Anda di halaman 1dari 49

Rozaimi Rashid Mohd Khairul Anuar Ismail

Mohd Amin Mohd Tajudin

Muhammad Yusuf
Yacob

Nor Shafiqah Mohd Rawi


Shahida Shoib

Zulfadhli Ismail

Nur Hidayah Abdul Latiff

Perkataan education (pendidikan ) berasal daripada perkataan Latin iaitu educare yang membawa makna mengasuh, memelihara serta membimbing. Plato menganggap pendidikan sebagai proses mengenali kemampuan semula jadi individu dan mendidiknya menjadi warganegara yang berguna dan bertanggujawab terhadap masyarakat dan Negara Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa proses pendidikan itu bermula sejak seseorang itu lahir lagi. Selain daripada aspek intelak, pandidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani dan sukan supaya dapat menguatkan tubuh badan serta menambahkan kecergasan.

Pada zaman sebelum merdeka Dasar pecah perintah penjajah telah mengwujudkan jurang perbezaan antara kaum dimalaysia dari segi cara hidup, social ekonomi dan pendidikan yang menyebabkan implikasi yang tidak baik untuk perkembangan negara Selepas memdapatkan kemerdekaan dari penjajah bidang pendidikan diberi penekanan yang khusus kerana pendidikan dapat mengurangkan social ekonomi, cara hidup,penyatuan semua bangsa and etnik seterusnya dapat membina sebuah Negara yang aman dan maju. Sistem pendidikan yang mantap dilihat boleh menyumbang peranan yang besar terhadap perpaduan negara untuk menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia

Oleh itu Penyata Barnes, Laporan Fenn Wu, Jawatankuasa Penasihat Pusat, Laporan Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 dirangka untuk mengkaji dan memberi pandangan struktur pendidikan mengikut kesesuaian pada zaman selepas merdeka sehingga kini bagi melahirkan generasi berbilang kaum yang hidup dalam kedamaian dan harmoni.

PENDIDIKAN MELAYU.

Ciri-ciri : Berbentuk bukan formal. Tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajarpelajar. Tidak menumpukan masa untuk pelajaran membaca, menulis dan mengira. Lebih menumpukan masa kepada pengajaran agama. Pendidikan Melayu yang awal : Menekankan pengajaran Quran. Pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 : Membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa Mewarisi kemiskinan keluarga. Pendidikan yang berbentuk sekular dihadkan kepada 4 tahun sahaja. Tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu Dasar pentadbiran Inggeris : Untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar : Cuba memisahkan daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

PENDIDIKAN AGAMA (MADRASAH). Ciri-ciri :


Tenaga pengajar :

Pengajian Al-Qur'an oleh guru-guru Al-Qur'an. Juga disampaikan oleh mereka berketurunan Sayyid. Guru agama=Imam di masjid/surau kampung. Pelajaran : Pengiraan, MenulisJawi, Tajwid Al-Qur'anul Karim, Fardhu 'Ain, Rukun Islam, Rukun Iman. Tiga pelajaran sehari (1 jam setiap pelajaran). Sebelah pagi (selepas sembahyang Subuh); Selepas sembahyangZuhur; Sebelah petang (sehingga kewaktu Asar).

Tiadabayaran.

Para pelajar membantu kerja-kerja guru mereka Bersihkan tempat belajar, mencari kayu api, mengerjakan sawah di antara waktu senggang pembelajaran. Proses Pengajaran-Pembelajaran: Ulangi perkataan-perkataan Arab di awal dan akhir bacaan Al-Qur'an; Setelah mahir, gunakannya untuk membaca Al-Qur'an dan jadi imam dalam sembahyang.

Sekolah-sekolah agama awal (sekolah pondok) : Abad ke-18 :di Terengganu dan Kelantan. Penghujung abad ke-19 :Kedah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang. PendidikanTak Formal : Belajar daripada ibubapa dan mereka yang lebih tua; Kemahiran membuat dan baiki alatan pertanian; kemahiran pertukangan; kemahiran seni silat dan juga sihir. Pendidikan Istana : Pendidikan Islam di istana, dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja; Pelajaran: Terjemahan buku-buku bahasa Arab - bahasaMelayu (guna tulisan Jawi); BahasaArab; Bahasa pengantar-BahasaMelayu.

