Anda di halaman 1dari 3

1.

PENGENALAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR


BAHRU, JOHOR
Praktikum adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Sebelum menjalani praktikum, saya
MINGGU PRAKTIKUM: 6
menjangkakan bahawa masalah utama yang saya hadapi akan berkisar kepada masalah kaedah dan
TARIKH: 18 MAC 2019
pengajaran serta pembelajaran dala bilik darjah. Namun, tugas guru lebih besar daripada itu. Guru adalah
HARI:
model yang terbaik dalam mendidik seseorang pelajar menjadi insanISNIN
terbaik.
TAJUK JURNAL: KESOPANAN BERBAHASA
2. MASALAH:

Minggu ini adalah minggu ke-enam saya menjalani praktikum. Setakat ini saya telah berjaya membuat
perancangan sebelum memulakan pengajaran dan menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti yang
diperlukan. Namun pada hari Isnin yang lepas, saya menghadapi masalah mengendalikan kelas “relief”
yang mana saya perlu menggantikan guru yang bercuti pada hari tersebut. Kelas tersebut merupakan kelas
menengah rendah yang mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar aras sederhana. Di dalam kelas
tersebut, saya mendapati terdapat empat orang murid yang menunjukkan tingkah laku tidak baik.

Antara perlakuan yang tidak elok yang dilakukan oleh mereka ialah tidak menunjukkan kesopanan
adab ketika berkomunikasi dengan rakan sebaya, mengganggu kawan-kawan dengan gurauan dan kata-
kata yang kasar serta tidak menunjukkan rasa hormat terhadap saya yang berada dalam kelas tersebut. Ini
kerana keberadaan saya pada ketika itu adalah untuk memantau mereka melakukan kerja sekolah yang
telah diminta oleh guru matapelajaran mereka untuk menyiapkannya.

Apa yang paling menyedihkan dan membimbangkan, sesekali saya terdengar gurauan kata-kata yang
keluar dari mulut mereka menyebut perkataan yang kurang sopan. Sesekali saya menegur mereka, mereka
akan menyambung melakukan kerja sekolah tersebut, namun lama-kelamaan keadaan seperti tadi akan
berulang kembali, seolah-olah teguran saya ibarat mencurah air ke daun keladi. Mereka seolah tiada rasa
hormat
terhadap guru mereka dan juga rakan sebaya mereka.

Apa yang saya takuti, sikap mereka ini sekiranya tidak dibendung akan terbawa-bawa hingga dewasa.
Menurut Abdullah Hassan (2002) kemahiran bertutur dan berbahasa mempengaruhi kejayaan seseorang di
dalam kerjayanya, kehidupan peribadinya, kebahagiaannya malah juga mempengaruhi kesihatan mentalnya.

3. ANALISIS MASALAH:

Antara persoalan yang bermain di kepala saya adalah:

 Siapakah yang bersalah dalam peristiwa di atas? Adakah sekolah kurang memberikan penekanan
yang berkesan terhadap penghayatan cara hidup Islam?

 Adakah masalah yang sama juga dihadapi oleh murid-murid lain?

 Apakah kaedah yang sesuai bagi menangani masalah ini?

Saya juga turut membincangkan isu ini dengan beberapa orang guru di sekolah. Mereka mengakui
bahawa terdapat segelintir pelajar yang berakhlak dengan akhlak yang kurang sopan dan tidak malu untuk
menuturkan perkataan yang tidak senonoh.

Berdasarkan siasatan saya, mereka ini berasal dari keluarga yang berpendidikan. Pergaulan bebas
dengan rakan sebaya samada dalam atau luar sekolah sedikit sebanyak mempengaruhi cara pelajar-pelajar
ini bergaul.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-

i) Guru perlu mendekati pelajar tersebut secara peribadi, menasihati dan menunjukkan akhlak yang baik di
hadapan pelajar tersebut terlebih dahulu.

ii) Saya akan memberi amaran yang keras terhadap pelajar-pelajar tersebut jika mereka masih lagi
berkelakuan seperti itu, dan tidak akan teragak-agak untuk menghantar mereka ke bilik pengetua untuk
tindakan susulan.

iii) Saya akan berusaha untuk menyelitkan sesi motivasi hati ke hati sebelum memulakan pdpc supaya ada
makanan rohani yang dapat saya berikan kepada pelajar saya pada hari tersebut.

iv) Memberi motivasi dan nasihat melalui pujian dan maklum balas yang baik daripada guru.
5. Tempoh Masa
Penyelesaian : 2 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Memanggil pelajar-pelajar terbabit dan menceritakan serba sedikit perlakuan mereka serta
menasihati mereka supaya tidak lagi mengulanginya, lebih-lebih lagi dihadapan orang yang sepatutnya
mereka hormati.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

19 Mac 2019 (Selasa)

8. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Usaha mendidik pelajar bukanlah satu usaha yang mudah, lebih-lebih lagi guru sekarang
berhadapan dengan pelajar yang terkehadapan dari segi pengetahuan teknologinya. Melalui pengalaman
praktikum ini, saya akan lebih berusaha untuk menambah pengetahuan agama saya supaya dapat saya
selitkan kata-kata motivasi sebelum sesi pengajaran bermula setiap hari.

9. Rujukan

Abdullah Hassan (2002). Komunikasi Intim. Kuala Lumpur : Perpustakaan Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai