Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

Pertama

Minggu Praktikum

Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian

13 April 2015 17 April 2015

Tajuk Jurnal

Ujian Diagnostik

1. Masalah / Peristiwa
Masalah utama yang dihadapi pada minggu pertama ialah dari segi pengurusan ujian
diagnostik. Kurangnya pengalaman dalam membina soalan diagnostik di samping masalah
pengurusan kelas menjadi kekangan dan masalah di sepanjang minggu. Ujian diagnostik
dijalankan untuk satu kelas sahaja pada satu masa sedangkan kelas lain sedang mengadakan
sesi pengajaran dan pembelajaran menyebabkan keadaan agak bising dan murid saya kurang
memberi tumpuan ketika menjalani ujian tersebut. Saya juga terpaksa memberi penerangan
berkali-kali sebelum ujian berkenaan dijalankan.
Selain itu, saya juga harus memberikan komitmen kepada tugasan lain di sekolah seperti
menghadiri taklimat panitia dan menyediakan laporan taklimat panitia. Di samping itu, saya juga
terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang diadakan pada setiap hari Khamis bermula jam 1.15
petang. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi gangguan kepada saya di dalam pelaksanaan
tugasan berkaitan praktikum.

2. Analisis
Masalah pengurusan ujian diagnostik timbul kerana kurangnya pengalaman saya di dalam
membina soalan ujian tersebut. Agak teragak-agak sama ada soalan yang dibina itu
bersesuaian dengan aras murid atau sebaliknya. Saya juga teragak-agak sama ada soalan
tersebut bersesuaian dengan masa yang diperuntukan. Di awal pelaksanaan ujian, saya telah
berpesan kepada murid untuk menyediakan alat tulis yang mencukupi sebelum menduduki
ujian.Ternyata pesanan saya kurang mendapat perhatian daripada murid dan mereka kurang
bersedia dengan kelengkapan alat tulis yang mencukupi. Sehubungan dengan itu, terdapat
segelintir murid yang mengambil masa agak lama untuk mengasah pensil menyebabkan masa
terbuang begitu sahaja.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

3. Cadangan/tindakan susulan

Saya perlu pandai merancang dan membahagikan masa dengan baik sebelum
melaksanakan aktiviti ujian diagnostik supaya ianya berjalan dengan lancar.

Memahami situasi dan keadaan murid yang memerlukan lebih perhatian dan
kesabaran

Merancang aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di mana murid diletakkan di


dalam kumpulan berdasarkan keputusan ujian diagnostik (streaming)

Tujuan aktiviti pembelajaran bersesuaian dengan aras pengetahuan dan


pemahaman murid berkenaan.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya akan cuba menyelesaikan permasalah pengawalan kelas ini dalam masa
seminggu. Bantuan dari guru pembimbing dalam bentuk nasihat amat diperlukan
untuk menyelesaikan masalah ini. Tugasan-tugasan lain di peringkat sekolah juga
saya perlu selesaikan dalam tempoh terdekat kerana laporan penataran KSSR
tersebut perlu dihantar PPD pada minggu hadapan.

Disemak oleh Guru


Penasihat/Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Anda mungkin juga menyukai