Anda di halaman 1dari 9

INTERVENSI MENANGANI MASALAH DISIPLIN

Teknik Modifikasi Tingkah Laku

Tteknik Modifikasi Tingkah Laku adalah merupakan salah satu intervensi yang boleh
digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah. Teknik
Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori peneguhan,
tingkha laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku
ditunjukkan. Tingkah laku ini akan dipelajari oleh murid berdasarkan akibat atau
peneguhan tersebut. Murid akan mempelajari tingkahlaku yang diterima atau tidak
diterima bedasarkan respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat
memainkan peranan penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkahlaku yang
akan ditunjukkan pada masa akan datang.

Secara keseluruhan, teori peneguhan menyatakan:

 Tingkahlaku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkahlaku ditunjukan.


 Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
berdasarkan akibat yang diberikan.
 Teknik modofikasi tingkahlaku bertindak berdasarkan tingkah laku yang diberi
ganjaran akan diulangi manakala yang tidak diberi ganjaran akan terlepas.
 Mengikut kajian, peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada
dendaan iaitu guru digalakkan menggunakan peneguhan positif dalam
memodifikasikan tingkah laku murid dalam bilik darjah.

Hierarki Peneguhan

Terdapat pelbagai jenis peneguhan yang boleh digunakan dengan berkesan untuk
memodifikasikan tingkah laku yang diingini. Keberkesanan sesuatu peneguh
bergantung kepada ciri-ciri dan minat murid. Ciri-ciri dan minat murid sekolah rendah
adalah berbeza dengan pelajar sekolah menengah. Hal ini juga bergantung kepada
situasi di mana peneguhan itu digunakan dan bentuk tingkahlaku yang diingini. Faktor-
faktor murid seperti umur, latar belakang, tahap pembelajaran, tingkahlaku yang ingin
dibentuk, kesukaran aktiviti dan tahap kemahiran akan mempengaruhi keberkesanan
peneguhan. Menurut Larrive (2005), terdapat lapan peringkat peneguh seperti yang
ditunjukkan dalam jadual.

Kepuasan kendiri (peneguh dalaman, mendapat kepuasan diri)

Perakuan guru (pujian dan perhatian guru, ibu bapa)

pengiktirafan rakan(diterima/ dipuji oleh rakan sebaya)

keistimewaan (menjadi ketua kumpulan, penolong guru, rehat


awal, kurang tugasan)

Aktiviti(aktiviti yang diminati oleh murid seperti bermain komputer,


menolong guru dan membaca buku yang diminati)

Token(barangan seperti lencana, markah, bintang yang dapat


ditukar dgn peneguh yang lain)

Barangan (permainan, pelekat, hadiah, sijil)

Bahan makanan (coklat, gula-gula, kismis, kacang)

Peringkat-peringkat ini mengikut hierarki. Bermula dengan peringkat-peringkat yang


paling rendah (peringkat 1-3) yang berbentuk kebendaan sehinggalah peringkat lebih
tinggi yang melibatkan minat murid (peringkat 4-5) diikuti dengan pengiktirafan sosial
(peringkat 6-7) dan peneguh yang paling utama iaitu murid itu sendiri. Pada peringkat 8
pula, murid cuba melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini kerana tingkah laku ini
memuaskan dirinya sendiri. Peneghu bermula daripada luaran dan bersifat kebendaan,
beralih kepada pengiktirafan orang luar dan diakhiri dengan peneguh dalaman yang
bersifat lebih kekal dan berkesan.
Terdapat dua prinsip penggunaan hierarki peneguhan iaitu:

 Prinsip 1
Guru dinasihatkan hanya menggunakan peneguh peringkat rendah untuk
meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan
tingkah laku yang diingini.
 Prinsip 2
Peneguhan perlu ada kesinambunagn. Guru bermula dengan peringkat rendah
dan perlu beralih kepada peringkat peneguh yang lebih tinggi.

Peneguhan peringkat rendah biasanya hanya sesuai sekiranya guru ingin mula
membentuk/memodifikasi tingkah laku. Sekiranya ingin terus digunakan, murid akan
lebih berminat dengan ganjaran tersebut(motivasi ekstrinsik) dan hal ini akan
mengurangkan motivasi instrinsik murid. Selepas seketika, guru perlu beralih kepada
meneguh yang bukan berbentuk barangan, contohnya seperti peneguh yang
melibatkan minat murid. Peneguhan ini boleh bermula dengan token. Token yang
dikumpul boleh ditukarkan dengan sesuatu yang menarik minat murid tetapi dalam
bentuk yang bermanfaat seperti melayari internet, membaca buku pilihan, berpeluang
memilih tugasan dan sebagainya. Kemudian guru beralih kepada peneguh berbentuk
aktiviti/keistimewaan yang dapat menaikkan motivasi dalaman murid. Contohnya,
keistimewaan memilih kumpulan sendiri, keistimewaan menjadi ketua tugasan/
penolong guru dan sebagainya. Setrusnya, peneguhan ini boleh diikuti dengan
pengiktirafan. Guru boleh melatih murid-murid di dalam kelas untuk menghargai rakan-
rakan mereka yang berkelakuan baik.

Mereka perlu dilatih untuk tidak memandang negatif kepada rakan mereka yang
mendapat pengiktirafan. Sifat cemburu dan ejekan rakan boleh melemahkan
peneguhan berbentuk peneguhan berbentuk pengiktirafan. Guru harus menyedarkan
murid-murid yang lain dengan mengatakan sesiapa juga boleh mendapat pengiktirafan
sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang bermanfaat kepada diri dan rakan
sekelas. Akhir sekali, peneguhan yang bersifat dalaman adalah yang paling berkesan.
Murid sudah tidak memerlukan ganjaran kebendaan atau pengiktirafan sosial untuk
berkelakuan baik. Pengaruh merupakan kepuasan diri mereka sendiri. Guru
memperoleh murid-murid sebegini dianggap sudah mencapai hierarki tertinggi dalam
peneguhan.

SISTEM MODIFIKASI TINGKAH LAKU YANG BERSTRUKTUR

Kadangkala adalah perlu bagi guru untuk mengadakan suatu bentuk sistem modifikasi
tingkah laku yang formal dan berstruktur. Hal ini untuk memastikan tingkah laku yang
hendak dibentuk dicatatkan dengan jelas berserta dengan akibat atau peneguhan yang
akan diterima. Mengikut Larrivee (2005), terdapat dua sistem yang boleh digunakan
untuk memodifikasikan tingkah laku murid secara berstruktur dan sistematik iaitu:

 Sistem kontrak tingkah laku


 Sistem token

Sistem Kontrak Tingkah Laku

Sistem ini merupakan satu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang
murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat
persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk
memastikan keberkesanan kontrak tersebut, guru perlu:

 Berjumpa dengan murid tersebut dan terangkan rasional dan langkah-langkah


yang perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan.
 Meminta bantuan pihak-pihak lain seperti guru lain dan ibu bapa untuk
memastikan murid tersebut mematuhi kontrak yang dipersetujui.
 Menetapkan matlamat jangka masa yang panjang supaya murid dapat
mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.

Langkah-langkah membina kontrak tingkah laku adalah:

1. Melibatkan murid dalam pembentukan kontrak.


2. Tingkahlaku yang diingini perlu dinyatakan dalam bentuk yang positif.
Contohnya, ‘sekiranya awak melaksanakan kerja dengan senyap(positif)’. Dan
bukannya, ‘sekiranya awak bising semasa melakukan kerja, awak akan demerit
3 markah(negatif)’.
3. Tingkahlaku yang ingin dicapai perlu dinyatakan dengan jelas.
4. Kontrak perlu dibentuk untuk satu jangka masa yang ditetapkan.
5. Kontrak perlu disesuaikan dengan murid. Kontrak yang dibentuk mesti boleh
dicapai dan dituruti oleh murid.
6. Peneguhan dan ganjaran perlu mendapat persetujuan bersama antara guru dan
murid.
7. Peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan di dalam kontrak perlu diberikan
dengan kerap dan segera pada permulaan jangka masa kontrak.
8. Kontrak perlu ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan
kontrak tersebut.
Terdapat dua jenis kontrak tingkahlaku iaitu:
 Kontrak sosial- kontrak mudah yang digunakan untuk mengubah
tingkahlaku sosial murid.
 Kontrak akademik-kontrak mudah yang digunakan untuk
membantu masalah tingkahlaku akademik murid.

Sistem Token

Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar seperti barangan yang digemari atau
aktiviti yang menyeronokkan. Sistem token selalu digunakan di dalam kelas-kelas
pemulihan atau pendidikan khas. Walaubagaimanapun, sistem ini juga boleh digunakan
di dalam kelas-kelas biasa. Langkah-langkah membina sistem token adalah:

1) Senaraikan tingkah laku-tingkah laku spesifik yang akan diberikan token.


2) Pilih token yang senang dicari dan digunakan.
3) Tetapi kekerapan memberikan token dan masa token akan diberikan?
4) Tetapkan siapakah yang akan memberikan token? (guru, rakan sekelas atau
murid sendiri).
5) Senaraikan peneguh atau ganjaran yang akan diterima melalui token yang
dikutip.
6) Tetapkan masa bilakah token dapat ditukar dengan ganjaran.
7) Memilih peneguh/ganjaran yang tepat
Cara yang terbaik untuk menentukan ganjaran yang diberikan berkesan adalah dengan
memerhatikan tingkah laku murid semasa mendapat ganjaran. Kadangkala ganjaran
yang diberikan kepada murid tertentu sesuai, tetapi tidak sesuai pula dengan murid
yang lain. Contohnya, apabila guru memuji Amy di hadapan kelas, dia kelihatan
gembira dan meningkatkan udaha selepas dipuji. Berlainan pula dengan Kevin, apabila
dipuji di hadapan kelas, mukanya merah padam dan kelihatan tidak selesa. Selepas
dipuji , Kevin mengelak daripada menjawab soalan guru.

Strategi-strategi berikut boleh digunakan untuk membantu guru memilih peneguh yang
sesuai. Antaranya ialah:

1. Perhatikan murid dan kenal pasi apakah aktiviti yang menyeronokkan murid atau
apakah kesukaan murid? Kesukaan murid akan menjadi peneguh yang
berkesan.
2. Tanya kepada murid dan bincang dengan murid bentuk peneguh yang disukai
oleh mereka? Guru juga boleh menyuruh murid menulis peneguh/ganjaran yang
disukai oleh mereka ataupun guru membuat senarai ganjaran dan meminta
mereka memilih daripada ganjaran yang tersenarai.
3. Kadangkala beri murid kejutan atau ganjaran misteri yang tidak dijangka oleh
murid. Kejutan akan membangkitkan elemen suspen dan menarik perhatian
murid.
4. Tukar ganti peneguh apabila sudah diguna pakai untuk jangka masa yang lama.
Peneguh yang sudah biasa akan membuatkan murid berasa bosan dan jemu.
Hal ini akan mengurangkan keberkesanan peneguh/ganjaran.

Senarai di bawah memberikan contoh-contoh peneguh/ganjaran yang boleh diberikan


oleh guru di dalam bilik darjah:

(i) Ganjaran Aktiviti


Menggunakan komputer Menolong murid lain
Menolong guru Merancang aktiviti kelas
Membaca buku yang dipilih Belajar sendiri
Pergi ke perpustakaan Membuat kraf tangan
Menghias bulletin kelas Membantu guru mengajar
(ii) Ganjaran keistimewaan
Masa rehat tambahan Pencatat markah kelas
Memilih tempat duduk Menggunakan alatan guru
Kurang kerja rumah Memilih kerja rumah
Lebih masa bermain komputer Dipilih menjadi murid terbaik
Ketua kumpulan Boleh membuat kerja bebas
Bebas memilih pasangan aktiviti Memberikan markah pada aktiviti
Orang pertama keluar rehat Tidak perlu membuat tugasan tertentu
Dipilih untuk mempamerkan hasil kerja Dipilih untuk menyertai projek khas
(iii) Jenis-jenis token
Lencana untuk dipakai Cip untuk dikumpul
Sijil Duit mainan
Markah Warna tertentu pada carta
Pelekat atau bintang Bahagian tertentu pada jigsaw puzzle

Pelan Intervensi Pengurusan Kendiri Tingkah Laku Murid

Pengurusan modifikasi tingkah laku murid merupakan suatu intervensi yang berkesan
untuk menguruskan tingkah laku murid di dalam bilik darja. Hal ini boleh dimulakan oleh
guru tetapi boleh ditingkatkan dengan pengurusan kendiri oleh murid. Dalam
pengurusan modifikasi tingkah laku, akibat dan peneguhan akan ditetapkan oleh murid
sendiri. Mereka bertanggungjawab atas tingkah lakuyang ditunjukkan oleh mereka.
Apabila mereka menunjukkan tingkah laku tertentu, mereka akan memberikan ganjaran
atau peneguhan yang tertentu yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri. Pada
peringkat permulaan, murid perlu dibimbing dan ditunjuk ajar untuk menguruskan
sendiri modifikasi tingkah laku mereka. Guru perlu memerhati dan mengawasi supaya
murid sedar perkara yang dilakukan, mengikut apa-apa yang ditetapkan dan melakukan
pengurusan kendiri dengan betul dan berkesan. Membantu murid membuat pengurusan
kendiri modifikasi tingkah laku memerlukan kerjasama yang baik antara guru dengan
murid. Guru dan murid perlu bekerja secara kolaboratif untuk memastikan usaha ini
berkesan.

Untuk memulakan pengurusan kenduri, guru perlu memotivasikan murid untuk


mengubah tingkah laku mereka kepada bentuk tingkah laku yang diingini dan
bermanfaat kepada murid. Hal ini boleh dilakukan melalui perbincangan dengan murid
tersebut. Guru perlu mendengar dengan aktif tentang masalah murid dan
memotivasikan mereka untuk berubah kepada perlakuan yang lebih baik. Bekerjasama
secara kolaboratif dengan murid supaya mereka secara sukarela bersedia untuk
mengubah tingkah laku mereka. Selepas itu, guru bersama-sama dengan murid
mengenal pasti tingkah laku yang ingin diubah dan mengenal pasti tingkah laku yang
bagaimana ingin diubah. Contohnya, guru mengenal pasti murid tersebut mempunyai
masalah suka bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajar. Hal ini
merugikan murid kerana mereka tidak akan memahami apa-apa yang sedang diajar. Di
samping itu, keadaan ini juga menganggu rakan lain yang ingin belajar. Setelah
masalah dikenal pasti, guru menyedarkan murid dan memberikan motivasi kepada
murid. Sekiranya murid sedar dan ingin berubah, guru membimbing murid tersebut
supaya menguruskan sendiri modifikasi tingkah laku yang perlu diubah. Kemudian guru
dan murid menetapkan matlamat tingkah laku yang ingin diubah seperti pada minggu
pertama, murid akan bercakap dengan rakan sebelah hanya dua kali semasa
gurusedang mengajar. Guru seterusnya membimbing murid mencatat dan mengawasi
perlakuannya sendiri dan mendapatkan ganjaran terhadap perlakuannya yang telah
berjaya diubah.

Secara dasarnya, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh guru
untuk membantu murid mempunyai pelan intervensi modifikasi tingkah laku sendiri.
Antara adalah:

1) Tetapkan tingkah laku yang ingin diubah.


2) Sedarkan murid tentang situasi dan kekerapan tingkah laku bermasalah yang
bermasalah yang ditunjukkan.
3) Kenalpasti beberapa tingkah laku yang diingini yang boleh digunakan oleh murid
untuk ditukar dengan tingkah laku yang bermasalah tadi.
4) Tetapkan matlamat yang realistik untuk murid mengubah tingkah lakunya.
5) Bincangkan akibat yang mendatangkan kesan kepada murid. Akibat tersebut
seboleh-bolehnya berbentuk positif tetapi boelh menjadi akibat negatif sekiranya
perlu.
6) Bina besama-sama dengan murid satu sistem pengurusan kendiri yang mudah
untuk murid mengawasi tingkah laku mereka dan bagaimana catatan dibuat
terhadap pengawasan tersebut.
7) Guru merekod pengawasan kendiri yang dijalankan oleh murid dalam bentuk
carta graf supaya tingkah laku yang ingin dibentuk dapat dipandu.
8) Buat penilaian terhadap perubahan tingkah laku yang telah ditunjukkan dan
tentukan jenis dan jumlah akibat positif dan negatif yang diperoleh murid
sepanjang pengurusan kendiri itu dilakukan.
9) Berikan peluang kepada murid untuk mengurus akibat dan peneguhan yang
diperoleh.
10) Buat penilaian terhadap perkembangan murid secara berterusan.
11) Ubah program atau sistem apabila diperlukan (matlamat, akibat, peneguhan,
corak pemerhatian dan cara memantau).
12) Beritahu murid-murid lain tentang kejayaan murid mengubah tingkah lakunya
sendiri dan bagaimana kesannya kepada diri murid tersebut dan orang lain di
persekitaran.
13) Bombing murid seboleh yang mungkin untuk mendapatkan peneguhan secara
intrinsik (dalaman) terhadap tingkah laku yang berjaya diubah. Contohnya,
perasaan puas hati terhadap diri sendiri, perasaan gembira kerana mempunyai
lebih ramai kawan, perasaan tenang kerana boleh belajar dengan lebih
berkesan.
14) Perlahan-lahan bantu murid untuk mengurangkan peneguhan berbentuk
ekstrinsik (luaran).
15)Matlamat utama ialah perubahan tingkah laku murid kekal walaupun tanpa
peneguhan ekstrinsik.

Anda mungkin juga menyukai