Penubuhan sekolah cina mempunyai kaitan dengan penghijrahan orang cina ke tanah melayu secara besar-besaran khususnya pada abad ke -19. Perkembangan sekolah cina bebas daripada campur tangan kerajaan British. Sehingga tahun 1920, barulah kerajaan British mewujudkan peraturan dan undang-undang untuk mengawal dan memeriksa sekolah-sekolah cina yang bertujuan untuk mengelakkan penglibatan mereka dengan kongsi gelap dan anasir subvertif. Sistem pendidikan cina menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang menggunakan kaedah hafalan. Kemudahan sekolah pula adalah kurang baik dan tidak kondusif untuk pembelajaran. Guru-guru , buku-buku teks, kandungan kurikulum dan bahasa pengantar, kesemuannya dibawa dari Negara China (Victor Purcell 1980)

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1829, terdapat tiga buah sekolah cina beroperasi di Singapura. Sehingga tahun 1884, terdapat 52 buah sekolah di Pulau Pinang, 51 buah sekolah di Singapura dan 12 buah sekolah di Melaka. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China Sekolah cina moden yang pertama telah dikenalpasti di Pulau Pinang pada tahun 1904. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Chung Hwa diwujudkan selepas pembaharuan pendidikan di China.

Pendidikan Tamil juga mempunyai kaitan dengan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.Mereka terdiri daripada golongan buruh yang dibawa masuk menerusi beberapa kaedah;Sistem Indentured Labour & Sistem Kangany Orang India memerlukan sistem pendidikan untuk memajukan bangsanya, tetapi penjajah British tidak begitu berminat untuk membangunkan sisitem pendidikan yang baik untuk kesemua rakyat Atas desakan kerajaan India,Ordinan Buruh 1923 telah diwujudkan yang menetapkan bahawa sebuah sekolah hendaklah didirikan di setiap kawasan ladang getah yang mempunyai 10 orang atau lebih kanak-kanak

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat empat jenis sekolah Tamil yang dibangunkan ;1. Sekolah majikan lading 2.Sekolah mubaligh 3.Sekolah persendirian 4.Sekolah bantuan kerajaan Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834 Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolahsekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India

Pejajah British memang menggalakkan penubuhan sekolahsekolah Inggeris di kawasan Bandar Kebanyakan sekolah dibiayai oleh London Missionary Society Mereka menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Ia dimulai dengan penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. Pendidikan Inggeris telah mendapat sambutan hebat dikalangan penduduk Bandar terutamanya di kalangan orang cina dan sedikit orang India dan Melayu. Pendidikan Inggeris mempunyai nilai ekonomi terutama untuk menyertai sector pekerjaan yang berstatus tinggi. Kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris bergantung kepada kemampuan ekonomi individu kerana setiap pelajar dikenakan bayaran yuran yang tinggi.Ini menjejaskan peluang di kalangan orang Melayu dan India.

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut 1. Untuk semua bangsa 2.Mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin 3.Ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan 4.Murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira 5.Murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu 6.Rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain 7.Murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain 8.Diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

Dibangunkan dan telah dikenalpasti bermula pada tahun 1904 di Brickfield, Kuala Lumpur Selain itu, terdapat juga sekolah pertukangan dan kemahiran yang didirikan di Perak. Ditadbirkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu untuk menampung keperluan tenaga mahir dan separuh mahir antaranya ;Jabatan Kerja Raya , Jabatan Ukur , Jabatan Keretapi , Jabatan Elektrik dan Jabatan Telekomunikasi Pada tahun 1930, semua sekolah vokasional dan teknik telah diselaraskan oleh Jabatan Pelajaran. Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat cadangan untuk meningkatkan taraf sekolah teknik kepada status kolej (maktab). Bertujuan untuk melahirkan sumber tenaga kerja yang terlatih untuk menyumbang kepada pembangunan negara samada menerusi perkhidmatan kerajaan ataupun swasta.

Negara kita telah jatuh ke tangan pemerintahan orang Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang berlangsung lebih kurang tiga setengah tahun bermula pada tahun 1942. Sebelum tahun 1941, kadar pendaftaran murid di sekolah-sekolah kian meningkat. Akibat pendudukan Jepun, keadaan sedemikian ini telah berubah di mana telah berlaku kemerosotan yang agak ketara dari segi pendaftaran murid serta kualiti pengajaran yang disampaikan. Pada 1946, apabila kolej-kolej ini dibuka semula, Kerajaan British terpaksa menyediakan perbelanjaan yang agak tinggi khasnya untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan-bangunan tersebut khususnya dari segi infrastruktur, kelengkapan dan kemudahankemudahan asas yang lain.


I. II.

III.

Pada tahun 1946, terhasil Rancangan Cheeseman yang mengandungi cadangan-cadangan seperti yang berikut: Pendidikan peringakat rendah(asas) secara percuma dalam semua bahasa penghantar. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai penghantar. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

Memandangkan Rancangan Cheeseman tidak berfokuskan kepada integrasi social dalam kalangan rakyat berbilang kaum, ia pun lupus dengan begitu sahaja pada tahun 1949 selepas Malayan Union dimansuhkan. Lantaran itu, orang Melayu masih kekal dengan perjuangan mereka untuk menuntut reformasi dalam bidang pendidikan yang kemudiannya dimanifestasi dalam pelbagai laporan pendidikan. Antara termasuk Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak. Perbincangan selanjutnya akan menghuraikan secara ringkas laporanlaporan tersebut.

TAHUN

DASAR PENDIDIKAN

CADANGAN

1946

Rancangan Cheeseman

Pendidikan asas dalam semua bahasa penghantar diberi secara percuma. Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai penghantar di sekolah menengah. Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah vernakular. Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana bahasa penghantar ialah Bahasa Melayu dan Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan. Penggantian pengajaran Jawi dengan pengajaran agama.

1951

Laporan Barnes

TAHUN

DASAR PENDIDIKAN Laporan Fenn-Wu

CADANGAN

1952

Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahas a Inggeris dijadikan bahasa penghantar di sekolah-sekolah vernakular. Lima jenis sistem persekolahan: Sekolah Inggeris(Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar). II. Sekolah Melayu (Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar). III. Sekolah Cina. IV. Sekolah Tamil. V. Sekolah Agama I. Kurikulum tersendiri mengikut sistem persekolahan masing-masing.

1952

Ordinan Pelajaran

TAHUN 1956

DASAR PENDIDIKAN Penyata Razak

CADANGAN Satu jenis sistem persekolahan yang sama bagi semua, iaitu: I. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa p enghantar bagi semuaperingkat persekolahan. II. Satu jenis kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama, berpusat dan bercorak kebangsaan.

Pada tahun 1952, Kirkby Teachers Training College telah ditubuhkan di Kirkby, Lancasshire, Liverpool, England yang mempunyai tujuan-tujuan berikut: I. Melatih guru-guru dari Persekutuan Tanah Melayu. II. Menampung kekurangan tenga pengajar pada masa itu.

Pada tahun 1955, Kerajaan British telah mengambil alih sebuah lagi maktab perguruan , iaitu Brinsford Lodge diWolverhampton. Lanjutan ambilan pertama ini, maka berlaku sedikit perubhan dari kurikulum kursus perguruan yang ditawarkan.

Dari segi pendidikan tinggi pula, ketika zaman kolonialisme British,Universiti Malaya telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949. Penubuhan university tersebut merupakan usaha Kerajaan Inggeris bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat tanah air terhadap pengajian tinggi.

1956 - Laporan Razak 1957 - Ordinan Pelajaran 1957 1960 - Laporan Rahman Talib 1961 Akta Pelajaran 1961 1971 Laporan Hussein Onn 1979 Laporan Kabinet 1985 Laporan Mahathir 1996 Akta Pendidikan 1996


1.

Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein. Tujuan: mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia Cadangan : Mewujudkan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

4 aspek penting : 1. Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar 2. Sistem peperiksaan yang sama 3. Penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional 4. Penekanan pendidikan moral dan keagamaan

Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Akta ini juga menetapkan umur minimum kanakkanak meninggalkan sekolah iaitu 15 tahun.

Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan kebangsaan meliputi peringkat pendidikan prasekolah hingga ke pendidikan tinggi Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar. Menteri Pendidikan boleh menubuhkan pendidikan teknik di mana-mana institusi pendidikan termasuklah pendidikan tinggi Penubuhan Maktab Perguruan adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sekolah yang mempunyai lebih daripada 5 orang pelajar Islam maka adalah wajib guru agama disediakan.

36

Melalui strategi pembentukan kurikulum dan kokurikulum,bukan sahaja akta yang digubal tetapi pemerintah juga turut merangka silibus kurikulum agar seiring dengan falsafah pendidikan Negara dan akta pendidikan.

37

Reformasi Pendidika n melalui KBSR dan KBSM

Memperkasa kan Sekolah Kebangsaan

Pelan Intgerasi Nasional

38

Antara Objektif Penting: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Menguasai kemahiran asas bahasa yang lebih dikenali sebagai 3M Bertutur Membaca Menulis Membina dan menerapkan sikap yang mempunyai nilai-nilai seperti yang terkandung di dalam Rukun Negara.
39

Strategi-strategi yang utama ialah: Penubuhan Sekolah Wawasan

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

40

Konsep Kemudahan asas seperti:

Padang permainan

Makmal komputer

Dewan

Pusat sumber

Kantin

41

Kebaikan
Mengajar pelajar sejak dari kecil lagi mengenai perpaduan Membolehkan pelajar-pelajar dari SRJK memperbaiki kecekapan Bahasa Melayu mereka melalui interaksi sesama mereka.

Halangan
Merasakan hilangnya identiti kaum masing-masing kerana sudah dikebangsaankan.

42

Tujuan Melatih pelajar lepasan SPM untuk:

menjalin hubungan
memupuk nilai-nilai kerjasama

toleran
berdikari

daya saing
patriotisme serta membentuk sifat jati diri dan perwatakan positif.
43

Objektif utama ia diberi penekanan ialah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan ibu-bapa yang meliputi pelbagai kaum menghantar anak-anak mereka bersekolah

44

Berikut merupakan ciri-ciri yang dikatakan sebagai sekolah perkasa :


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Infrastruktur lengkap dan berkualiti Pemimpin dan Guru Cekap, Terlatih dan Berkualiti Kurikulum berasaskan pelanggan Pelaksanaan Kokurikulum yang berkesan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pencapaian Akademik cemerlang Pencapaian Sahsiah cemerlang Iklim dan Budaya sekolah yang sihat Semua pelajar menguasai 3M Sistem sokongan yang kuat dan cukup Beraspirasi nasional

45

Matlamat pendidikan negara ialah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan bergunamenghayati ciri-ciri seperti yang termaktub di dalam RukunNegara agar Malaysia memiliki rakyat yang mempunyai kesempurnaan holistik seperti kerohanian dan moral yang mantap, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab kepada diri,masyarakat, agama dan negara

Pendidikan dilihat sebagai satu wadah negara untuk membentuk perpaduan di kalangan kaum yang wujud di Malaysia. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh British telah menyebabkan wujud jurang perbezaan yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan pelbagai kaum di Malaysia ini Oleh itu, rancangan pemerintah bermula dengan Penyata Barnes, Laporan Fenn Wu , dan Jawatankuasa Penasihat Pusat semuanya digubal untuk memandu sistem pendidikan Negara kearah pembentukan masyarakat yang harmoni. Seterusnya ia mula dikembangkan dengan Penyata Razak, Penyata Abdul Rahman Talib dan disusuli dengan Akta Pelajaran 1961 dan 1996. Reformasi KBSR dan KBSM, pelaksaanan sekolah wawasan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan usaha memperkasakan sekolah kebangsaan adalah merupakan usaha-usaha yang patut dipuji dan diberi sokongan

Bercakap dalam Bahasa Melayu telah dilihat sebagai satu wadah atau usaha yang diperkenalkan oleh pemerintah yang mampu memberi sumbangan ke arah pembentukan perpaduan rakyat. Perdana Menteri Dato Seri Najib meletakkan agenda perpaduan sebagai antara agenda penting di dalam pemerintahannya. Maka, lahirlah slogan 1 Malaysia. Ini adalah satu idea yang baik dan pemerintah perlu memperincikan lagi gerak kerja 1 Malaysia yang perlu dimainkan oleh sistem pendidikan negara seperti mana Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahatihir di mana beliau telah meletakkan asas utama yang mahu dicapai oleh sistem pendidikan negara dalam menuju Wawasan 2020

Anda mungkin juga menyukai