Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU PERTAMA

(12 JUN – 16 JUN 2023)

ISU : JADUAL WAKTU YANG PADAT

1. Masalah :

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah menguruskan jadual waktu yang
padat. Sekolah saya masih kekurangan lima orang guru pendidikan Islam dan menyebabkan
setiap guru Pendidikan Islam di sekolah mengambil sehingga 30 masa mengajar dalam
seminggu.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :

Masalah pengurusan jadual waktu yang padat ini semakin membebankan apabila saya mula
berpraktikum. Setiap hari kecuali jumaat, jadual waktu saya berderet dan tidak mempunyai
waktu senggang yang cukup untuk membuat persediaan akhir sebelum mengajar di kelas
praktikum. Saya melihat ini adalah suatu cabaran yang besar sebagai seorang guru pelatih
untuk membuat persediaan yang berkualiti sebelum mengajar.

3. Analisis :

Masalah ini agak kritikal kerana ia memberi kesan kepada kualiti persediaan
sebelum mengajar. Lebih merisaukan apabila sekolah semakin kekurangan guru Pendidikan
Islam apabila ada guru yang telah bersara. Setakat hari ini, belum ada kemasukan terkini
guru Pendidikan Islam di Sk Tabuan Hilir dan tiada penyelesaian yang lebih baik selain
setiap guru Pendidikan Islam mengajar 30 masa seminggu.

4. Cadangan tindakan susulan :

i. Saya perlu mengadaptasi kefungsian saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam
dengan lebih cepat dan efisien.
ii. Saya perlu lebih cekap dalam menguruskan kepadatan jadual waktu.
iii. Saya perlu lebih bijak mengambil ruang dan peluang untuk melakukan persediaan
yang rapi dalam suasana yang tiada pilihan sebegini.
iv. Saya perlu sentiasa bersikap optimis dan positif supaya tidak menganggu emosi.
v. Saya akan membuat senarai semak supaya kerja-kerja saya dapat disediakan lebih
awal dan tersusun.

5. Tempoh tindakan susulan :

Saya akan cuba menghadapi keadaan ini dengan profesional dan positif sepanjang saya
menjadi guru di Sk tabuan Hilir. Saya akan berusaha sebaik mungkin sepanjang tempoh
berpraktikum ini dan membuat penambahbaikan pengurusan dari minggu ke minggu.

6. Refleksi :

Saya perlu membuat penilaian kendiri untuk langkah pengajaran yang telah dijalankan. Saya
perlu lebih bijak memilih langkah pengajaran yang ringkas dan berkesan. Saya perlu
mempertimbangkan kualiti walaupun berdepan cabaran kepadatan jadual waktu setiap hari.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya perlu lebih teliti dalam memilih
langkah pengajaran yang sesuai pada pengajaran di kelas praktikum.

Disemak oleh guru pembimbing : Disemak oleh pensyarah pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai