Anda di halaman 1dari 4

BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar

Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

1.0 PERKEMBANGAN PENDIDIDKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN


INSAN DAN NEGARA

Sistem pendidikan di Malaysia umumnya boleh dibahagikan kepada


i. Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786).
ii. Sistem pendidikan semasa penjajahan British (bermula dari Francis Light membuka
Pulau Pinang 1786 – mula Perang Dua Kedua).
iii. Sistem pendidikan bermula dari pembentukan Malayan Union 1946 – Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan 1957.
iv. Sistem pendidikan awal kemerdekaan dari tempoh selepas merdeka – pembentukan
Malaysia 1963.

1.1 SISTEM PENDIDIKAN ERA MASYARAKAT TRADISIONAL

 Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786).


 Sistem pendidikan ini adalh sistem pendidikan orang Melayu.
 Berlandaskan kepada pelajaran daripada kitab suci al-Quran.
 Kanak-kanak mengaji ayat Quran diajar oleh imam di surau/masjid.
 Ada juga yang mengkaji ayat al-quran di pondok sebagai bilik darjah. Gurunya
adalah ulama/kiai.
 ‘Murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas sudah
menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad
Arab supaya menjadi sebagai penduan membaca doa dan teks Arab. Biasanya,
mereka belajar tiga pelajaran sehari, setiap pelajaran mengambil masa satu jam.
Pelajaran pertama biasanya dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas
sembahyang zohor dan satu laagi selepas senja. Pada masa yang lain, murid akan
menolong gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah.
Melalui kerja-kerja itu, murid-murid secara tidak langsung belajar kemahiran yang
dikehendaki supaya dapat menjalankan kerja dalam kehidupan harian mereka.
Sungguhpun guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, ibu bapa
murid itu biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya’
(Wilkinson, 1957).
 Umumnya aktiviti pendidikan era ini mencakupi
- Membaca/mengkaji al-Quran, huruf abjad Arab.
- Membaca dan menghafaz doa.
- Mempelajari prinsip-prinsip agama Islam.
- Belajar sedikit Bahasa Melayu selepas menguasai dan menghafaz ayat Quran.
- Pendidikan dikategorikan sebagai pendidikan tak formal; kurikulum terhad
kepada teks al-Quran.
- Kaedah pengajaran hafazan dan kurang memahami apa yang dipelajari.
 Wujudnya sistem pendidikan ini, berkait rapat dengan sistem politik, ekonomi dan
sosial pada masa itu.
- Organisasi Melayu kurang kompleks, pekerjaan petani, nelayan.
- Tidak hadapi masalah untuk cari makan kerana tanah tempat tinggal subur dan
laut banyak ikan.
BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar
Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

- Organisasi politik mengikut sistem keturunan raja. Jarang berlaku rebutan kuasa.
Maka pemerintahan jadi stabil.
 Oleh itu tidak perlu banyak ilmu dan kemahiran untuk hadapi cabaran hidup. Ilmu
yang perlu ialah ilmu agama untuk diterima hormat dalam masyarakat Melayu.
 Maka pelajaran agama Islam adalah pendidikan asas dalam pendidikan trandisional
Islam, bermula daripada Paramiswara memeluk Islam 1416, unsur Islam meresapi
dlam amalan hidup orang Melayu.
 Di antara kurun ke-15 hingga ke-17 pendidikan agama Islam telah ada di surau atau
di mesjid di kampung orang Melayu. Guru biasanya adalah Tok Iman.
 Pendidikan Islam bertambah maju apabila alim ulama seperti Sharif Muhamad,
Syekh Daud bin Abdullah dan SyekhAbdul Kadir dari Timur Tengah datang ke
Tanah Melayu kurun ke-18. Memantapkan lagi pendidikan agama Islam berteraskan
al-Quran dan Hadis.
 Sekolah Pondok:
- Diperkenalkan oleh mereka kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu
(Terengganu, Kelantan dan Kedah).
- Tujuan mendidik penduduk memahami hukum agama dan cara beribadat.
- Institsi pendidikan berasrama, lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan
berasrama, lebih kemas dan maju daripada sistem pendidikan di surau/masjid.
- Didirikan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong diuruskan oleh alim
ulama secara sukarela.
- Mata pelajaran yang diajar Tauhid, Tafsir, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf, Tasauf, doa-
doa, Jawi dan bahasa Arab.
- Bahasa penghantar Bahasa Melayu.
- Tiada tempoh pengajian walaupun melebihi 10 tahun.
- Terdapat dua jenis sekolah pondok; separuh masa untuk kanak-kanak dan
sekolah yang dibuka pada hujung minggu untuk orang dewasa.
 Madrasah:
- Diperkenalkan pada awal kurun ke-20 oleh alim ulama kaum muda.
- Sekolah agama moden dan lebih maju daripada sekolah pondok.
- Sukatan pelajaran bersifat keduniaan dan akhirat.
- Boleh menandingan sekolah Vernikular Melayu yang didirikan oleh penjajah
British pada kurun ke-19.

1.2 ERA PENJAJAHAN, ERA KEMERDEKAAN

 Sistem pendidikan daripada 1786-1956.


 Ia adalah sistem dan struktur pendidikan penjajahan (1786-1956)
 Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu 1942-1945, semua sekolah ditutup
kecuali beberapa sekolah untuk mengajar bahasa Jepun.
 Oleh itu sistem pendidikan era penjajahan Bristish di bahagi kepada dua tempoh:
i. Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia II
ii. Sistem pendidikan selepas Perang Dunia II hingga merdeka.
BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar
Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

Sistem Pendidikan Sebelum Perang Dunia II (1786-1941)

 Perkembangan sekolah vernakular Melayu (1786-1941).


 Awal kedatangan Inggeris bertujuan rebut kekayaan seperti bijih timah dan getah.
Inggeris cuba kekalkan sistem pendidikan era tradisional.
 Sistem sekolah vernakular diperkenal mula pertengahan kurun ke-19 apabila
kerajaan Bristish mula ambil perhatian pendidikan di Negeri-negeri Selat (Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura)
 Langkah pertama Gabenor Jeneral di India pada 1854 mengarahkan Blundell,
Gabenor Negeri-negeri Selat sediakan laporan sistem pendidikan Negeri-negeri
Selat serta beri cadangan untuk beri pendidikan kepada rakyat pemerintahan British.
 Beliau cadangkan ditubuh sekolah vernikular Melayu Negeri Selat dengan bantuan
Bristish.
 Usaha pertama: 1856 dengan bantuan kewangan DYMM Temenggung Johor dan
Gabenor Blundell, 2 sekolah vernikular Melayu ditubuh di Singapura (Teluk Belanga
dna Kampung Gelam)
 1858-1863 beberapa sekolah didirikan di Pulau Pinang dan Melaka.
 Namun penubuhannya tidak dapat sambungan yang menggalakkan.
 Ibu bapa sangsi faedah hantar anak ke sekolah ini yang tidak mengajar agama
Islam.
 Sukar lepaskan anak yang boleh bekerja di rumah dan sawah.
 Tok guru dan ulama anggap sekolah vernikular ancam profesyen mereka.
 Untuk menarik lebih ramai murid ke sekolah vernikular Melayu A.M. Skinner
Pemangku Majistrate Seberang Prai cuba dirikan sekolah vernikular masukkan
kelas Quran.
 Pelajaran waktu pagi adalah pelajaran bahasa Melayu, pelajaran Quran di waktu
petang.
 Kerajaan beri elaun untuk guru BM. Ibu bapa bayar elaun guru agama.
 Sistem begini dapat sambutan baik daripada ibu bapa.
 Permulaan sekolah vernikular Melayu dibuka untuk murid lelaki sahaja. Kerana ibu
bapa tentang kuat hantar anak perempuan ke sekolah.
 Namun rancangan Skinner telah berjaya dorong pemerintahan Bristish tubuh
sekolah vernikular Melayu untuk kanak-kanak perempuan.
 Sistem ini bukan saja berjaya di Seberang Prai tapi juga di negeri lain, terutama
selepas Skinner jadi nazir sekolah 1872.
 Hujung kurun ke-19 terdapat 189 sekolah vernikular Melayu perempuan di Negeri-
negeri Selat, 168 di Negeri Bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pahang),
34 di Kedah, 5 di Perlis, 8 di Kelantan, 56 di Johor.
 Sekolah vernikular Melayu perempuan di Teluk Belanga, Singapura 1884.
 Lima tahun kemudian sekolah vernikular Melayu ditubuh di Pulau Pinang.
 Hujung kurun ke-19 ada 9 sekolah vernikular Melayu perempuan di Perak, 2 di
Selangor.
 Kecuali di Johor, perkembangan sekolah vernikular Melayu di negeri-negeri Tak
Bersekutu agak lambat. Di Kedah sekolah vernikular Melayu pertama 1897.
BBD 18002 _ Perkembangan Pendididkan Di Malaysia, Falsafah dan Dasar
Pro Madya Dr. Hj. Yusop Ab. Hadi

Mulanya untuk anak Orang Besar. Kelantan 1903, Perlis 1913 dan Terengganu
1915.
 Sejak awak kurun ke-20 sekolah vernikular Melayu terus bertambah hingga tahun
1938 ada 1169 sekolah vernikular Melayu di Tanah Melayu.
 Matapelajaran sekolah vernikular Melayu
- Berubah dari masa ke semasa.
- Atas cadangan Skinner kurun ke-19, di sekolah vernikular Melayu diajar
matapelajaran bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani
dan ilmu alam.
- Awal kurun ke -20, ditambah matapelajaran pekebunan dan ayaman.
- Perubahan dari penekanan 3M kepada anyaman dan perkebunan untuk laksana
cadangan Winstedit dalam laporannya pada tahun 1917.
 Sekolah vernikular Melayu yang didirikan dari pertengahan kurun ke-19 hingga
menjelang Perang Dunia Kedua oleh kerajaan Bristish terbatas hingga darjah empat
sahaja.
 Kebanyakkan sekolah vernikular Melayu didirikan di desa.
 Murid-murid di sekolah vernikular Melayu hanya belajar menulis, membaca,
mengira, kegiatan perkebunan dan cara mengayam.
 Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat.
 Selepas darjah empat, segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau
Malay Special Class sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Inggeris.
 Jadual Waktu sekolah vernikular Melayu 1894
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Masa
Menulis Menulis Ejaan Bacaan 7.00 – 7.30 pagi
Ejaan Menulis Bacaan Mengarang 7.30 – 8.00 pagi
Ejaan Bacaan Mengarang Mengarang 8.00 – 8.30 pagi
Bacaan Ejaan Mengarang Ilmu Hisab 8.30 – 9.00 pagi
Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam Latihan Jasmani 9.00 – 9.30 pagi
Ilmu Alam 9.45 – 10.30 pagi
Latihan Congkak 10.30 – 11.00 pagi

Anda mungkin juga menyukai