Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Alam sekitar adalah kurniaan Tuhan yang paling berharga kepada kita. Malaysia merupakan
sebuah negara yang memiliki keindahan alam semula jadi yangbegitu unik dan seringmenjadi
perbualan orang ramai. Alam sekitar memainkan peranan yang penting untuk meghidupkan
suasana yang nyaman.namn begitu, peredaran menuju era globalisasi membangkitkan isu-isu
yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar global sehingga sering dipaparkan dalam media
massa. Penerokaan serta pengupasan isu-isu alam sekitar global secara meluas sahaja tidak
mencukupi. Ramai yang tidak menyedari betapa semua isu alam sekitar ini mempunyai satu
pertalian rapat dengan dunia pendidikan. Jika ditinjau dari sudut umum memang kedua-dua entiti
ini berada di dua arah yang tidak mungkin bertemu. Namun begitu, sekiranya satu penelitian yang
halus dilakukan maka ini akan membuka mata dan minda setiap insan yang bergelar manusia
betapa perubahan yang berlaku kepada alam sekitar berkeupayaan untuk menghidangkan
perjalanan yang penuh onak dan duri bagi dunia pendidikan. Lantaran itu, satu dimensi yang
mungkin menerima implikasi serta tamparan hebat ialah dari sudut peluang pendidikan. Dalam
usaha untuk mengupas polemik ini maka satu tinjauan khusus harus diselami terhadap isus-isu
global dan seterusnya diperhalusi dengan implikasinya.

1
2.1-Pencemaran udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai perbuatan mengotorkan kebersihan udara


sehingga menyebabkan kualitinya merosot.Jerebu juga boleh dikatakan salah satu contoh
pencemaran udara.  Pada era globalisasi ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan
masalah jerebu bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Bertitik tolak
daripada itu, timbulah persoalan apakah yang menyebabkan masalah jerebu berlaku. Pembakaran
secara terbuka merupakan punca dominan yang menyebabkan masalah jerebu berlaku. Rakyat
Malaysia tidak mengamalkan sikap tanggungjawab dan tidak mengambil masalah ini dengan
serius bahawa asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada
masalah jerebu. Menurut Utusan Malaysia jerebu yang melanda Lembah klang berpunca daripada
asap kebakaran di bebarapa kawasan. Selain itu,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
bagai cendawan tumbuh selepas hujan merupakan salah satu faktor menyebabkan masalah
jerebu berlaku. Asap yang dikeluarkan daripada kenderaan memberi kesan kepada berlakunya
masalah ini. Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian juga
merupakan punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini Contohnya, kawasan perindustrian
seperti kilang mengeluarkan banyak asap. Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa pembakaran
terbuka,peningkatan jumlah kenderaan dan pengeluaran asap dari kilang merupakan faktor yang
menyebabkan masalah ini berlaku.

2.2.1-Impak kepada Peluang Pendidikan

Peluang pendidikan merupakan satu aspek besar yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan
Malaysia dan tidak pernah dibiarkan begitu sahaja. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memaklumkan semua sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup
selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 april 2016 .Hal ini kerana suhu di kedua-dua daerah
mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius . Penutupan sekolah mencerminkan
bahawa para pelajar telah kehilangan tempat untuk menimba ilmu pendidikan yang amat berguna
dalam kehidupan mereka. Situasi ini merupakan satu polemik yang tidak boleh dibanggakan
kerana insan-insan yang bergelar pelajar telah ketandusan jumlah ilmu yang sepatutnya boleh
dituntut. Ramai yang tidak menyedari bahawa penutupan sekolah akan menghalang pelajar dari
menyentuh bahan bacaan di rumah. Kerencatan ini sudah pasti akan menjadi satu dinding
penghalang kepada perebutan peluang pendidikan secara total.

2
2.2- Pencemaran Air

Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air. Pada masa
kini, isu- isu yang berkaitan dengan pencemaran air sering dipaparkan dalam media
massa.Malaysia juga merupakan salah satu negara yang menghadapi masalah banjir.Banjir juga
boleh dikatakan salah satu penyebab pencemaran air.Terdapat beberapa puca yang
menyebabkan banjir. Sikap individu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan berlaku banjir.
Contohnya, sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat. Ini
menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan gagal berfungsi.   sikap manusia yang bagai enau
dalam belukar,  melepaskan pucuk masing-masing,  tidak cuba mengambil inisiatif untuk
membersihkan longkang tersebut dan hanya mengharapkan pihak berkuasa untuk bertindak
membersihkannya. Selain itu, faktor seterusnya ialah  aktiviti penebangan hutan. Hal ini bukan
sahaja mengakibatkan banjir malah memusnahkan kawasan tadahan hujan di Malaysia.
Seterusnya, hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan
banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang
memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi
air. Dengan ini jelaslah bahawa,sikap manusia,penebangan hutan merupakan punca yang
menyebabkan masalah ini berlaku.

2.2.1- Impak kepada peluang pendidikan

Akibat banjir menyebabkan pencemaran air. Sebanyak 11 buah sekolah di Sarawak telah ditutup
akibat terjejas dengan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri berkenaan. Kehadiran isu-
isu alam sekitar secara tidak langsung mempincangkan harapan para pelajar untuk memperoleh
pendidikan yang mapan. Oleh itu, jumlah hari persekolahan yang seharusnya disusuri oleh pelajar
akan berkurangan dengan mendadak dan tidak mampu untuk diganti. Ketiadaan ruang masa yang
mencukupi dengan terang mencerminkan akan merentap peluang pendidikan kepada para pelajar
di Malaysia. Banjir telah menjejaskan harta benda dan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah.Banjir juga menyebabkan masalah kesihatan kepada pelajar. Jurang masa yang hilang ini
dilihat sebagai satu agen pencatas peluang pendidikan kerana para pelajar tidak mampu untuk
mempelajari cakupan luas sukatan pelajaran.

3
2.3- Pemanasan global

Menurut Wikipedia pemanasan global adalah suatu proses meningkatnya suhu atmosfera.


Pemanasan global telah menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat
Malaysia.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pemanasan
global.Antaranya,sikap manusia yang tidak menyayangi alam sekitar.Contohnya pembakaran
terbuka. menyebabkan pemanasan global apabila bahan-bahan yang dibakar mengeluarkan gas
yang boleh menipiskan lapisan ozon. Tambahan pula, penggunaan bahan yang mengandungi
kloroflorokarbon [CFC]. Gas kloroflorokarbon berfungsi sebagai penyejuk, pembebasan gas
kloroflorokarbon juga boleh menyebabkan lapisan ozon bumi menjadi nipis.Faktor lain yang
menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas- gas yang berbahaya secara
tidak terkawal. Dengan ini jelaslah bahawa pembakaran terbuka pembebesan gas berbahaya
merupakan punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

2.3.1- Impak kepada peluang pendidikan

Menurut data yang dinyatakan dalam Laporan Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Cuaca
(PICC), peningkatan suhu bumi yang ketara merupakan bukti yang menunjukkan berlakunya
perubahan iklim, berlaku antara tahun 1880 dan tahun 2012. Menurut utusan Malaysia El Nino kali
ini telah menjadikan 2016 sebagai tahun paling panas dalam rekod. Pemanasan global
mengakibatkan kenaikan aras laut secara mendadak dan menjejaskan kesihatan. Akibatnya,
pelajar menghadapi pelbagai kekangan seperti sesak nafas dan penyakit kulit. Oleh yang
demikian, para pelajar yang hadir dari pelbagai aras sudah semestinya tidak mampu untuk
mengikuti pembelajaran yang mapan. Situasi ini dengan jelas membuka jalan kepada keciciran
pelajar dalam dunia pendidikan. Keciciran sebegini harus dilihat sebagai satu pendorong kepada
kekurangan peluang pendidikan kepada pelajar.

4
2.4- Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi adalah perkara yang mengganggu aktiviti manusia.Malaysia juga merupakan
salah satu negara yang mengalami pencemaran bunyi.Telinga merupakan organ yang menjadi
mangsa terhadap pencemaran bunyi. Terdapat beberapa faktor yang mendorong pencemaran
bunyi berlaku. Antaranya ialah disebabkan oleh bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas,
dan lain-lain lagi.Contohnya, kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan
pendengarn terutamanya di jalan sesak. Selain itu faktor seterusnya ialah, pembangunan
kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera juga menyumbang ke
arah pencemaranini.Aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan
memberi kesan kepada manusia seperti kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain. Punca
seterusnya ialah pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk
besi ditanam di dalam tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.Dengan ini dapatlah
disimpulkan bahawa bunyi kenderaan,, pembinaan kawasan penempatan , pembangunan
kawasan industri merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

2.4.1- Impak kepada peluang pendidikan

Pencemaran bunyi merupakan salah satu daripada pencemaran alam.Pencemaranbunyi tidak


memberi kesan kepada penghuni alam dan ekosistem di dunia tetapi akan memberi kesan kepada
kesihatan manusia terutamanya murid-murid dalam jangka masa yang panjang.Bunyi bising yang
melampau boleh menyebabkan pelajar-pelajar mengalami masalah kesihatan seperti pekak atau
kurang pendengaran. Sudah tentunya,pencemaran bunyi menwujudkan suasana yang tidak
tenteram di dalam kelas.Oleh itu, mereka tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya terhadap
mata pelajaran.Masalah ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat cemerlang dalam
pelajaran mereka. Contohnya,bunyi kuari yang sedang memecahkan ketenteraman penduduk di
sekitar kawasan kuari. Walaubagaimanapun, pencemaran bunyi kurang mendapat perhatian dari
masyarakat dan ini kerana sifat pencemaran bunyi yang tidak dapat dilihat dan kesannya kurang
berbahaya berbanding pencemaran lain.

5
2.5- Tanah runtuh

Menurut Wikipedia, tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan
kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.Terdapat beberapa punca menyebabkan
kejadian tanah runtuh. Penebangan hutan merupakan salah satu faktor berlakunya pencemaran
tanah. Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan keuntungan lumayan.Selain itu, pembuangan
sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal . Sampah-sampah yang tidak diurus dengan
baik dan teratur akan memberi impak kepada perubahan alam sekitar dan menimbulkan bau yang
tidak menyenangkan.Pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan menyebabkan pencemaran
tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan nuklear telah mencemari permukaan tanah, maka ia akan
.menyebabkan kualiti tanah merosot. Seterusnya, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada
aktiviti penggondolan bukit untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi.Dengan ini, jelaslah
bahawa penebangan hutan, pembuangan sampah sarap,dan aktiviti penggondolan bukit
merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

2.5.1- Impak kepada peluang pendidikan

Pada 7 Ogos 2016 akibat tanah runtuh berlaku pada pukul 5.45 petang dan ia juga mengakibatkan
enam buah rumah dan sebuah sekolah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.Tiga wanita
maut, tiga kanak-kanak parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata. Oleh itu,pelajar-pelajar tidak dapat
meneruskan pelajaran dan akibat ini menjejaskan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mereka.Kerencatan ini sudah pasti akan menjadi satu dinding penghalang kepada perebutan
peluang pendidikan.hal ini demikian, tanah runtuhpastinya memberi impak yang negatif kepada
pelajar-pelajar dan pengurusan sekolah terbabit.

6
3.0- Kesimpulan

Masalah-masalah seperi pencemaran air, pemanasan global,pencemaran udara, pencemaran


bunyi dan tanah runtuh menjadi dinding penghalang terhadap peluang pendidikan di
Malaysia.Oleh itu,.Semua pihak mestilah mengambil langkah yang efektif untuk mengatasi
masalah ini sebelum nasi sudah menjadi bubur ”setiap penyakit pasti ada penawarnya”. Usaha
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi
keluarga.Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Juhari Ahmad berkata,
pelbagai usaha diketengahkan di peringkat sekolah seperti ceramah dan gotong-royong bagi
meningkatkan kesedaran alam sekitar. Hal ini merupakan slah satu langkah yang paling
efektif.Pendidikan dari awal dilihat lebih berkesan bagi meningkatkan kesedaran sekali gus
menyelamatkan persekitaran daripada lebih tercemar. Di samping itu, kebersihan alam sekitar
boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak
kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini,
masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Masyarakat perlulah mempraktikkan
program 3R dalam kehidupan seharian iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Tambahan pula,pihak
berwajib mestilah mengambil tindakan terhadap individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah mencemarkan alam sekitar .Akhirnya,penanaman pokok-pokok haruslah dirancang
dengan teratur dari semasa ke semasa. Secara total, Kita perlulah menyayangi dan menghargai
alam sekitar.

7
8

Anda mungkin juga menyukai