Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KEDUA

(19 JUN – 23 JUN 2023)

ISU : PENGURUSAN WAKTU PDPC

1. Masalah :

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah pengurusan waktu mengajar
dalam kelas praktikum. Masa pengajaran di kelas tidak mengikut rancangan pengajaran
harian yang telah dirancang.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :

Saya melihat bahawa faktor yang menyebabkan masalah pengurusan masa ini
berlaku apabila kelas praktikum saya adalah pada waktu selepas rehat. Saya tidak dapat
mengawal pergerakan murid yang lambat masuk ke kelas. Selepas 10 minit waktu rehat,
masih ada murid yang belum masuk ke kelas. Faktor lain yang mempengaruhi masalah
pengurusan masa di kelas adalah kawalan murid ketika mengajar. Murid-murid semakin aktif
selepas waktu rehat dan memerlukan aktiviti yang lebih menarik fokus mereka untuk belajar.

3. Analisis :

Masalah ini agak merisaukan apabila murid-murid tidak dapat menumpukan


pembelajaran dengan baik. Saya perlu mengambil masa untuk menarik perhatian murid
sebelum melaksanakan sebarang aktiviti. Terutama untuk membentuk aktiviti berkumpulan,
saya agak mengambil masa untuk menyampaikan arahan aktiviti berkumpulan kepada
murid.

4. Cadangan tindakan susulan :

i. Saya perlu lebih cekap dalam menguruskan masa dan kawalan murid.
ii. Saya perlu lebih bijak mengambil ruang dan peluang untuk menyediakan aktiviti yang
menarik perhatian murid.
iii. Saya perlu sentiasa tenang mengawal keadaan dan mengawasi pergerakan murid
dengan baik.
iv. Saya akan mengenalpasti kekuatan yang ada untuk mengatasai kelemahan yang
berlaku.

5. Tempoh tindakan susulan :

Saya akan cuba menguruskan keadaan ini dengan profesional dan positif sepanjang
saya menjadi guru di Sk tabuan Hilir. Saya akan berusaha sebaik mungkin sepanjang
tempoh berpraktikum ini dan membuat penambahbaikan pengurusan dari minggu ke
minggu.

6. Refleksi :

Saya perlu membuat pelan tindakan untuk langkah pengajaran yang akan dijalankan.
Saya perlu lebih bijak mengurus murid terutama kelas selepas waktu rehat. Saya perlu
bersedia dengan aktiviti pengajaran yang lebih kreatif dan tersusun. Setiap masalah pasti
ada jalan penyelesaiannya. Saya pasti akan menambahbaik mutu kerja saya dari semasa ke
semasa.

Disemak oleh guru pembimbing : Disemak oleh pensyarah pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai