Anda di halaman 1dari 11

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan


formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran,
tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur
terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan
dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di
madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua
dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman
penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah
dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran
pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah
dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan
vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk
memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan
besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar
melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada
anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan.
Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu
garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah
Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk
meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan.
Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen
(benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan
hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan
struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada
zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat
membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar
Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system)
sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu
bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat
menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang
kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
2. PENDIDIKAN AWAL
Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas
membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat
rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan
pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama
sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk
membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.
Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu
tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti
menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung
permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala
Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan
tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru
melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922,
bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang
berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan
terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah
di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.
Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu
daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu
ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di
merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah
dan Pulau Pinang.
Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini
dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris
hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan
mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular
menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem
pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga
dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M
iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam,
Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah
Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina
tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang-
undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya
untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan
kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan
formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal
telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung
mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum
keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga
didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan
ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan
pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah
menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar
dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu
sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada
tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-
undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang
getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian
juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum
di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan
guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya
menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis
karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia
kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-
guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah
sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah
Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara
kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian
membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini
ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris.
Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa,
metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat
rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru
kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada
tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di
Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan
Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah
ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan
pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
Pendidikan Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia
telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada
sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan
tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti
sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta
berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-
Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu
rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.
Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan
beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim",
perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar
digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera
Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa
Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa
tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi
pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak
mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti
Kebangsaan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah
- sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah
jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini
diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil
akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang
Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina
telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,
Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada
asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa
Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
Laporan Pendidikan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah
pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-
a) Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung
dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang
penting terkandung dalam laporan ini ialah :-
# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan . # Pengakuan matlamat akhir bahawa
bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama . # Permulaan kurikulum yang
berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang
mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan
sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek
ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta
pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang
berlandaskan alam Malaysia.
b) Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-
cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem
pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam
laporan ini iaitu:-
# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. # Mewujudkan sistem
peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah ,
menengah,dan menengah atas # Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan
vokasional untuk keperluan tenaga mahir . # Memberi penekanan kepada pendidikan
moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib
dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut
cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam
Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. # Penegasan kepada
pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran
pemulihan. # Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional. #
Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun # Pendidikan kerohanian yang kukuh. #
Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU
Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar
ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi kemiskinan.. Menyusun semula
masyarakat Malaysia.
Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai
matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana
pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat .
TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.
Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)
Objektif pelajaran mengikut DEB:-
- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.-
Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna
bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk
masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .- Menyediakan peluang
- peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada
semua pelajar dari pelbagai peringkat.- Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan
dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.
Carta 2.1
Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan
Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .
Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )
Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke
sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran
mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan
yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah
umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.
Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )
Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan
sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan
pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi
mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu
pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan
teknologi. Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan
untuk mencapai tujuan rukun negara.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )
Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk
menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan
-tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-
1) - Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di
semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat . - Pembentukan
keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak
melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah . - Usaha untuk merapatkan
jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta
di antara Wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan
kemudahan negara dengan lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan
Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.
2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi
keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .
3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan
kesannya untuk pembangunan negara .
4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk
mencapai matlamat tersebut .
6 ) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju ,
perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang
harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan
telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah
memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang
mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara
Malaysia adalah seperti berikut :-
a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar
untuk peperiksaan 0 level dan A level.
b ) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para
pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.
c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya
para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing -
masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing
yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah
tersebut.Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi
swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior
Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi
pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-
* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.
* Kampus Cawangan universiti luar negara
* Pusat Pengajian Jarak Jauh .
Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi
pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi
pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.
Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program
berikut.;-
Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan ,
pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat ,seni
bila dan program berteknologi tinggi .
Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi
tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program
pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program
bersama .
Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA,
CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus
menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan
BTECHNO (UK) . Pada tahun 1998, kerajaan jugamembenarkan Monash University,
Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus
Sunway College.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi
dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di
bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.
Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-
I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .
2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .
3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak
4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti
tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti
Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.
Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .
Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah
Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteripendidikan (ketika itu) . Sekolah
Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya
Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan
menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan
dapatmemperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat.
Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah .
Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-
I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek,
rohani ,emosi dan jasmani .
II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan
kekuatan dan kebolehannya .
III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam
bidang teknologi
IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .
V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan
.Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi
serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi
maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk
menghubungkan semua sekolah Bestari .

Anda mungkin juga menyukai