIK DENGAN KANAK-KANAK (PA31003)

Tugasan Individu : Terapi Bermain Untuk Mengatasi Permasalahan Pada Kanak-kanak

NAMA : MOHD FIRDAUS BIN MOHD ASLIE


NOMBOR MATRIKS : YR20171043
NAMA PENSYARAH : DR. NOOR HASSLINE BTE. MOHAMED
Kandungan
Abstrak ...................................................................................................................... 3
Pengenalan ................................................................................................................ 3
Terapi Bermain .......................................................................................................... 3
Pengertian ................................................................................................................ 3
Model Terapi Bermain ................................................................................................ 4
Kepentingan Terapi Bermain .................................................................................... 5
Tahap dan Jenis Permainan ...................................................................................... 5
Teknik Terapi Bermain .............................................................................................. 7
Proses Terapeutik Bermain ....................................................................................... 8
Karakteristik Terapis Untuk Terapi Bermain ............................................................ 9
Kesimpulan ...............................................................................................................10
Rujukan ....................................................................................................................10

2
Abstrak
Bermain adalah aktiviti utama untuk kanak-kanak. Bermain untuk kanak-kanak adalah
medium pembelajaran dan aktiviti yang memudahkan pertumbuhan dan pembangunan.
Dengan bermain kanak-kanak mengenal kekuatan dan kelemahan mereka. Walaupun kanak-
kanak sakit, bermain aktiviti tetap menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, ia mungkin
alat pembelajaran. Banyak aspek yang dapat diasah semasa bermain seperti motor kasar,
motor halus, bahasa, sosial dan kognitif. Terapi bermain adalah kaedah terapeutik yang
menggunakan permainan sebagai alat dalam keadaan yang telah disediakan untuk membantu
kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka, seperti gembira, sedih, marah, dendam,
tertekan atau emosi lain. Justeru itu, melalui terapi ini masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak dapat diselesaikan dengan mudah dan tidak membahayakan untuk anak-anak.

Pengenalan
Pada abad ke 20, memberikan penekanan kepada zaman kanak-kanak adalah sangat penting.
Oleh kerana mereka dilihat sebagai pilihan kepada keluarga, maka zaman kanak-kanak
dianggap sebagai tahap penting di mana ibu bapa, guru, komuniti dan masyarakat seluruhnya
perlu menjaga kepentingan mereka dan melayan mereka sebaik mungkin. Terkeluarnya
kanak-kanak daripada tenaga buruh menyebabkan mereka mempunyai banyak masa untuk
belajar dan bermain dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Malah bermain dilihat seperti
sebahagian daripada pembelajaran yang penting. Ahli psikologi seperti Vygotsky berpendapat
bahawa bermain dapat membantu perkembangan keperibadian kanak-kanak. Melalui aktiviti
tersebut kanak-kanak dapat mengembangkan kendiri, melatih mereka bersabar,
bertolakansur, bekerjasama dan bantu membantu malah yakin diri mereka sendiri (Santrock,
2004).
Namun begitu, perubahan yang berlaku dalam kehidupan hari ini menyebabkan pola
bermain kanak-kanak telah turut berubah iaitu daripada bermain dengan kawan-kawan dalam
kumpulan di luar rumah kepada bermain secara bersendirian di hadapan layar di dalam rumah.
Perubahan ini mempunyai kaitan dengan perubahan persekitaran akibat perkembangan
teknologi yang sangat pesat dalam masyarakat. Ada di antara dapatan kajian menunjukkan
perubahan itu boleh dikaitkan dengan kemerosotan taraf kesihatan dan kesejahteraan kanak-
kanak. Laporan-laporan perubatan memperlihatkan bilangan kanak-kanak yang obes dan
mengidap diabetes semakin meningkat dan insiden ini kerap dikaitkan dengan aktiviti fizikal
yang semakin kurang akibat perubahan pola bermain dan aktiviti masa lapang.
Justeru itu, artikel ini akan dimulakan dengan pengertian terapi bermain dan tujuan
terapi bermain dilakukan kepada anak-anak. Beberapa alatan bermain turut akan
dibincangkan dan teknik-teknik terapi bermain yang sepatutnya digunakan oleh penjaga
mahupun pendidik, proses terapeutik bermain dan karakteristik terapis untuk terapi bermain.

Terapi Bermain
Pengertian
Terapi bermain digunakan sebagai psikoterapi bagi membantu mereka yang mengalami
masalah trauma, keresahan dan masalah mental. Terapi bermain adalah satu cara kanak-
kanak meluahkan perasaan mereka dan mencari mekanisme yang dapat membantunya.
Menurut Landreth (2001), beliau berpendapat bahwa bermain sebagai terapi merupakan salah
satu alat yang digunakan dalam membantu anak mengatasi masalahnya. Hal ini kerana, bagi
anak bermain adalah simbol verbal. Terapi bermain dapat dilakukan di dalam ataupun di luar
kawasan sesuatu ruang. Terapi yang dilakukan di dalam ruangan sebaiknya dipersiapkan
dengan baik terutama dengan alat-alat permainan yang akan digunakan.

3
Oleh sebab itu dapat disimpulkan bahawa terapi bermain adalah terapi telah
disediakan untuk membantu kanak-kanak mengekspresikan perasaan mereka, seperti
gembira, sedih, marah, dendam, tertekan atau emosi lain.

Model Terapi Bermain


Model terapi bermain telah diperkenalkan oleh beberapa orang ahli psikologi terdahulu.
Antaranya adalah seperti berikut;
1. Model Adlerian
Model ini menggunakan asas teori Psikologi Individu Adler, dengan dasar falsafah
bahawa kehidupan sosial perlu dimiliki, tingkah laku adalah matlamat, melihat
kehidupan secara subjektif dan kehidupan adalah sesuatu yang istimewa dan kreatif.
Model ini digunakan kepada kanak-kanak dalam berinteraksi sosial dan kepercayaan
yang salah dalam gaya hidup mereka.

2. Model Terapi Clienr-Centered


Teori yang dipelopori oleh Carl Rogers, yang berpendapat motivasi dalaman kanak-
kanak memupuk pertumbuhan dan realisasi diri. Terapi bermain dengan pendekatan
Client Centered Non Directive (terapi berpusatkan kanak-kanak secara tidak langsung),
sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami ketidaksesuaian antara peristiwa hidup
dengan diri mereka sendiri.

3. Model Kognitif-Tingkah laku


Model ini berpendapat bahawa kanak-kanak mempunyai pemikiran dan perasaan yang
sama seperti orang dewasa, yang ditentukan oleh bagaimana kanak-kanak berfikir
tentang diri mereka dan dunia mereka. Model ini digunakan untuk mengendalikan
kanak-kanak dengan keyakinan yang tidak rasional yang membawa mereka keluar dari
tingkah laku maladaptif.

4. Model Ekosistemik
Asas yang digunakan adalah teori terapi realiti, yang berpendapat bahawa berada
dalam interaksi dengan alam sekitar dapat mempengaruhi perkembangan.

5. Model Eksistensialisme
Mempunyai pandangan bahawa kanak-kanak adalah manusia yang berguna, unik,
ekspresi diri dan membantu diri sendiri memupuk realisasi diri. Pendekatan ini
berkaitan dengan kanak-kanak yang mengalami kesulitan untuk berkembang
mengikut keunikan mereka sehingga mengalami penolakan dalam menjalinkan
hubungan dengan teman-teman mereka.

6. Model Gestalt
Pendekatan ini adalah untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kesukaran
berkembang secara semula jadi, kanak-kanak cuba memenuhi keperluan dengan cara
yang luar biasa dan mengalami pengalaman kecederaan sama ada secara fizikal
mahupun psikologi.

7. Model Jungain
Pendekatan ini biasanya digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami
ketidakseimbangan psikologi, ego tidak boleh memeterai antara dunia luar dan dalam
dirinya sendiri.

4
8. Model Psikoanalitik
Pendekatan ini menggunakan teori psikoanalitik tradisional, yang mempunyai asas
falsafah tentang kanak-kanak yang mempunyai ketakutan, memerlukan rasa aman,
cuba mengaitkan dengan tuntutan alam sekitar. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-
kanak yang mengalami konflik dalaman, kebimbangan, penindasan, halangan
perkembangan dan agresif.

Kepentingan Terapi Bermain


Bermain penting kepada kanak-kanak kerana melalui aktiviti tersebut mereka belajar
mengenal persekitaran sosial dan fizikalnya malah dapat memberi peluang kepada mereka
untuk menguasai kemahiran baru di samping memperkembangkan konsep dan pengalaman.
Bermain juga boleh menggalakkan pengetahuan yang perlu untuk dikaitkan dengan cabaran
yang bakal dihadapi secara efektif apabila mereka bersekolah kemudian nanti. Melalui bermain
anak-anak dapat melihat diri mereka sendiri sebagai “pelajar” kerana semasa bermain mereka
biasanya akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan hubungan sosial, menggerakkan
proses intelektual, dan mengawal atau menyesuaikan dengan emosi dan memperoleh serta
mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Justeru bermain adalah urusan yang
serius kepada kanak-kanak kerana aktiviti tersebut juga membantu mereka
memperkembangkan sikap yang positif dalam pembelajaran.
Selain itu, ahli-ahli teori psikologi terkemuka seperti Freud dan Erikson mendapati
bermain membantu kanak-kanak mengatasi kebimbangan dan konflik dalam kehidupan
seharian dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perhargaan kendiri (Santrock 2004).
Menurut Katz (1993), apabila kanak-kanak berada dalam kumpulan dan berfungsi sebagai ahli
kumpulan yang berkesan, penghargaan kendiri kanak-kanak akan meningkat. Aktiviti bermain
secara tidak langsung membantu kanak-kanak bersosial dengan ahli kumpulan iaitu apabila
mereka diterima dan menerima rakan-rakan dalam kumpulan. Rubin dan Clark (1983) pula
mendapati kanak-kanak yang terlibat dengan permainan sosial lebih rapat (attached) dengan
rakan-rakan dan ibu bapa berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dengan permainan
sosial.
Selain daripada pandangan pengkaji-pengkaji barat, tokoh psikologi Islam iaitu al-
Ghazali juga menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain. Bermain
penting menurut al-Ghazali (1988) kerana ia berupaya merehatkan fizikal dan minda daripada
keletihan yang dialami di sekolah. Menurutnya lagi, sekiranya kanak-kanak dilarang bermain
dan hanya dipaksa belajar, ini akan mematikan hatinya, melemahkan otaknya dan
kecerdasannya akan terjejas. Kanak-kanak akan merasa terkongkong, bosan dengan aktiviti
harian yang sama dan terbatas sehingga menyebabkan mereka memberi alasan yang tidak
wajar untuk melepaskan diri dari keadaan ini. Akibatnya, motivasi untuk belajar semakin
berkurang dan kecenderungan menuntut ilmu pengetahuan yang diwajibkan dalam Islam
akan diabaikan.
Kesimpulannya, dengan bermain kanak-kanak dapat menggunakan lima deria,
bergerak, berfikir, berkomunikasi, eksperimen atau uji kaji, membuat andaian dan keputusan,
meluahkan perasaan marah, geram dan gembira, berinteraksi dengan persekitaran dan
kematangan bersosial (Nani Menon, 2007).

Tahap dan Jenis Permainan


Menurut Nurulhuda (2017) permainan boleh dikategorikan kepada lima jenis permainan
mengikut tahap umur kanak-kanak, iaitu seperti dalam jadual berikut;
Umur Jenis Permainan Huraian

5
0 – 2 tahun Permainan Solitari / Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri.
Individu Contoh: 0 – 6 bulan :
• Memasukan barang ke mulut.
• Mencapai, mengutip dan mengenggam
mengunakan tangan.
• Bermain sendiri mengunakan permainan
seperti rattle.
6 – 12 bulan :
• Melihat dan meniru.
• Pergerakan mengulang seperti menepuk
tangan, membuang permainan.
• Suka permainan mudah peek –a- boo.
• Meneroka permainan mengunakan tangan
dan mulut.
12 – 18 bulan:
• Mengetuk dua barang / objek dan
mengenalpasti bunyi.
• Mengulang perbuatan
• Bermain dan bercakap seorang
18 – 2 tahun:
• Belajar mencuba dan melakukan kesalahan
• Meniru gaya permainan kanak-kanak lain
atau orang dewasa
• Melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak
mengambil bahagian
• Suka bermain dengan orang dewasa.
• Suka permainan yang berulang seperti
meletak dan mengeluarkan objek serta
menselerakan.
2 – 2.5 Permainan Spectator Situasi dimana kanak-kanak menonton atau melihat
Tahun kanak-kanak lain bermain.
2.5 – 3 Permainan Selari Situasi dimana kanak-kanak bemain bersebelahan
Tahun atau dalam kumpulan yang sama dengan
mengunakan permainan yang sama tetapi tidak
berinteraksi antara satu sama lain.
3 – 4 Tahun Permainan Asosiatif/ Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan
Perkongsian mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa
bermain. Contoh:
• Mengenal pasti bentuk, huruf dan warna
• Cuba menyelesaikan jigsaw puzzle yang
mudah.
• Bermain bersama kanak-kanak lain.
• Suka bertanya dan mendapatkan kepastian
seperti kenapa dan bagaimana.
4 – 6 Tahun Permainan Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil
Kerjasama bahagian dalam permainan, berkongsi,
berkerjasama, berunding dan membuat keputusan
dalam pemilihan permainan. Contoh:
• Belajar menggunakan dan mempelajari
penggunaan simbul dalam penulisan dan
bacaan.

6
• Menunjukkan kefahaman berdasarkan
pengalaman yang dialami.
• Faham arahan dan undang-undang mudah
dalam permainan.
• Menunjukan sikap kerjasama, menunggu
giliran dan gembira dalam permainan.

Teknik Terapi Bermain


1. Permainan anak patung
Anak patung menyediakan cara yang tidak membahayakan untuk kanak-kanak bermain di
luar pemikiran dan perasaan mereka. Semasa bermain dengan boneka, kanak-kanak
melakukan perkara seperti mengenalpasti diri dengan anak patung, memproses perasaan
sendiri dalam bentuk permainan dan memindahkan konflik dalam bentuk permainan. Selain
itu, dalam permainan anak patung, ahli terapi mendapat maklumat mengenai pandangan
fikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-kanak.
2. Permainan anak patung wayang
Pergerakan wayang atau boneka membolehkan anak-anak menceritakan cerita-cerita yang
kaya dalam bentuk simbol dan mewujudkan fantasi mereka. Faedah permainan boneka seperti
melalui pergerakan anak patung, kanak-kanak boleh menghadapi fikiran dan perasaan yang
sukar bagi mereka, kanak-kanak dapat berinteraksi dan menyatakan perasaan dan kemarahan
mereka yang tidak dapat diungkapkan atau diperjelaskan dalam situasi yang nyata. Dalam
pada itu, anak-kanak juga boleh membuat watak-watak yang tidak dapat mereka nyatakan.
Bermain dengan anak patung boleh menjadi aktiviti kumpulan yang menarik dan boleh
digunakan dengan kumpulan kanak-kanak yang lebih besar atau lebih kecil, terutamanya
dalam persekitaran sekolah. Dengan bermain anak patung dalam kumpulan, kanak-kanak
dapat menghargai pandangan masing-masing, menyelesaikan masalah dan meningkatkan
kemahiran sosial.
3. Bercerita
Secara psikologi membaca atau menceritakan cerita adalah salah satu bentuk permainan yang
paling sihat. Kebanyakan anak kecil lebih suka cerita tentang manusia dan haiwan yang
mereka tahu. Di samping itu, kerana kanak-kanak kecil cenderung egosentrik, mereka suka
cerita yang berkaitan pada diri mereka sendiri. Pada mulanya kanak-kanak lebih suka cerita-
cerita yang berbentuk khayalan atau fantasi yang tidak menentu dan apbila perkembangan
kecerdasan dan pengalaman kanak-kanak semakin berkembang, anak-anak akan lebih suka
cerita realistik dan minat mereka beralih kepada kisah pengembaraan, keganasan,
kemewahan dan cinta serta pendidikan. Menggambarkan cerita memberikan cara yang
menyeronokkan untuk meningkatkan hubungan dan belajar tentang kanak-kanak. Apabila
kanak-kanak menceritakan kisah mereka, mereka menyampaikan maklumat penting
mengenai diri mereka dan keluarga mereka sambil belajar untuk menyatakan dan menguasai
perasaan mereka. Dengan mendengar cerita kanak-kanak, ahli terapi lebih dapat memahami
pertahanan diri kanak-kanak, konflik kanak-kanak dan dinamika keluarga kanak-kanak itu.
Dalam menganalisis kisah kanak-kanak, ahli terapi perlu mencari tema berulang yang dapat
memberikan kunci penting mengenai perasaan. Ahli terapi mesti sangat akrab dan mahir
dalam mentafsirkan komunikasi kanak-kanak. Semua ini bergantung pada kemahiran dan
pertimbangan terapis.
4. Bermain

7
Bermain semasa zaman kanak-kanak mempunyai ciri yang berbeza berbanding permainan
remaja dan orang dewasa. Permainan kanak-kanak berlaku secara spontan dan tidak formal.
Secara beransur-ansur bermain menjadi lebih formal. Dengan perkembangan keupayaan
berfikir kanak-kanak, mereka mula mengembangkan permainan dengan peraturan.
Permainan individu dan kumpulan membantu kanak-kanak belajar bagaimana untuk
membahagikan kumpulan dan bermain mengikut peraturan. Permainan mengajar kanak-
kanak tentang disiplin diri dan belajar untuk menang dan menerima kalah. Permainan yang
digunakan untuk terapi bermain boleh dimainkan secara individu atau dalam kumpulan.
5. Bermain pasir
Kanak-kanak suka bermain pasir. Dengan terapi bermain menggunakan pasir kanak-kanak
diberi keseronokan, berehat dan merupakan medium terapeutik. Walaupun di dalam bilik
permainan kanak-kanak bebas bermain di pasir dan banyak menggunakan alatan kecil yang
tersedia seperti yang dikehendaki. Semasa proses bermain pasir, kanak-kanak memutuskan
apa yang hendak dibuat, alatan yang hendak digunakan dan cara menggunakannya. Kanak-
kanak bebas membuat apa sahaja gambaran dan pengalaman di mana mereka tidak dapat
menzahirkan dengan kata-kata. Dengan memerhati kanak-kanak semasa bermain dengan
pasir, ahli terapi mendapat maklumat mengenai pemikiran, perasaan dan tingkah laku kanak-
kanak. Permainan pasir juga sering melibatkan lambang yang mempunyai makna khas.

Proses Terapeutik Bermain


Proses terapeutik bermain dapat dilaksanakan dalam beberapa langkah dan harus dilakukan
bagi membolehkan preses terapi berjalan dengan baik. Sekiranya proses terapeutik ini tidak
dilakukan dengan sebaik mungkin, kemungkinan besar sesi terapi tidak akan berjaya. Hal ini
kerana, pada kahir terapi ini anak-anak kebiasaannya akan tenang dan emosi lebih positif.
Menurut Sigmun Freud, bermain dapat dijadikan sebagai kaedah untuk melepaskan kenangan
pegalaman yang tidak menyenangkan (Zakwan Adri, 2019). Justerus itu, Alice Zellawati
(2011) telah mengemukakan terdapat tiga langkah dalam proses terapeutik bermain, iaitu
pelaksanaan sesi terapi bermain, pendekatan bersepadu untuk proses terapi bermain dan
bermain dalam kawalan atau bermainan bebas.
Pelaksanaan sesi terapi bermain pada asasnya bermula dengan langkah-langkah
berurutan iaitu bermula dari membuat rancangan rawatan, pelaksanaan rawatan dan
penilaian rawatan. Membuat rancangan rawatan dijalankan pada peringkat awal selepas
mengekstrak data mengenai latar belakang keluarga dan kanak-kanak, keperluan kanak-
kanak dan sokongan orang tua. Untuk mendapatkan rancangan rawatan yang tepat, adalah
perlu untuk mewujudkan hubungan yang baik antara ahli terapi dengan kanak-kanak, supaya
kanak-kanak dapat meneroka secara optimum dalam permainan dan mempunyai perasaan
gembira melakukan sesuatu. Hasil pemerhatian pada awal sesi adalah sumber maklumat.
Langkah seterusnya adalah pelaksanaan rawatan. Pada peringkat ini ahli terapi menjalankan
reka bentuk rawatan yang telah dibuat dengan mengekalkan sikap profesional, kejujuran dan
kerahsiaan. Di samping itu, ahli terapi juga perlu mewujudkan rasa aman dan kebebasan pada
kanak-kanak untuk menentukan pilihan dan menyatakan diri mereka.
Dalam penilaian rawatan akhir, ahli terapi haruslah menilai keberkesan atau kekurang
efektif sepanjang terapi. Adakah rawatan diterusan atau dihentikan. Terapi bermain kurang
berkesan jika dilakukan pada kanak-kanak yang tenang atau pasif kerana mereka akan sangat
sukar dijemput untuk bermain oleh ahli terapi. Proses dan tempoh terapi berbeza-beza
mengikut kanak-kanak dan kes, dari beberapa minggu hingga satu atau dua tahun. Untuk
mengakhiri rawatan, adalah lebih baik bagi ahli terapi untuk menjemput kanak-kanak itu untuk
membuat aktiviti istimewa supaya kanak-kanak itu tidak mengalami kesedihan atau

8
kekecewaan kerana kehilangan suasana yang diperolehnya. Ahli terapi juga boleh
memberikan hadiah dari hasil rawatan atau sebarang hadiah yang baik untuk kanak-kanak.
Dalam pada itu, pendekatan bersepadu untuk proses terapi bermain dapat dipecahkan
kepada beberapa bahagian iaitu relating, releasing, re-creating, reexperiencing dan resolving.
Relating berkait tentang ahli terapi iaitu mereka harus dapat membangun suasana hangat dan
permisif, tetapi masih dapat membantu kanak-kanak mengambil tanggungjawab terhadap
kelakuan mereka dan mengajar anak-anak bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka
dengan lebih baik. Kerana terapi permainan mesti dapat mencipta pengalaman yang
membantu kanak-kanak menghubungkan pemikiran dan perasaan kepada tingkah laku
seseorang.
Releasing pula ialah berkaitan tentang dalam terapi mainan iaitu selamat dan terjaga,
kanak-kanak dapat meluahkan pemikiran mereka dan emosi yang tersembunyi. Sesetengah
kanak-kanak sangat agresif terhadap tanah liat untuk membentuk orang dan kemudian
merobeknya dan sebagainya. Aktiviti ini adalah cara untuk kanak-kanak melepaskan emosi
mereka dan meluahkan perasaan mereka melalui bermain. Kerana katarsis ini membolehkan
kanak-kanak mengurangkan ketegangan. Dalam kebanyakan kes, ahli terapi memerlukan
katarsis untuk membantu kanak-kanak menangani perasaannya.
Re-creating bermaksud membuat semula peristiwa penting. Pada peringkat ini, kanak-
kanak mencipta semula peristiwa masa lampau, peristiwa semasa dan pengalaman perasaan
yang tidak menyenangkan yang berkaitan dengan kejadian tersebut. Reexperiencing
menghuraikan tentang kedaan kanak-kanak. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami
pengalaman semula peristiwa melalui proses bermain. Kanak-kanak mula mengembangkan
pemahaman tentang peristiwa lalu dan menghubungkan pemahaman itu dengan pemikiran,
perasaan dan tingkah laku semasa. Resolving adalah tahap pemecahan. Pada peringkat ini
kanak-kanak mendapat pemahaman bahawa dia mempunyai masalah dan bereksperimen
dengan pelbagai penyelesaian. Kerana tidak semua masalah dapat diselesaikan, kanak-kanak
dapat mengembangkan kemahiran penting untuk menangani masalah.
Proses terapeutik bermain yang terakhir adalah bermain dalam kawalan atau
bermainan bebas. Terdapat perbezaan pendapat sama ada bermain harus dikawal atau bebas.
Menurut Levy, mengawal mainan dengan memilih mainan tertentu dapat digunakan untuk
menyelesaikan konflik. Walau bagaimanapun, Axline dan Moustakas berpegang kepada
kanak-kanak boleh memilih mainan mereka dengan bebas. Pada pendapat mereka memilih
mainan secara spontan mengurangkan kepalsuan. Kedua-dua bermain dalam kawalan dan
bebas mempunyai kelebihan tersendiri untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah
mereka.

Ciri-ciri Terapi Untuk Terapi Bermain


Ahli terapi merupakan pembimbing dalam terapi bermain yang sangat penting. Tanmpa
mereka, terapi bermain tidak akan memberi kesan yang maksimum kepada kanak-kanak. Hal
ini kerana, kanak-kanak masih memerlukan pemerhatian dan petunjuk bagi sebarang aktiviti
yang mereka lakukan. Justeru itu, Heri Saputro & Intan Fazrin (2017) telah mencadangkan
lapan ciri-ciri terapi untuk terapi bermain, iaitu seperti berikut;
1. Perawat harus menciptakan suasana yang hangat, hubungan yang bersahabat dengan
kanak-kanak;
2. Ahli terapi menerima kanak-kanak seadanya;
3. Ahli terapi mengembangkan perasaan permisif dalam hubungan dengan kanak-kanak;
4. Ahli terapi harus waspada terhadap perasaan kanak-kanak yang diekspresikan dan
direfleksikan kembali dalam bentuk tingkah laku;

9
5. Ahli terapi diharapkan menghagai kemampuan kanak-kanak dalam memecahkan
masalahnya sendiri jika diberikan kesempatan untuk melakukannya;
6. Ahli terapi tidak diperbolehkan langsung menegur perbuatan kanak-kanak atau
bercakap-cakap dengan cara apapun;
7. Ahli terapi jangan cepat-cepat melakukan terapi;
8. Ahli terapi hanya mengembangkan batasan-batasan yang diperlukan dalam menarik
kanak-kanak untuk terapi dan pada kenyataannya akan membuat kanak-kanak sedar
akan tanggungjawab mereka dalam hubungan dengan ahli terapi.

Kesimpulan
Bermain adalah menyeronokkan dan menarik. Bermain dengan imaginasi dan fantasi,
membolehkan anak-anak meneroka dunia mereka, bermula dari perasaan dan kemudian
menggunakan pemikiran dan logik mereka. Melalui percubaan bermain, kanak-kanak
mendapati bahawa merancang sesuatu yang baru dan berbeza boleh membawa kepada
kepuasan. Selain itu, mereka boleh mengubah minat kreatif mereka kepada situasi di luar
dunia bermain. Tahap perkembangan kanak-kanak disesuaikan dengan model permainan
yang sesuai untuk umur mereka.

Bermain adalah aktiviti penting dalam zaman kanak-kanak. Faedah bermain adalah
untuk pembangunan aspek fizikal, motor kasar dan halus, sosial, emosi atau keperibadian,
kognitif, ketajaman deria, menjadikan anak-anak yang kreatif, kritis dan tidak peduli dengan
hal-hal di sekeliling mereka. Kanak-kanak yang suka bermain merupakan perkara semula jadi
bagi mereka. Namun begitu, kanak-kanak yang menghadapi masalah emosi, tingkah laku dan
kognitif haruslah mendapat rawatan yang sesuai. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
sebarang masalah perkembangan psikologi dan menjejaskan kehidupan mereka sebagai
manusia di suatu masa nanti.

Rujukan

Alice Zellawati. (2011). Terapi Bermain Untuk Mengatasi Permasalahan Pada Anak . Proses
Terapeutik Bermain, 8.
Heri Saputro, & Intan Fazrin. (2017). Anak Sakit Wajib Bermain di Rumah Sakit: Penerapan
Terapi Bermain Anak Sakit; Proses, Manfaat dan Pelaksanaannya. Sukorejo,
Ponorogo: Forum Ilmiah Kesehatan (FORIKES).

Katz, L. G. 1993. Self-esteem and narcissism: Implication for practice. ERIC Digest.
www.ericdigest.org1993/esteem.htm 1 July 2006.

Landreth, G. L. (2001). Innovations In Play Therapy. Taylor & Francis Group.

Nani Menon. (2007). Permainan, lagu & puisi kanak-kanak : Siri prasekolah. Tidak
dinyatakn: PTS Professional.

Nurulhuda, B. M. (14 Febuari, 2017). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from


Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-kanak:
http://www.myhealth.gov.my/permainan-mengikut-tahap-perkembangan-kanak-
kanak/

10
Rubin, K. H. & Clarke, M. L. 1983. “Preschool teachers’ ratings of behavioral problems:
Observational, sociometric and social-cognitive correlates. Journal of Abnormal Child
Psychology, 11(2).

Santrock, J. W. (2004). Life span development. Boston: McGraw Hill.

Zakwan Adri. (2019). USIA IDEAL MASUK SD: Sebuah Pendekatan Psikologi. Yogyakarta:
Gre Publishing.

11

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai