Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU

KESEBELAS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

BILANGAN JURNAL : KE- 11


MINGGU PRAKTIKUM : KESEBELAS
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 11 - 15 APRIL 2010
TAJUK JURNAL : MASALAH MURID ENGGAN MEMBUAT KERJA RUMAH

SEKOLAH

1. MASALAH / PERISTIWA

Masalah yang saya hadapi dalam minggu ini adalah, sikap pelajar yang tidak
mahu membuat kerja sekolah yang diberi.

2. ANALISIS

Masalah ini, telah muncul setelah seminggu saya mengajar di kelas tersebut.
Seminggu pertama mereka telah menghantar semua kerja yang diberi dengan
sempurna. Tetapi setelah seminggu mereka mula menimbulkan masalah ini. Apabila
guru tanya kerja sekolah yang telah diberi murid-murid mula memberi alasan yang tidak
munahsabah. Antara alasan yang mereka beri adalah buku atau kertas latihanya
tertinggal di rumah, lupa dan sebagainya. Antara 27 orang murid lebih kurang 17 orang
murid memberi alasan yang sama.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi masalah ini, saya mula menganalisis masalah ini dan juga
berbincang dengan rakan-rakan praktikum saya. Akhirnya saya, telah mengambil
keputusan untuk menjadi lebih tegas dalam hal kerja sekolah ini. Setiap hari, sebelum
memulakan kelas saya akan meminta ketua kelas untuk mengumpul buku ataupun
kertas latihan. Selain itu, saya juga akan memastikan murid dapat menyiapkan kerja
yang diberikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga akan
memberi ganjaran negative seperti berdiri di depan kelas, pumping dan sebagainya.

4. TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berusaha untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.
Saya juga akan menggunakan teknik pemberian ganjaran dan pujian untuk
menggalakan dan merangsang pelajar menjayakan pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai